Saturday, May 2, 2009

Terima Kasih Semua

"Alhamdulillah...lulus semua". Daripada musim peperiksaan lagi aku tak dapat nak mengelak perasaan cuak. Dah bermacam-macam nasihat dan motivasi diberikan kepada diri sendiri tetapi rasa takut tu tetap ada. Walaupun hanya keputusan peperiksaan, semester ni amat penting bagi aku. Mengharungi semester penentuan kadang-kadang membuat aku tertekan. Bukan sekadar berjuang untuk lulus atau gagal, tetapi untuk melayakkan diri ke tahun akhir dan sekaligus memberi kesan kepada beberapa perkara penting yang lain.

Masih segar dalam ingatan ketika melihat keputusan peperiksaan Semester I 08/09. Terkedu, rasa macam pucat lesi muka ni. Aku seolah-olah berputus asa dengan Bachelor of Pharmacy. Tambah-tambah ketika itu sebagai Presiden IPhA. Malunya tak terkira. Dalam keadaan terkejut, sedih dan hampir putus asa begitu, aku paksakan diri ke Shah Alam untuk hadir ke mesyuarat MyPSA ke-3 di UiTM bersama-sama Syafiq (Presiden IPhA sekarang). Berjumpa rakan-rakan (Iqa, Nali, Shifa' dan Apip yang turut hadir dalam mesyuarat tersebut), berjalan-jalan di Masjid Negeri Selangor, ronda-ronda Putrajaya (terima kasih Apip). Semua tu sedikit memberi kelegaan kepadaku.

Apabila masuk ke Semester II, aku cuba untuk bersikap biasa dan senyum kepada pensyarah-pensyarah walaupun aku tahu mereka tahu bagaimana prestasi aku. Dalam Examination Board Meeting, setiap subjek akan dibincangkan oleh semua. Gagal dalam beberapa subjek, tambah-tambah lagi sebagai Presiden IPhA, nama aku memang naik dalam mesyuarat. Apapun, tindakan drastik pertama yang aku lakukan atas nasihat Student Affairs Kulliyyah of Pharmacy ialah meletakkan jawatan sebagai Presiden IPhA.

Selepas menyusun study plan yang baru untuk baki 3 semester lagi, aku meneruskan kuliah seperti biasa. Study plan yang baru tidak banyak berubah. Cuma lebih kepada menyusun subjek-subjek yang mesti diulang dalam baki 3 semester tu. Takdir Allah menentukan segalanya. Mujurlah selepas batch aku ni, penyusunan akademik membolehkan aku menyusun subjek-subjek dalam study plan dengan teratur dan tanpa perlu menambah tahun pengajian.

Satu lagi cabaran menjelma apabila aku dimaklumkan oleh Academic Affairs yang jumlah subjek yang boleh diambil bergantung kepada bilangan subjek yang gagal. Dalam peraturan UIA, apabila seseorang pelajar gagal dalam subjek, kita perlu tengok berapa jumlah credit hour terkumpul subjek-subjek tersebut. Ada had dalam jumlah credit hour yang boleh diulang dalam satu-satu semester. Pendek kata, study plan yang telah aku buat tu memerlukan kelulusan kulliyyah. Sekali lagi berdebar aku menunggu keputusan kulliyyah. Tak senang duduk dibuatnya sampai ke petang pada hari mesyuarat tu berlangsung. Keesokan harinya, awal pagi, aku bertembung dengan Dr Razak. Dia menunjukkan isyarat bagus. Syukurlah, Kulliyyah Farmasi telah membenarkan aku meneruskan study plan yang telah dibuat tetapi dengan satu syarat...wajib lulus semua subjek yang diambil untuk semester ni. Kalau tidak, aku terpaksa mengubah semula study plan dan menambah tahun pengajian. Terlalu banyak nasihat yang Dr Razak berikan kepadaku. Insya Allah, ada kesempatan, aku kongsikan dengan semua dalam posting yang lain.

Oleh sebab itulah, apabila melihat keputusan peperiksaan Semester II 08/09 ni, terima kasih yang tak terhingga aku tujukan buat mak n abah yang selalu mendoakan, para pensyarah terutamanya Dr Razak, Dr Haniki, Dr Kausar, Dr Mohamed, Mdm Halimah, Prof Noriah dan Dr Bala yang banyak menasihatkan aku. Juga buat kawan-kawan serumah yang rajin-rajin belajar hingga buat aku tak senang duduk dan rasa hendak belajar juga hehehe; Judin, Shahmin, Solah, Wadi, Raja, Syafiq, Azwin. Terima kasih banyak nasihatkan aku secara langsung mahupun tak langsung. Terima kasih Azwin kerana belanja makan meraikan kelulusan kulliyyah untuk study plan aku. Terima kasih Raja, Syafiq dan Judin, beberapa kali juga study sama-sama. Terima kasih kepada Azreen dan Pidot untuk bimbingan dan motivasi. Terima kasih pada Wan Khairul, beberapa kali tumpang study kat bilik. Terima kasih pada Hong untuk nota respiratory dan Wadi untuk nota urinary dan list tajuk-tajuk penting untuk difokuskan. Terima kasih juga pada Syahrir, Ejad dan Adi Asraf untuk nota-nota pendek. Korang memang layak menjadi pembuat buku teks and top students. Juga terima kasih pada sister-sister untuk nota-nota and nasihat-nasihat. Terima kasih juga kepada junior-junior terutamanya Abu, Amin, Mat Min, Mat Sharil, Din, Tohiri, Fikri, Yob, Helmi yang banyak tolong dalam subjek-subjek 2nd year. Terima kasih kepada Kak Wan dan Kak Syerina yang banyak tolong dalam perkara teknikal macam pendaftaran, jadual exam. Kak Wan ni dah kenal benar nama aku sebab dah selalu ada dalam jadual tambahan.

Kesimpulannya, TERIMA KASIH SEMUA! Moga Allah membalas jasa kalian dengan sebaik-baik balasan.

5 comments:

  1. tahniah muzani..terima kasih jugak sptutnye utk diri seniri sbb x penah putus asa..

    kagum jugak dgn muzani sbb dpt hadapi sume tu..

    klu lah ujian tu Allah berikan utk sy..xtau la cane sy nk hadapi..semOga kite sume sentiasa mndapat rahmat dariNya..

    cabaran semakin getir je skg ni..semakin susah nk maintain 3 n capai grade yg tgi..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..comel bena la tuh bos..kuat demo usaha. ingat lagi musim final exam.. betapa sibuknya sain ambo hok soghe ni.. alhamdulillah, berkat doa, usaha gigih dan macam2 lagi, keputusan memihak ko demo..

    tahniah bos.. kuat betul semangat !

    ReplyDelete
  3. 1)Lulus mendapat ijazah hanyalah salah satu bahagian dalam liku-liku hidup.Kecapilah nikmat dalam usaha untuk mendapatkannya, kerana ia bakal mengajar kita menghadapi bahagian lain dalam liku-liku hidup.

    2)Kejayaan dengan usaha yang bersunguh-sungguh lebih memberikan kepuasan daripada kejayaan yang datangnya dari kerja yang sambil lewa tanpa penghayatan atau komitmen.


    3)Tanpa aksi mimpi hanya tinggal mimpi.

    TQ.

    ReplyDelete
  4. Terima kasih juga buat Muzani yang sentiasa memberikan semangat kepada aku sepanjang exam berlangsung.

    "kalau Muzani buleh, xkan aku xleh" seringkali bermain di fikiran tatkala bertungkus lumus menghabiskan syllabus angkara study last minit.

    Terima kasih, terima kasih dan terima kasih.

    ReplyDelete
  5. What a thoughtful entry...terharu~
    Congratulations to you and thanks to you because you make us believe that good heart, sacrifices and hardworks pays...not to forget...true sahabah~

    ReplyDelete