Perjalanan penuh bermakna...membawa hati dan diri yang hina
Sunday, April 18, 2010
Saturday, April 3, 2010
Kerana Dirimu Begitu Berharga
Bersama Izzuddin (rakan sekelas) dan Motivator 'Magnet Diri', Saudara Amin Idris yang banyak tekankan untuk kita tengok pada aspek positif dalam diri dan menjadi diri kita sendiri.
Apa yang banyak kita fikirkan, itulah akan banyak ditarik datang kepada kita.
Kejayaan bermula dengan minda, kegagalan juga bermula dengan minda, bahkan dari minda.
Bila kita banyak berfikir tentang kegagalan kemudian kita merasa kurang bersemangat, maka kesannnya kita akan ditemukan dengan lebih banyak kegagalan di masa akan datang.
Fikiran kita menarik perkara-perkara yang serupa dengan apa yang kita fikirkan.
Banyak-banyakkanlah berfikir tentang kejayaan supaya Anda ditemukan dengan banyak jenis kejayaan, sama ada kejayaan-kejayaan kecil atau kejayaan-kejayaan besar.
Fikiran kita bertindak seperti doa.
Lebih banyak kita berfikir pasal sesuatu, tamsilannya samalah seperti kita banyak berdoa meminta sesuatu.
Kita banyak berfikir pasal kejayaan, samalah seperti kita banyak berdoa supaya kejayaan didatangkan kepada kita.
Ramai di kalangan kita mahu keluar dari kegagalan – misalnya gagal dalam pelajaran, gagal dalam perniagaan, gagal dalam pekejerjaan, gagal dalam aspek kekeluargaan.
Masalahnya, mereka masih terperangkap dalam minda kegagalan.
Asyik berfikir pasal kegagalan lalu dan rasa menyesal tak sudah-sudah.
Bangkit dari kegagalan satu perkara yang memerlukan kemahiran.
Anda perlu mahir mengawal apa yang selalu bermain di fikiran.
Anda perlu mahir mengawal kata-kata yang terucap di hati, yang bermain di minda juga yang Anda ucapkan pada diri sendiri.
Keluar dari kegagalan boleh dilakukan, Anda cuma perlu belajar bagaimana melakukannya.
Sumber: IMotivasi.com
Sunday, February 21, 2010
Ini Semua Tidak Sia-Sia
Akhirnya saya dan rakan-rakan sampai juga ke puncak Bukit Panorama, Sungai Lembing Kuantan. Kami mula mendaki (panjat tangga sebenarnya) bermula pada jam 5.38 pagi. Keadaan sekeliling yang gelap dan hanya berbekalkan lampu handphone memberi sedikit kelebihan psikologi – kami tidak nampak setinggi mana bukit itu dan sebanyak mana anak tangga yang perlu dinaiki. Jadi, naik je lah.
Di atas puncak bukit, memandangkan sekeliling masih gelap, bintang-bintang di langit jelas kelihatan. Saya memang suka melihat langit. Luas dan hebat. Penciptanya…sudah tentu MAHA HEBAT. Kita terasa sangat kerdil. Saya teringat Program Khidmat Masyarakat Orang Asli yang saya sertai pada tahun 2009. Pemandangan langit di perkampungan orang asli sangat indah. Bintang-bintang lebih terang.
7.25 pagi.
Hampir tepat dengan waktu syuruk dalam jadual solat, matahari pun terbit sedikit demi sedikit. Pemandangannya saujana mata memandang. Subhanallah! Luasnya alam ciptaan Allah. Takjub kita melihatnya.
Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan pergantian malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berakal.
(Iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri, duduk atau dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), “Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini sia-sia; Maha Suci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka.
Surah Ali-Imran, Surah ke-3 Ayat 190-191 m/s 75
Tidakkan engkau memerhatikan bahawa Allah memasukkan malam ke dalam siang dan memasukkan siang ke dalam malam dan Dia menundukkan matahari dan bulan, masing-masing beredar sampai kepada waktu yang ditentukan. Sungguh, Allah Maha Teliti tentang apa yang kamu kerjakan.
Surah Luqman, Surah ke-31 Ayat 29 Juzu’ 21 m/s 414
Saya teringat waktu pergi ke Kedah untuk walimah rakan melalui Jalan Grik-Kuala Krai, kami singgah di kawasan rehat di atas banjaran Titiwangsa (tak pasti sebenarnya banjaran apa). Waktu tu memang saya rasa sangat takjub melihat hutan terbentang luas. Seolah-olah datang satu terjahan dalam minda, “Sampai mana kau nak buat tak endah dengan Allah. Tak mensyukuri Allah dengan sebenar-benarnya. Tengok hutan yang luas ni. Segalanya-galanya dalam pengetahuan Allah Yang Maha Hebat.”
Saya minat perkara-perkara berkaitan angkasa sejak dari sekolah rendah lagi. Masih teringat eksperimen melihat buruj di langit menggunakan teropong. Baru teropong, rasa macam dah dapat teleskop. Dokumentari dan ensiklopedia pasal angkasa memang tak ‘miss’. Di Terengganu, waktu tu dah ada pertunjukan video menggunakan LCD berbentuk kubah di Planetarium Negeri. Memang bajet naik kapal angkasa. Seronok sakan. Biasalah, budak-budak.
Memori 2003 – Tazkirah dari Alam
Saya memandang ke tingkap. Dapat dilihat deretan orang ramai di sepanjang kawasan luar pagar Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu. Rupa-rupanya penerbangan saya, abah dan mak sekali dengan jemaah haji yang ingin ke Kuala Lumpur (waktu tu belum ada penerbangan terus ke Jeddah). Inilah kali pertama saya menaiki kapal terbang – hadiah SPM dari mak dan abah.
Perasaan saya waktu tu sukar nak digambarkan kerana 3 sebab: 1) Melihat bakal-bakal haji yang akan ke Masjidil Haram dihantar oleh keluarga masing-masing, 2) Bersama mak dan abah – menerima hadiah mereka berkat petunjuk Allah melalui usaha yang bersungguh-sungguh dalam SPM dan 3) Menuju ke destinasi yang sangat besar maknanya dalam hidup saya – Darul Quran JAKIM, Kuala Kubu Bharu.
Kapal terbang yang saya naiki berlepas ke udara. Makin lama makin tinggi. Cuak juga dibuatnya melihat ke luar tingkap. Bila dah agak lama, waktu ni lah datang sebab ke-4 yang amat mengharukan saya. Melihat bumi yang terhampar luas di bawah, laut yang membiru dan awan putih yang seakan-akan lantai.
Contoh pemandangan melalui tingkap kapal terbang
SUBHANALLAH…LEMAHNYA KAMI YA ALLAH, KERDILNYA KAMI YA ALLAH, MAHA HEBAT ENGKAU YA ALLAH.
Sepanjang perjalanan saya terasa bagaikan berada di alam lain. Takjub dengan keindahan ciptaan Allah. Saya terfikir, apalah ada pada diri kita. Kita terlalu kecil di sisi Allah untuk kita berbuat sewenang-wenangnya di atas muka bumi Allah ini.
Kehebatan alam ciptaan Allah dan bukti-bukti dari al-Quran sebeginilah yang telah membuka hati ramai insan untuk memeluk Islam, antaranya seperti yang berlaku kepada saudara Abu Bakr ini.
Sunday, July 26, 2009
Bila Nak Berubah
Kali ni memang kena berubah. Tak boleh malas-malas. Tak boleh bertangguh. "Susahnya aku nak berubah" selalu merungut macam tu. Selalu tak puas hati bila present dalam kelas. Kali ni di hospital pula. Selalu compare dengan kawan-kawan yang more competent. Bila la nak jadi camtu. Sem ni pun boleh tahan subjeknya. Tambah pula dengan beberapa tambahan. Entah la, kena kuat usaha macam sem lepas jugak. Lagi kuat! Tapi ni dah 2 minggu tak terasa bahang kekuatan lagi. Macam mana la nak buat ni.
Untuk batch, hajatnya nak buat perubahan. Nak guna betul-betul 1 tahun untuk bimbing dan bantu kawan-kawan. Diri sendiri pun banyak juga yang perlu dibimbing. Harap-harap committee batch kali ni dapat gerak dengan baik.
Merindui zaman 1st year! Apapun, perfectionist...but last minute. That's me! Need to reform!