Wednesday, June 3, 2009

Catatan Industri Minggu ke-3

18 Mei 2009 (Isnin)

Bahagian ke-2 projek FTU dimulakan. Kami telah mendapatkan 10 sampel produk cream dan ointment HOE yang mengandungi steroid. Berat sampel untuk satu FTU akan ditimbang. Faktor-faktor yang dikenalpasti mempengaruhi saiz FTU ialah saiz lubang tiub, tekanan semasa memicit tiub dan kehadiran buih dalam sampel. Mr Khoo telah memberi kami satu tugasan baru iaitu untuk mengkaji dos sebenar untuk setiap ‘actuation’ produk Budecort Nasal Spray. Nama baru bagi produk itu ialah Budenide. Kami terpaksa menangguhkan dulu tugasan baru ini kerana projek FTU masih belum siap.

Selepas Zohor, Miss Ann Ang (Human Resource Manager) mengadakan perjumpaan dengan semua pelajar. Beliaulah yang bertanggungjawab memilih kami bersama-sama dengan Miss Mala dan Mr Tan. Sesi ta’ruf ringkas dibuat dan kami diminta untuk menceritakan apa yang diharapkan daripada Latihan Industri di HOE. Kemudian, beliau memberi penerangan serba sedikit tentang Latihan Industri. Kami juga telah diminta untuk membuat satu pembentangan maklum balas sepanjang berada di sini pada 10 Jun 2009 jam 3 petang di bilik mesyuarat. Setiap pelajar akan diberi masa 5 minit. Selepas sesi penerangan, semua pulang ke department masing-masing.

19 Mei 2009 (Selasa)

Laporan projek FTU dibuat. Carrie menyiapkan objektif, pengenalan, prosedur dan hasil analisa data. Aku pula menyiapkan perbincangan, kesimpulan dan rujukan. Dalam masa yang sama, aku mengambil peluang untuk melihat dokumen-dokumen yang ada di R&D seperti SOP, worksheet dan test protocol. Kami juga sempat berbincang tentang tugasan ke-2 iaitu Budenide Nasal Spray.

20 Mei 2009 (Rabu)

Laporan projek FTU digabungkan. Aku menyambung perbincangan yang tak dapat disiapkan semalam. Akhirnya pada petang itu, kami dapat menghantar draf pertama laporan projek tersebut kepada Mr Khoo. Baki masa yang ada aku gunakan untuk meneliti dokumen-dokumen R&D. Sebelum ini tidak ada masa yang mencukupi untuk bersoal jawab tentang R&D kepada staff kerana menyiapkan projek FTU.

21 Mei 2009 (Khamis)

Sehari suntuk mencari rujukan untuk tugasan ke-2: Budenide Nasal Spray. Aku berbincang dengan Carrie tentang prosedur, peralatan dan parameter.

22 Mei 2009 (Jumaat)


Mr Khoo memanggil kami dan meminta penjelasan terhadap beberapa perkara dalam laporan projek FTU. Kami terpaksa mengulang pengumpulan data untuk faktor saiz lubang tiub kerana perbezaaan yang ketara antara 10 produk tersebut. Sekali lagi kami telah mendapatkan sampel-sampel dari Production Departemtn. Data untuk faktor buih dalam sampel juga perlu diperbaiki. Mr Khoo juga memeinta kami mengkaji faktor kelajuan semasa menyapu sampel dan faktor formulation. Gambar semua sampel juga perlu dilampirkan. Hari itu juga Mr Khoo memberi projek ke-3: To determine whether lactic acid can prevent crystallization of salicylic acid or not. If yes to what degree and explain the theory.

No comments:

Post a Comment