Saturday, October 3, 2009

IIUM National Pharmacy Quiz 2009


Persatuan Pelajar-Pelajar Farmasi UIAM (IIUM Pharmacy Students' Society or IPhA) kembali lagi dalam arus perdana bidang farmaseutikal negara dengan mengetengahkan satu idea luar kotak "1st IIUM National Pharmacy Quiz 2009". Program ini akan berlangsung selama 2 hari iaitu 3 dan 4 Oktober 2009 di Kulliyyah Farmasi UIAM Kuantan dengan penyertaan seramai 14 pasukan daripada 9 universiti seluruh Malaysia.

Seperti juga National Gathering of Pharmacy Students (NoGAPS) yang telah dianjurkan pada tahun 2008, penganjuran kuiz yang juga dikenali dengan nama RxQuiz 2009 ini amat penting untuk mengetengahkan kemampuan dan kecekapan institusi pengajian agama dalam perkembangan bidang farmasi negara. Jika dalam bidang perubatan kita ada Persatuan Perubatan Islam Malaysia (PPIM), tidak mustahil suatu hari nanti, Persatuan Farmaseutikal Islam Malaysia juga mampu direalisasikan.

Untuk program ini, saya bertugas sebagai ahli jawatankuasa (AJK) Biro Multimedia. Alhamdulillah, dengan pengalaman membuat buku NoGAPS 2008, banyak membantu untuk menyiapkan buku program RxQuix. Namun begitu, kali ini agak mencabar kerana saya terpaksa mengubah design di saat-saat akhir apabila kedai pencetak meminta sedikit perubahan pada buku itu untuk memastikan kekemasan pada proses mencetak. Ada masa nanti, saya akan kongsikan tip-tip membuat buku program.

Dapatkan perkembangan program ini di akhar Berita Harian dan New Straits Times dan Selamat bertugas kepada semua ahli jawatankuasa program!

"Gearing Young Pharmacists Towards Knowledge"

No comments:

Post a Comment