Tuesday, October 12, 2010

PRP oh PRP

INI BUKAN PANTUN ATAU SYAIR...


Awalnya bersiap-siap nak pi kerja
Pakai kemas-kemas, cukup lengkap semua aksesori
Nanti lewat jalan jam, silap-silap punch card merah

Mudah-mudahan awal juga bersiap untuk ke masjid
Pakai sehabis baik, lengkap berwudhu'
Nanti lambat tak sempat berjemaah, terlepas kuliah


Tekunnya baca guideline itu dan ini
Nak faham prosedur dan arahan kerja
Takdela nampak macam tak tau apa

Harapnya tekun juga baca Al-Quran
Nak faham perintah, nak belajar dari sejarah
Takdela rasa kosong je hidup


Banyaknye buku log yang nak kena isi
Tak rekod elok-elok silap-silap tak lulus PRP
Sokongan preceptor pun nak kena perolehi

Bagaiman agaknya buku amalan
Tak pernah ditunjuk, tak tahu mana yang kurang
Kalau lebih kurang, lulus ke akhirat?


Ingatkan jadual tugas sejenis je
Tengok-tengok ada macam-macam plak
Waktu biasa, flexi, lunch call, extended, night shift, hjg minggu
Mesti sentiasa alert
Bila pulak nak ke stesen berikutnya?, stesen apa?, apa persediaan?

Sehari 24 jam, sama untuk semua orang
Diisi dengan apa, itu bezanya
5 hari penat bekerja, hujung minggu luangkan masa
Sikit pun takpe
Untuk lebih mengenaliNYA
Night shift lagi berkesan
Sekali sekala extended pun jadi juga
Untuk renung ayat-ayatNYA
Sebab tak selamanya di dunia
Tempat berikutnya akan tiba jua


Bila terima...screen
Bila isi...screen
Bila dispense...screen
Banyaknya screen prescription
Beria-ria tak nak bagi salah
Supaya pesakit tak susah
Kita pun tak serba salah

Hmm...screen akhlak, ibadah, aqidah
Sudah?


Hello hello hello
Selamat pagi, selamat tengahari, selamat petang
Boleh saya bantu

Hello, hello, hello
Assalamu'alaikum...mak ayah
Terima kasih jaga orang dari kecil sampai kerja
Sekarang, biarlah orang yang bantu mak ayah
Dah lama mak ayah susah dan susah-susah


Encik...cik..hormatnya orang pada kita
Berjalan pun dipandang
Ada pembantu yang boleh membantu

Tengok apa panggilanNYA...
Hamba-hambaKU...
Wahai orang-orang yang beriman...
Tengok apa yang dipandangNYA
Hati dan iman...
Siapa tak kenal Umar, hebat pemerintahan...tapi merendah diri
Abu Bakar...orang kanan dan sahabat paling rapat dengan Nabi...tapi merendah diri
Ibn Abbas...alim...tapi merendah diri
Tengok Asy-Syafi'e, Al-Qardhawi, Al-Marbawi
Manusia-manusia hebat yang lantang, gagah tapi hatinya merendah diri pada Allah


PRP oh PRP...
Jadilah PRP yang hebat, penuh komitmen dan proaktif,
Siang bekerja membangun umat, membawa imej Islam
Malam merendah diri pada YANG MAHA ESA...

4 comments:

  1. waa...bestnye entri nie..menarik....informative...ada maksud tersirat..thanks a lot for this entri...
    insyaAllah..we'll do the best...^_^

    ReplyDelete
  2. To Anonymous, Roslina & Husna: ALHAMDU LILLAH...

    ReplyDelete