Menyahut Seruan



Alhamdulillah, program umrah dan lawatan sambil belajar ke Arab Saudi saya bersama-sama dengan rakan-rakan tahun akhir dan tahun 3 pelajar-pelajar farmasi telah diluluskan oleh pihak pentadbiran UIAM. Insya Allah, program tersebut kami rancang pada 19-30 April 2010, sebaik sahaja tamat semester akhir. Jadi, sekarang dalam proses mencari penaja-penaja untuk mengurangkan sedikit kos yang perlu dibayar oleh kami. Kepada rakan-rakan, kalau ada siapa-siapa sahaja, individu, syarikat persendirian, badan korporat yang berpotensi untuk memberi sumbangan, boleh dimaklumkan kepada saya atau peserta-peserta lain. Semoga Allah memudahkan urusan ini.

Sedikit perkongsian untuk semua...

53. Katakanlah: "Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

54. Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu, dan berserah dirilah kepada-Nya sebelum datang azab kepadamu kemudian kamu tidak dapat ditolong (lagi).

55. Dan ikutilah sebaik-baik apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu sebelum datang azab kepadamu dengan tiba-tiba, sedang kamu tidak menyadarinya.

56. Supaya jangan ada orang yang mengatakan: "Amat besar penyesalanku atas kelalaianku dalam (menunaikan kewajiban) terhadap Allah, sedang aku sesungguhnya termasuk orang-orang yang memperolok-olokkan (agama Allah ).

57. Atau supaya jangan ada yang berkata: 'Kalau sekiranya Allah memberi petunjuk kepadaku tentulah aku termasuk orang-orang yang bertakwa'.

58. Atau supaya jangan ada yang berkata ketika ia melihat azab 'Kalau sekiranya aku dapat kemnbali (ke dunia), niscaya aku akan termasuk orang-orang berbuat baik'.

59. (Bukan demikian) sebenarya telah datang keterangan-keterangan-Ku kepadamu lalu kamu mendustakannya dan kamu menyombongkan diri dan adalah kamu termasuk orang-orang yang kafir."

60. Dan pada hari kiamat kamu akan melihat orang-orang yang berbuat dusta terhadap Allah, mukanya menjadi hitam. Bukankah dalam neraka Jahannam itu ada tempat bagi orang-orang yang menyombongkan diri?

61. Dan Allah menyelamatkan orang-orang yang bertakwa karena kemenangan mereka, mereka tiada disentuh oleh azab (neraka dan tidak pula) mereka berduka cita.

62. Allah menciptakan segala sesuatu dan Dia memelihara segala sesuatu.

Surah az-Zumar, ayat 53-62, muka surat 464-465, juzu’ 24

P/S: Doakan saya dan rakan-rakan UIAM yang masih dalam peperiksaan akhir semester I yang mencabar ni...SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH HAJI KEPADA SEMUA TETAMU-TETAMU ALLAH UNTUK MUSIM HAJI 2009!


Tawakkal

“Ya Haiyyum, Ya Qayyum, dengan rahmatMu daku memohon pertolongan. Baikilah seluruh urusanku, dan janganlah Engkau serahkan diriku ini kepadaku walaupun sekelip mata”

(Riwayat al-Nasai, dinilai sahih oleh al-Albani)

Jika Allah yang menguruskan urusan kita, tentu aturan yang ditentukan itu akan begitu hebat merentasi andaian mana-mana insan. Namun jika hidup ini hanya bergantung kepada orang lain, kita sering menjadi mangsa. Jika bergantung kepada diri semata, banyak perkara yang kita akan gagal mengendalikannya. Namun, apabila kita serahkan agar Allah membantu, tanpa ditinggalkan kita walaupun sekelip mata, keajaiban hidup akan berlaku.

Usaha adalah tuntutan kehidupan, namun tawakal yang sebenar adalah jaminan kekuatan dan kesejahteraan. Allah boleh mengatur perjalanan ini apa yang disangka tewas oleh manusia, tetapi kejayaan yang berlaku dan apa yang disangka kecewa oleh manusia, tetapi kebahagiaan yang memenuhi jiwa.

Ajaibnya cinta, ajaibnya tawakkal. Semoga Allah tidak meninggal kita semua dalam merentasi kehidupan ini!

(Dipetik dari artikel terbaru Dr Mohd Asri Zainal Abidin. Beliau boleh dilawati di http://www.drmaza.com)

IIUM National Pharmacy Quiz 2009


Persatuan Pelajar-Pelajar Farmasi UIAM (IIUM Pharmacy Students' Society or IPhA) kembali lagi dalam arus perdana bidang farmaseutikal negara dengan mengetengahkan satu idea luar kotak "1st IIUM National Pharmacy Quiz 2009". Program ini akan berlangsung selama 2 hari iaitu 3 dan 4 Oktober 2009 di Kulliyyah Farmasi UIAM Kuantan dengan penyertaan seramai 14 pasukan daripada 9 universiti seluruh Malaysia.

Seperti juga National Gathering of Pharmacy Students (NoGAPS) yang telah dianjurkan pada tahun 2008, penganjuran kuiz yang juga dikenali dengan nama RxQuiz 2009 ini amat penting untuk mengetengahkan kemampuan dan kecekapan institusi pengajian agama dalam perkembangan bidang farmasi negara. Jika dalam bidang perubatan kita ada Persatuan Perubatan Islam Malaysia (PPIM), tidak mustahil suatu hari nanti, Persatuan Farmaseutikal Islam Malaysia juga mampu direalisasikan.

Untuk program ini, saya bertugas sebagai ahli jawatankuasa (AJK) Biro Multimedia. Alhamdulillah, dengan pengalaman membuat buku NoGAPS 2008, banyak membantu untuk menyiapkan buku program RxQuix. Namun begitu, kali ini agak mencabar kerana saya terpaksa mengubah design di saat-saat akhir apabila kedai pencetak meminta sedikit perubahan pada buku itu untuk memastikan kekemasan pada proses mencetak. Ada masa nanti, saya akan kongsikan tip-tip membuat buku program.

Dapatkan perkembangan program ini di akhar Berita Harian dan New Straits Times dan Selamat bertugas kepada semua ahli jawatankuasa program!

"Gearing Young Pharmacists Towards Knowledge"

Adakah Kau Lupa



Selamat Hari Raya


Taqabbalallahu minna wa minkum!

Semoga Ramadhan yang akan berlalu menjadi bekal yang berguna untuk kita.

Semoga kita terus istiqamah dengan kebaikan.

Semoga sentiasa mendapat keredhaan Allah.


Belakang, dari kiri: Akmal, Husni, Hilmi, Muzani dan Afiq

Depan, dari kiri: Abah dan Mak


SELAMAT HARI RAYA khas buat mak, abah dan adik-adik. Ampun dan maaf dipinta atas segala kelemahan, kekasaran, kurang berusaha dan apa-apa yang menyingung perasaan. Buat adik-adik, kalian sudah besar panjang. Bersedialah untuk menjadi orang yang akan diberi lebih banyak tanggungjawab. Dulu, mak dan abah yang bersusah payah membesarkan kita, kini, tiba pula waktu kita untuk berbakti kepada mereka. Lengkapkanlah diri dengan ilmu agama dan akhlak yang baik. Moga kita menjadi anak-anak yang soleh yang mampu mendoakan mereka.


Tidak dilupakan semua saudara mara. Sepupu rasanya dah sampai 60. Minta maaf mungkin ada yang tak sempat bertanya khabar terutama sebelah mak di Kelantan. Insya Allah, buat adik-beradik mak; Ayah Mat, Che Su dan Mak Ngah Ma sekeluarga, kita jumpa di Kelantan, mungkin raya ke-4 atau 5. Kepada adik-beradik abah yang 12 orang; Mak Long, Pck Zaki, Pck Yan, Pck Marwan, Ayah Chik, Pck Hin, Pck Man, Mck Geni, Mck Mah, Mck Ma dan Mak Su sekeluarga. Juga buat adik-beradik tok; Pak Su Hashim, Mak Su dan Makcik sekeluarga.


Seterusnya, untuk semua guru dan pensyarah yang telah mendidik saya di Tadika KEMAS Kg. Jeram, Sek. Keb. Banggol Peradong, Pusat Tuisyen Sarjana Batu 6, Pusat Tutorial During Burung, SMKA Tok Jiring (terutamanya Us Ramli, Us Ibrahim, Us Nawawi, Allahyarham Us Wan, Cikgu Halim, Cikgu Mohd Noor, Cikgu Bakar, Ustazah Fatimah, Ustazah Maimunah, Ustazah Wan Sabariah, Cikgu Noraini, Teacher Salmi dan semua guru-guru yang lain), Darul Quran JAKIM (terutamanya guru tasmi’ saya Ustaz Taufik b. Husein dan coordinator Ustaz Che Abdul Majid & Us Majid), Pusat Matrikulasi UIAM (terutamanya Us Maszlee dan Bro Norazman atas kuliah-kuliah yang banyak menyedarkan) dan UIAM Kuantan. Terima kasih atas segala ilmu yang telah dicurahkan. Terima kasih kerana mendidik saya sehingga mampu berdiri seperti sekarang. Hanya ALLAH yang mampu membalas jasa cikgu,ustaz, teacher, sir, madam, brother dan Dr.!


Juga buat rakan-rakan seperjuangan dari tadika hinggalah ke menara gading. Ada yang sudah pergi mengadap Ilahi. Yang masih diberi nikmat hidup, teruskan perjuangan kalian. Terima kasih rakan-rakan Kelas 6 Arif SK Banggol Peradong, Kelas Al-Furqan Form 1-3, Kelas 4 dan 5 Al-Ikhlas serta AJK Badan Pengawas Sekolah dan Persatuan Kemahiran al-Quran SMKA Tok Jiring. Di Darul Quran: AJK IQRAC. Di Pusat Matrikulasi UIAM: AJK AYC dan NEC. Di UIA Kuantan: AJK IPhA dan Nuqaba' CouncilUcapan raya istimewa juga buat rakan-rakan Bachelor of Pharmacy, IIUM sesi 2006-2010 dengan ucapan “Minta maaf semua, banyak kekurangan sepanjang jadi batch leader korang. Terima kasih banyak tolong hingga melangkah ke final year. Tahun ni Ramadhan terakhir la kita ye sebagai pelajar universiti. Yang pasti, korang semua bagus-bagus. Moga semua berjaya dalam hidup!”


Untuk akhirnya, sedikit perkongsian artikel berkaitan raya. Sama-samalah kita baca:


HARI RAYA BUKAN HARI SEDIH
(Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin)

http://www.drmaza.com/home/?p=717


AMALAN SUNNAH SEMPENA AIDILFITRI
(Mohd Yaakub bin Mohd Yunus)

http://akob73.blogspot.com/2008/09/amalan-amalan-sunnah-untuk-aidilfitri.html


HARI RAYA IDILFITRI : YANG PERLU & YANG JANGAN DILAKUKAN
(Ustaz Zaharuddin Abd Rahman)

http://www.zaharuddin.net/content/view/612/72/


SELAMAT HARI RAYA. MAAF ZAHIR BATIN.


Daripada saya sekeluarga,


Hj. Hasbullah b. Dato’ Hj. Mohd Said

Hjh. Siti Shabariah bt. Mat Zin

Mohd Muzani b. Hasbullah (UIAM Kuantan)

Mohd Zulhilmi b. Hasbullah (UiTM Shah Alam)

Mohd Zulhusni b. Hasbullah (UiTM Shah Alam; just graduated)

Muhammad Afiq b. Hasbullah (UiTM Machang)

Muhammad Akmal b. Hasbullah (Kolej Matrikulasi Perak)