Monday, June 15, 2009

Catatan Industri Minggu ke-6

8 Jun 2009 (Isnin)

Hari ini entah kenapa kurang bersemangat untuk buat kerja. Tiba lewat, hanya bersandle, tanpa tali leher. Aku tak dapat membuka kunci rumah, yang hanya pada tengahari baru terjumpa kunci rumah di lantai ruang tamu, dekat dengan pintu. Itupun setelah Ejad bersusah payah memanjat dari bawah. Rupa-rupanya, kunci tersebut jatuh semasa aku menolak pintu rumah. Tabiat kalut Muzani! Pintu rumah kami tak bertombol, hanya grey pintu sahaja yang kami kunci. Kalau nak dibaiki kena buang satu pintu kata tuan rumah. Aku tiba lewat kerana bertolak dari Gombak ke Pelabuhan Klang setelah meninggalkan kereta kepada adikku di sana untuk dibaiki. Adik meminjam kereta sepupu untuk menghantarku ke HOE. Silap sendiri juga kerana bertolak lewat dari Gombak. Habis kecoh makmal QC kerana aku hanya memakai sandle. Apapun, petang itu terisi juga dengan slot bersama Sis Anhani dari Human Resource Department. Dia menerangkan tentang latar belakang syarikat, perkara yang sepatutnya kami tahu semasa minggu pertama lagi. Daripada video korporat HOE dan slide powerpointnya, banyak juga yang aku tertinggal rupanya sepanjang 5 minggu yang lepas.

9 Jun 2009 (Selasa)

Melakukan ujian terakhir untuk ketoconazole iaitu Chromatographic identification test (TLC). Sementara menunggu keputusan ujian, aku bersembang dengan Bro Faizal yang menguruskan dokumentasi produk. Dia memang banyak pengalaman bekerja di bahagian product complaint di beberapa syarikat sebelum menyertai HOE. Katanya, bertugas menguruskan product complaint untuk ubat-ubatan kurang sedikit tekanan berbanding produk makanan atau bahan kimia. Masalah produk biasanya disebabkan oleh pengendalian yang tidak mengikut piawai oleh pelanggan. Ada juga sebab-sebab lain. Jadi, tugas ini memerlukan pemikiran yang luas untuk menganalisa masalah-masalah dan mengenalpasti puncanya. Ini kerana, pihak pengurusan seperti CEO amat menekankan aspek rungutan pelanggan. Selepas Zohor, aku ditempatkan di bahagian Finished Good Test di bawah seliaan Sis Salina. Sample pertama ialah bahan pukal untuk H-Cort Cream yang mengandungi hydrocortisone. Hanya sempat menyiapkan ujian pH dan viscosity.

10 Jun 2009 (Rabu)

Semua pelajar latihan industri dibawa oleh Bro Hanif dan Bro Othman ke tingkat 3 kilang untuk melihat penyediaan deionized water, compressed air dan Air-Handling Unit (AHU). Kemudian kami ke bahagian rawatan air buangan. Selepas rehat, Bro Hanif membawa kami ke Clean Room Non-Steroid. Penerangan ini untuk Alex dan Carrie yang belum pernah memasukinya. Selepas itu, aku ke R&D untuk menyiapkan slide presentation untuk petang itu. Pukul 3 petang, presentation bermula dengan Alex sebagai pelajar pertama diikuti aku, Carrie, Ejad, Firdaus dan Denson. Selepas semuanya selesai, setiap wakil pihak pengurusan memberi komen. Mereka yang hadir ialah Miss Ta (Factory Manager), Mr Khoo (R&D Director), Miss Lee (Assistant R&D Manager), Mr Tan (Production Manager), Kak Hashimawati (QA Manager), Kak Laili (Assistant QA Manager), Miss Ann Ang (HR Manager). Antara perkara penting yang disebut ialah perlunya kami member respon kepada soalan-soalan yang ditanya oleh Mr Tan sepanjang berada di Production Department dan tidak mendiamkannya selepas beberapa lama. Ini penting untuk menilai rasa bertanggungjawab. Selepas itu, sesi fotografi beramai-ramau. Kemudian, kami semua ke R&D untuk sesi sejarah syarikat oleh Mr Khoo. Memang banyak cerita-cerita di sebalik tabir berdirinya syarikat HOE pada hari ini. Banyak pengajaran yang kami dapat. Yang pasti, Mr Khoo memang seorang yang bijak mengambil peluang dan gigih dalam menguruskan syarikat. Memang kagum dibuatnya.

11 Jun 2009 (Khamis)

Pagi ini kami berenam ke ibu pejabat HOEPharma Holdings Sdn. Bhd. di 3 Two Square, Petaling Jaya. Di sana, kami diberi penerangan oleh Miss Ann Ang (HR Manager) tentang jabatan-jabatan dan staff yang berkaitan. Di ibu pejabat, HOE menempatkan Marketing Department, Regulatory Affairs Department dan pejabat CEO. Bergambar sakan kami di sana. Ada juga sedikit jamuan ringan oleh pihak syarikat. Lawatan tersebut hanya lebih kurang sejam lebih. Selepas itu, kami ke Digital Mall di Seksyen 14. Yang boleh diibaratkan seperti Lowyat PJ. Memang tempat kegemaran aku. Namun begitu, kami hanya ‘window shopping’. Seksyen 14 juga memang tidak asing bagi pelajar-pelajar Pusat Matrikulasi UIAM PJ (sekarang Pusat Asasi UIAM). Banyak juga perubahan dan bangunan-bangunan baru. Sekejap betul masa berlalu. Sudah masuk 3 tahun meninggalkan Matrik UIAM. Kemudian, kami makan di KFC Seksyen 14. Kira-kira pukul 2.45 petang baru kami tiba di kilang HOE semula. Aku tidak bercadang untuk meneruskan Finished Good Test memandangkan ada beberapa perkara yang belum diketahui untuk laporan latihan industri. Petang itu, aku bertanya kepada Bro Zul (QA Chemist for Validation), Kak Dewi (Executive Stability Studies) dan Kak Lidya (QA Executive) beberapa perkara untuk QA & QC Department antaranya Product Complaint, Validation dan Stability Studies. Aku pulang lewat pada petang itu dan menumpang motor Bro Hanafi.

12 Jun 2009 (Jumaat)

Hari terakhir di HOE. Yang menariknya, enjin kereta aku tak hidup. Ejad pula cuti dan pulang ke Perak. Aku meminta Alex mengambilku di hadapan Masjid as-Sa’adah. Kebetulan dia pula lewat. Jadi, sama-sama lambat sampai la. Senyum sahaja bila bertembung dengan Miss Ta (Factory Manager) ketika masuk pejabat. Pagi ini aku mendengar penerangan oleh QC Microbiologist Sis Farhana. Asalnya untuk tahu tentang Microbial Limit Test (MLT). Rupanya-rupanya banyak pula jenis-jenis ujiannya. QC Microbiologial Lab juga ada membuat Environment Test, Bio-Burden Test, Preservative Efficacy Test, Microassay Test dan Deionized Water Test. Selepas itu, aku ke R&D untuk bertanya soalan kepada Miss Lee (Assistant R&D Manager). Kemudian ke Production Department mendengar penerangan oleh QC Technician yang bertugas menjalankan ujian untuk Packaging Materials iaitu Sis Ain. Ujian-ujian yang dijalankan ialah Dimension Test, Tape Test, Leakage Test, Cap Test, Capacity Test dan Colour Proffs Test. Seterusnya ke Engineering Department, bertanya soalan kepada Bro Hanif (Engineering Technician) tentang Deionized Water System, Compressed Air System, Steam Generator System dan Air-Handling Unit. Sebenarnya dia sudah menerangkan kepada kami sebelum ini, cuma ada beberapa perkara yang aku tertinggal. Alex turut serta. Untuk solat Jumaat, aku menumpang Bro Hanafi (QC Lab Technician for Raw Material). Dengan selamba naik motosikal tanpa helmet. Khutbah hari ini sangat panjang bagi aku dan tidak begitu berkesan cara penyampaiannya. Hampir 30 minit untuk khutbah pertama. Tajuk tentang mengambil Islam sebagai ad-Din. Tajuknya cantik, tetapi lagi cantik kalau disampaikan dengan cara yang lebih baik. Selepas Jumaat, tak banyak yang dibuat, kerja aku hanya mengambil gambar untuk kenangan. Sempat juga berbual dengan Sis Anhani (HR Executive) tentang pengalaman kerja dan belajar. Aku juga berjumpa dengan Miss Ta, Kak Shima (QA Manager) dan Miss Mala (Assistant HR Manager) untuk mengucapkan terima kasih. Petang itu, aku berpeluang untuk mengikut Latihan Kecemasan. Menarik juga kerana semua orang macam gembira padahal dalam kecemasan. Pulang dari HOE, aku bersama Firdaus, Alex, Denson dan Carrie ke Tanjung Harapan untuk makan-makan. Tak cukup seorang kerana Ejad pulang ke rumahnya di Perak. Apapun, bergambar sakan juga sepanjang kawasan berjalan kaki di sana. Macam pelancong asing pula. Memandangkan berada di tepi laut, rasa macam ala-ala Pulau Pinang pun ada. Selesai makan dan solat, mereka menghantarku pulang. Jadi, tamatlah sudah Latihan Industri di HOE.

No comments:

Post a Comment