Tuesday, November 2, 2010

Don't Give Up!

Andai kita penat berdiri, berjalan atau berlari dan bekerja mengejar masa

Syukurlah

Kerana ada yang dilahirkan cacat tidak berkaki atau tangan, tak mampu melangkah walaupun sedikit, ditakdirkan sakit terlentang tak mampu berdiri, hanya kelipan mata dan anggukan kepala, lemah tidak bermaya

Andai kita jemu menghabiskan bacaan dan rujukan itu ini

Syukurlah

Kerana ada yang buta matanya, tak mampu melihat wajah kedua ibu dan ayah serta keindahan dunia

Andai kita letih tidak bermaya melaksanakan tugas dan amanah

Syukurlah

Kita masih punya kesempatan untuk pulang ke rumah, menghilangkan dahaga, melelapkan mata

Kerana ada yang terpaksa merempat di tanahair sendiri, tinggal di bangsal atau khemah buruk, berkongsi sedikit air buat menghilangkan dahaga dan terpaksa berjaga demi anak-anak tercinta

Andai kita rasa kita lambat, tak pandai macam orang lain

Syukurlah

Kerana masih ada yang tidak mampu pergi ke universiti dan mendapat kerja dan jawatan seperti kita

Andai kita rasa kecewa dimarahi dan dipandang rendah

Syukurlah

Kita dimarahi kerana ilmu, kita dimarahi setelah berusaha sebaik mungkin

Kalaulah dimarahi dan dipandang rendah sekalipun, itu hanyalah marah dan pandangan manusia, apalah sangat berbanding marah dan pandangan Allah pada kita

Andai kita rasa jasa kita tidak dihargai

Syukurlah

Kerana DIA tetap menghargai dan membalas segalanya


ALLAH...I WANNA THANK YOU FOR ALL THE THINGS THAT YOU HAVE DONE FOR ME THROUGH ALL MY YEARS I'VE BEEN LOST...YOU GUIDED ME FROM ALL THE WAYS THAT WERE WRONG...AND DID YOU GIVE ME HOPE






2 comments:

  1. Kita dimarahi kerana ilmu, kita dimarahi setelah berusaha sebaik mungkin

    Kalaulah dimarahi dan dipandang rendah sekalipun, itu hanyalah marah dan pandangan manusia, apalah sangat berbanding marah dan pandangan Allah pada kita

    Andai kita rasa jasa kita tidak dihargai

    Syukurlah

    Kerana DIA tetap menghargai dan membalas segalanya


    WELL SAID MUZANI. i really like it. thanks for sharing :)

    ReplyDelete