Sunday, December 20, 2009

Bersama Dr Yusuf Al-Qaradawi




Prof Dr Yusuf Abdullah Ali al-Qaradawi
Penerima Tokoh Ma'al Hijrah ke-8


"Nikmat paling besar disempurnakan pada Maal Hijrah ini adalah diutuskan Nabi Muhammad SAW serta diturunkan kitab al-Quran, lantas menjadikan umat Muhammad sebagai umat pilihan yang adil dan menjadi saksi ke atas perbuatan manusia"

"Keistimewaan Nabi Muhammad adalah generasi paling kehadapan seperti disifatkan dalam al-Quran dengan empat ciri, iaitu pertama rabbani (dilahirkan untuk memberi hidayah, sinar, kebahagiaan dan manfaat kepada manusia; kedua, kesederhanaan, yang penuh dengan keseimbangan, tidak berlebih-lebih mementingkan kebendaan seperti kaum Yahudi dan tidak melampau mengutamakan kerohanian seperti kaum Nasrani; ketiga, umat yang cemerlang dari segi kebaikan berbanding umat terdahulu dan keempat umat yang bersatu"

"Nabi Muhammad SAW pada hayatnya meninggalkan banyak warisan kepada umat Islam. Walaupun tempoh jangka masa pendek sebagai rasul iaitu ketika berusia 23 tahun, namun berjaya mengubah perjalanan seluruh alam, takdir dan matlamatnya, memalingkan pandangan manusia dari penyembahan makhluk kepada penyembahan Tuhan"

"Hakikatnya, Nabi Muhammad meninggalkan segala yang agung dan sangat berharga, yang tidak pernah diwarisi sesiapa sebelumnya iaitu boleh dibahagikan kepada tiga perkara iaitu, al-Quran termasuk keterangannya daripada Sunnah dan Sirah, ajaran dan pegangan bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah dan umat Islam terhasil daripada perkembangan ajaran ini yang bermula daripada sahabatnya"


PROFIL


Prof Dr Yusuf Abdullah Ali al-Qaradawi

Umur: 65 tahun.

Tarikh Lahir: 9 September 1926 (Shafat al-Turab Mahallah al-Kubra, Gharbiyah, Mesir).

Pendidikan:

Pengajian Usuluddin, Universiti al-Azhar (1953);
PhD dalam Fikah al-Zakat dan
Ijazah Tinggi Fakulti Usulludin bidang Tafsir dan Hadis.

Jawatan:

Pengerusi Kesatuan Ulama Islam Sedunia;
Pengerusi Majlis Fatwa Eropah;
Naib Pengerusi Organisasi Zakat Antarabangsa;
Ahli Pusat Pengajian Islam di 0xford;
Pengarah Pusat Kajian Sunnah dan Sejarah Islam Universiti Qatar;
Penyelia Hal Ehwal Kementerian Wakaf dan Jabatan Kebudayaan Islam Al-Azhar;
Pengarah Kolej Islam, Qatar;
Pengasas dan Dekan Fakulti Syariah dan Pengajian Islam, Universiti Qatar.

Anugerah:

Tokoh Maal Hijrah 1431 (Malaysia);
Anugerah Antarabangsa Raja Faisal dalam bidang pengajian Islam (1413H);
Anugerah Kecemerlangan Sarjana UIAM (1996);
Anugerah Sultan Hassan al-Bulkiah Sultan Brunei dalam bidang Fikh (1997);
Anugerah Sultan al-Uwais, Emiriah Arab Bersatu (1999);
Anugerah Antarabangsa Dubai (2000);
Anugerah Penghargaan Kebangsaan dalam bidang Pengajian Islam, Qatar (2008).

No comments:

Post a Comment