Saturday, June 6, 2009

Catatan Industri Minggu ke-5

1 Jun 2009 (Isnin)

Hari pertama di Quality Control Department. Sebelum ni, aku sudah mengenali beberapa staff QC antaranya Kak Laili (Assistant QA Manager), Zul dan Rizal (Chemist) serta Hanafi dan Hameza (Lab Technician). Mula-mula, aku diberi penerangan oleh Kak Lidyawati, QA Executive. Banyak juga fungsi QC. Menyalin sakan dibuatnya. Fungsi QC ialah:

1) Menyimpan salinan asal Standard Operating Procedures (SOP) dan protokol untuk semua jabatan.
2) Menyediakan Batch Manufacturing Record (BMR) untuk ‘commercial production’.
3) Menyediakan Test Protocol.
4) Menjalankan ujian terhadap produk sama ada Raw Material, Packaging Material, Bulk Product atau Finished Good.
5) Menguruskan aduan, pemulangan dan penolakan produk.
6) Audit
7) Menyalurkan pengeluaran kepada pihak ke-3. Biasanya berlaku apabila jadual pengeluaran yang penuh. Keseluruhan atau sebahagian proses pengeluaran mungkin terlibat. Antara produk yang biasa HOE salurkan kepada pihak lain ialah sabun.
8) Menguruskan Non-Conformance Material (NCM)
9) Menyimpan ‘Retention Samples’
10) In-Process Quality Control (IPQC)

Lepas rehat tengahari, barulah Alex dan Carrie masuk QC. Tak la aku keseorangan terpinga-pinga. Memandangkan sampel masih belum ada, aku meninjau semua bilik dalam QC. Bilik menimbang tak dipasang penghawa dingin untuk mengurangkan kesilapan bacaan. Panas la sikit. Bilik peralatan mengandungi HPLC, IR, UV-Vis Spectrophotometer dan Gas Chromatography. Waktu ni aku teringat pada subjek Pharmaceutical Analysis II. Banyak yang dah lupa dek penangan ‘exam-oriented’ dan ‘last-minute’. Bilik mikrobiologi pula mengingatkan aku pada subjek Immunology dan Mikrobiology yang banyak menggunakan petri dish dan bau yang semacam. Chemical Store menyimpan bahan-bahan kimia. Wash Room digunakan untuk membasuh peralatan dan ada mesin membuang buih dalam cecair, mesin penapis dan oven pengering peralatan makmal.

Lepas meninjau, berkenalan pula dengan staff QC. Ada yang lama, ada yang baru. Ramai juga yang sebaya. Tak banyak kerja untuk hari pertama ni. Aku cuma ikut Alex membaca fail Stability Studies yang merupakan tugasannya. Lepas tu, banyak sembang dan tanya sikit-sikit je.

2 Jun 2009 (Selasa)

Aku ditempatkan di bahagian ujian ‘Raw Material’ di bawah seliaan Bro Hanafi. Sampel pertama aku ialah sodium chloride. Bila tengok Test Protocol, ada 17 ujian untuk sampel ni. Ya Allah! Banyaknya. Dah la aku tak suka sangat kerja makmal ni. Suka atau tak, nama pun belajar. Jadi buat juga la. Seperti biasa, aku ni jenis yang susah nak faham prosedur makmal. Bahasa senang je, tapi entah la. Kawan-kawan yang pernah satu kumpulan dengan aku di Kulliyyah Farmasi rasanya tahu bagaimana aku dengan prosedur-prosedur makmal ni. Selepas sehari suntuk, aku hanya berjaya menghabiskan 2 ujian sahaja. Assay dan Appearance. Assay paling penting. Untuk sodium chloride ni, spesifikasi dia 99.0 % hingga 100.2 %. Assay ni senang cakap kandungan bahan tu. Bila di luar had peratus, bahan tu tidak akan diterima dan tidak boleh digunakan untuk membuat produk. 2 kali aku mengulang ujian assay sebelum mendapat peratusan yang betul. Untuk appearance pula, orang Terengganu cakap ‘kheling je’.

3 Jun 2009 (Rabu)

Menyambung ujian bahan mentah. Sempat menghabiskan Solubility Test, Acidity or Alkalinity Test, Nitrites Test, Barium Test dan Loss on Drying Test. Masalah utama yang dihadapi ialah ketiadaan reagent tertentu. Aku terpaksa menyediakan sendiri bahan-bahan kimia tertentu daripada larutan asal. Penyediaan bahan kimia memang menjadi kebiasaan di makmal QC. Biasanya masalah ni berpunca daripada sikap pekerja yang hanya menyediakan bahan kimia dalam jumlah yang cukup-cukup untuk kegunaan mereka serta kelewatan pembelian walaupun sudah dimaklumkan awal. Mana-mana ujian yang tidak mampu dijalankan kerana kekurangan bahan kimia atau peralatan, Certificate of Analysis (CoA) akan dirujuk. CoA mengandungi keputusan ujian terhadap bahan tersebut yang dilakukan oleh pengeluarnya. Aku tidak sempat menyiapkan baki 3 lagi ujian untuk sodium chloride.

4 Jun 2009 (Khamis)

Menyambung lagi ujian bahan mentah. Hanya ada ujian Iodides sahaja yang boleh aku lakukan kerana ketiadaan beberapa bahan kimia untuk ujian Chloride dan ujian Sodium. Daripada pukul 8 lebih sampai la waktu rehat 9.50 aku mencari dan bertanya staff. “You know, I am not a chemical researcher, but more to chemical searcher” gurau aku kepada Alex. Menjelang rehat tengahari, akhirnya berjaya juga menamatkan ujian untuk bahan sodium chloride dan laporannya sekali. Aku mengisi laporan tersebut dengan bantuan Bro Hanafi. Lepas rehat tengahari, aku bersoal jawab dengan staff bahagian ujian bahan mentah untuk mendapatkan maklumat tentang aliran kerja mereka dan masalah yang dihadapi. Alex turut serta. Seterusnya aku mula membuat ujian untuk bahan lain. Kali ini, bahan aktif ketoconazole. Untuk petang ini, hanya ujian assay yang sempat dibuat. Kali ini agak senang kerana menggunakan mesin titrator. Sekali tekan, setitik larutan turun. Memang tepat sehingga ke 2 tempat perpuluhan. Cuma susah untuk menentukan perubahan warna yang menjadi begitu banyak pula variasinya dek ketepatan alat itu. Menjelang 5 petang, sebelum pulang, seperti biasa, aku akan menulis aktiviti harian dalam buku log. Sempat juga berbual dengan Kak Ija (Supervisor Finished Good Test Section) yang menanyakan tempat tinggal aku di Pelabuhan Klang ni.

5 Jun 2009 (Jumaat)

Terus menyambung ujian bahan mentah Ketoconazole. Sempat menghabiskan Loss on Drying (LOD) Test, Residue on Ignition Test, Solubility Test, Infrared (IR) Absorption for Identification Test dan Melting Range Test. Tinggal satu je lagi yang terpaksa ditunda ke minggu depan iaitu Chromatographic Identification Test. Pagi itu aku turun sekejap ke warehouse untuk melihat staff bahan mentah mengambil sampel di sampling booth.

1 comment:

  1. mantap ni...catatan yang banyak pengajaran untuk dikongsikan dengan orang lain

    Teruskan!

    ReplyDelete