Sunday, July 25, 2010

Tiga Hari Di Serambi Mekah

Saya baru pulang dari Kelantan. Hampir tiga hari di sana. Saya dan keluarga menginap di rumah ibu saudara di Kg. Cherang Sepulai, Melawi, Bachok. Balik kali ni agak lama kerana ada perjumpaan keluarga. Adik-beradik mak berhajat nak buat tahlil untuk arwah datuk dan nenek.

Saya sudah biasa dengan perjalanan Kuala Terengganu-Bachok. Jalan pilihan sudah tentu jalan pantai melalui Tok Bali. Ada beberapa selekoh tajam. Juga beberapa jalan lurus yang boleh dipecut semahunya hehe. Biasanya, tempoh perjalanan 2 jam. Pengguna jalan tersebut akan berjumpa dengan Jambatan Tok Bali di Pasir Puteh, Kelantan. Rasa macam tinggi juga bila melaluinya. Pemandangan muara laut jelas kelihatan.

Setiap kali raya, biasanya akan beraya di Terengganu dulu sebelum pulang ke Kelantan. Zaman kanak-kanak dulu, bila balik Kelantan, saya mesti muntah-muntah. 'Mabuk air-cond'. Sampai sekarang pun agak alah dengan air-cond kalau dipasang ketika tidur. Air-cond kereta or bilik kuliah tu okei lagi la.

Ada beberapa kenangan zaman kanak-kanak di Bachok. Saya tidak sempat mengenali arwah datuk kerana dia meninggal sewaktu mak masih budak-budak lagi. Arwah datuk dikenali dengan panggilan Pok Ngoh Haji, merupakan seorang penyokong tegar parti 'hijau'. Bila diberitahu arwah datuk ialah anak Hj Ahmad Abdullah Tahir Pondok Bunut Payung, saya terkejut juga. Abdullah Tahir yang ada dalam buku sejarah tu ke? Arwah nenek pula saya ingat-ingat lupa kerana saya masih kecil waktu tu. Mujurlah ada gambar-gambar lama yang disimpan. Arwah nenek dikenali dengan panggilan Mok Bachok. Itu istilah yang saya tahu sejak kecil.

Arwah Mok Bachok sangat sayangkan saya, kata mak (angkat bakul ke ni? haha). Nak buat macam mana, cucu sulung. Saya masih ingat, suatu hari kami balik Kelantan. Mak menangis di rumah Mok Bachok. Ramai orang datang. Saya masih tak mengerti apa-apa waktu tu. Siap pergi makan cili api di pokok cili yang ditanam di halaman. Meraung sepuas hati kerana pedas bibir. Bila dah besar baru ingat balik, itulah hari Mok Bachok meninggal dunia dan saya sebagai budak-budak menjadikan suasana yang sedih dan suram menjadi 'gamat'. Memang nak kena budak ni!

Sekarang, rumah tu dah takde orang duduk lagi dan diubahsuai menjadi kedai hardware milik ibu saudara saya. Memandangkan dindingnya masih dikekalkan dan tak berubah, setiap kali datang ke kedai tu, memang saya akan teringat zaman kanak-kanak.

Kenangan lain yang saya masih ingat tentang rumah tu ialah saya hampir-hampir terjun ke dalam sebuah telaga yang ada berhampiran rumah semasa bermain sembunyi-sembunyi. Dah angkat sebelah kaki nak terjun. Bukan apa, saya ingatkan bongkah bulat tu macam bongkah yang selalu digunakan untuk buat longkang. Bila teringat balik, ya Allah, umur masih panjang. Tak tahulah apa yang akan jadi kalau saya terus lompat.

Di Bachok, antara yang sinonim dengan saya ialah Cabang Tiga Melawi. Zaman budak-budak dulu, bila sampai di situ, memang gembira sangat sebab tahu dah nak sampai. Sekarang, simpang tu nampak moden sikit la dan ada bangunan baru berhampiran.

Selain majlis tahlil tu, saya berhajat juga nak pergi beberapa tempat, tapi nampaknya banyak yang tak kesampaian. Antaranya Pasar Jelawat (dah selalu tengok tapi tak pernah masuk dalam), Masjid Bunut Payong (keluarga sebelah arwah datuk ramai kat kawasan tu), Simpang 4 Panji (nak makan sate Kg Baung haha), Tanah Perkuburan Kg Badak (kubur arwah datuk dan nenek), Pusat Pengajian Darul Kautsar di Kubang Kerian (yang diasaskan Ustaz Asri Yusof, sepupu mak), dan Pengkalan Kubor (family nak beli barang sikit).

Yang tak kesampainnya tu ada sebabnya. Plan berubah bila mak saudara saya kena masuk wad kerana luka pada kaki akibat Diabetes. Jadi, berkampunglah kami di HUSM Kubang Kerian. Waktu menunggu memang menguji sabar. 3 jam sebelum dipanggil doktor kerana kes diklasifikasikan sebagai tidak kritikal + kes-kes kritikal dan separa kritikal yang agak banyak. HUSM ni pilihan ke-2 bertugas. Ai, boleh ke ni kerja. Wallahu a'lam.

Malam baru lah bertolak balik ke Terengganu. Jadi, pendek cerita, Kelantan ni memang familiar dengan saya. Selain kerana keluarga, kawan-kawan pun ramai. Pesanan penaja: Carilah waris dan saudara mara anda! The End!

10 comments:

  1. Kesimpulannya agak menimbulkan syak.. "Kelantan ni memang familiar dengan saya"..haha... ada maksud lain ke ustaz muzani?

    ReplyDelete
  2. haha...tidak ada maksud lain ye. amik zahir ayat mcm Imam Daud Az-Zahiri (salah seorang ulama' fiqh yang mazhabnya tidak sepopular mazhab syafi'i,hambali, maliki dan hanafi. Mazhab zahiri beramal dengan zahir Al-Quran dan Sunnah selama mana tidak ada dalil yang menunjukkan bahawa ia mempunyai makna yang tersirat disebalik zahir ayat Al-Quran atau Sunnah. Beliau juga berpegang kepada Ijmak Ulama dan turut menerima Ijmak Para Sahabat)

    Aii..orang pantun ni tersirat sajee

    ReplyDelete
  3. suasana yang sedih dan suram menjadi 'gamat'.. haha panggilan mahal tu.. gamat.

    emm, sedak hikayat demo, Muzani.

    ReplyDelete
  4. salam...x sgka bro muzani nakal masa kecik-kecik dulu...apapun,kenangan masa kanak-kanak memg manis utk dikenang...moga-moga kelantan tetap di hati selain daripada terengganu..hehe

    ReplyDelete
  5. To Shahmin: hahahaha, kawe baru perasan perkataan gamat. dok teringat plok. nasib baik demo sebut. banyok tanam anggur min hehe

    To Husna: gitu la budok2. ngarut ngabang sekali. sebab tu bila jupe budok-budok nakal, nak marah kena berlapik jugok sbb teringat diri sendiri

    ReplyDelete
  6. err....gapo pulok maksud 'ngabang' tue?sy tak pernah guno or dengar pun..pekat jugok dih loghat bro..hehe..
    betul2..tapi sya boleh marah la bdk2 nakal mugo sy tak nakal zaman bdk2 dulu..jughuh..hehe

    ReplyDelete
  7. To Husna: Ngabang tu kate penguat. Ngarut ngabang tu maknanya mengarut yang sangat mengarut. Org kelantan sebut ngarut kokse kot

    ReplyDelete
  8. owh....paham2..tq for d info...(^_^)

    ReplyDelete
  9. kehidupan biasa-biasa yang bermaksud luar biasa. ada lagi agenda yg tak ditulis kot tu muzani?...haha...inshAllah pederah sket..

    ReplyDelete
  10. ye sheikh...agenda mende plok tu haha. demo dah bergelar Abu kekgi royak kawe tuh.

    ReplyDelete