Saturday, June 19, 2010

Kenangan Bersama Adik Adik di Kampung

Dr. Zakir Abdul Karim Naik, Presiden Islamic Research Foundation (IRF).
Ikon besar Muslim dalam pidato dan debat.


Saya terjumpa video lama kenangan berprogram dengan adik-adik di kampung. Asalnya masa tu surau agak kurang pengisian. Jadi, datang idea untuk gunakan pelajar-pelajar sekolah untuk menyampaikan tazkirah. Nak bagi kelainan. Jadi, apa kaitan antara adik-adik memberi tazkirah dan Dr Zakir? Kedua-duanya melibatkan satu kemahiran yang sama iaitu pengucapan awam.

Dalam dunia Islam, kita mempunyai ramai tokoh-tokoh pemidato yang hebat dalam menyampaikan mesej Islam antaranya Sheikh Ahmed Deedat dan Dr Zakir Abdul Karim Naik. Di Malaysia, kita juga ada nama-nama hebat seperti Shah Kirit Kalkulal Govindji dan Bro Lim Jui Soon. Penerangan demi penerangan yang diberi oleh mereka dalam bidang Perbandingan Agama (Comparative Religion) banyak membuka mata orang Islam untuk lebih memahami Islam (islah) dan bukan Islam untuk menerima Islam (dakwah).

Pernah tengok kan program Pemilihan Da'i Cilik (PILDACIL) di Indonesia? Memang ganah-ganah (dalam Bahasa Terengganu, ganah-ganah=hebat-hebat) budak budak dalam rancangan itu menyampaikan syarahan agama. Pendekatan sedemikian memang unik.


Kalau di SMKA Tok Jiring dulu, sesiapa yang tinggal di asrama memang akan dilatih untuk menyampaikan ta'lim selepas solat (tazkirah). Seingat saya, saya tidak berpeluang merasa pengalaman itu kerana hanya duduk di asrama selama sebulan sahaja semasa di Tingkatan 1 (manja la konon hahaha).

Berbalik pada cerita adik-adik tadi tu, bukan mudah hendak menyuruh mereka pergi ke depan dan sampaikan tazkirah. Usahkan adik-adik, yang muda dan dewasa pun belum tentu berani ke depan. Nak senang cerita, mereka hanya disuruh baca sahaja apa yang diberi. Dan kalau nak dibaca berdua, bertiga atau seberapa ramai pun boleh je pergi ramai-ramai ke depan.

Jadi, kena la bagi latihan sikit pada adik-adik ni. Itulah sejarah Program Bengkel Teknik Pengucapan Awam untuk Pelajar-Pelajar Sekolah Kg. Jeram yang telah diadakan pada 7 dan 8 Jun 2007. Kita tengok sikit video kenangan program tersebut okei.










2 comments:

  1. alhamdulillah...bagus sgt pendedahan yg diberi..kanak-kanak memg wajar dilatih utk berani bercakap di depan...supaya dapat menjadi insan yg lebih berkeyakinan dan dapat beri manfaat pada org lain..
    tapi....sikap kita yg kadang kala malu tak bertempat menyebabkan kita takut utk berdebat,menyampaikan ilmu pada org ramai...
    semoga usaha nie diteruskan..insyaAllah..
    debat dan pidato memang sgt menyeronokkan sbb dapat melatih minda berfikir secara kreatif dan kritikal..selain drpada menambah pengetahuan dan membina sifat kerjasama..=)

    ReplyDelete
  2. To Husna: satu lagi cara ialah muzakarah dan tak semestinya kita zahirkan nak bermuzakarah tu. indirectly pun ok. jangan segan untuk nyatakan pendirian kita. ni peringatan utk diri sendiri jugak sebab saya pun banyak tak berani dalam banyak keadaan. cuma apa yang boleh saya kongsi ialah nasihat sahabat2 saya yang terlibat dgn aktiviti luar UIA dgn non-muslim spt MyPSA, APPS, course2 anjuran PRN. dorang boleh nyatakan dengan baik apa yang student muslim boleh dan tak boleh buat. non-muslim pun boleh je respect dan hormati pendirian kita. Cuma kita je kdg2 terlalu meraikan, nak jaga hati etc. Ni cabaran pada IPhAers.

    ReplyDelete