Sunday, July 26, 2009

Bila Nak Berubah

Dah lama tak update blog ni. Nak kata busy tu, tak ada la macam sesetengah kawan-kawan yang memang busy betul. 2 minggu pertama di tahun akhir ni cuak juga dibuatnya. Dari dulu lagi takut bila diasak dengan soalan-soalan berkaitan drugs. Frust jugak sikit-sikit bila tak dapat jawab.

Kali ni memang kena berubah. Tak boleh malas-malas. Tak boleh bertangguh. "Susahnya aku nak berubah" selalu merungut macam tu. Selalu tak puas hati bila present dalam kelas. Kali ni di hospital pula. Selalu compare dengan kawan-kawan yang more competent. Bila la nak jadi camtu. Sem ni pun boleh tahan subjeknya. Tambah pula dengan beberapa tambahan. Entah la, kena kuat usaha macam sem lepas jugak. Lagi kuat! Tapi ni dah 2 minggu tak terasa bahang kekuatan lagi. Macam mana la nak buat ni.

Untuk batch, hajatnya nak buat perubahan. Nak guna betul-betul 1 tahun untuk bimbing dan bantu kawan-kawan. Diri sendiri pun banyak juga yang perlu dibimbing. Harap-harap committee batch kali ni dapat gerak dengan baik.

Merindui zaman 1st year! Apapun, perfectionist...but last minute. That's me! Need to reform!

1 comment: