Thursday, June 24, 2010

Generasi 5 Pagi

“Ha..tokki (datuk) dah bangun, leganya” bisik hati kecilku apabila mendengar bunyi tokki berjalan keluar dari biliknya. Penakut tak sudah-sudah. Terus saya dapat tidur dengan nyenyak.

Begitulah saya waktu kecil-kecil dulu semasa masih tinggal bersama dengan datuk dan nenek di rumahnya. Kini rumah itu sudah tiada lagi. Telah dirobohkan untuk dibina rumah baru. Datuk dan nenek pun sudah tiada lagi. Mereka meninggal sewaktu saya di sekolah menengah.

Generasi mereka adalah generasi yang tenang dan mendamaikan. Ladang getah dan kebun di sekeliling rumah. Tiada telefon bimbit, tiada ASTRO, tiada internet. Hujung minggu dipaksa mengaji. Bila waktu hampir maghrib dan selepasnya, jangan cubalah nak tengok TV. Pukul 10-11 mesti tidur. Kalau buat bising sewaktu ada orang kampung datang ke rumah, bersiap sedialah kena marah teruk.

Mendengar bunyi derap tapak kaki datuk berjalan ke bilik air pada awal pagi adalah satu kebiasaan. Suara orang tarhim (bacaan yang biasanya dibaca bilal sementara masuk waktu Subuh sebelum bacaan ayat al-Quran) jelas kedengaran kerana rumah datuk ialah rumah kayu. Biasanya dia akan solat berjemaah dengan nenek.

Datuk saya garang orangnya. Dia belajar agama di India. Ramai juga anak muridnya. Saya tak berkesempatan belajar darinya. Hanya sempat dimarahi kerana kenakalan yang amat sangat sewaktu kecil. Kadang-kadang, kami adik beradik akan dipanggilnya lalu ditegur mana yang salah. Contohnya dalam bab wudhu’.

Keberkatan yang selalu dikecapi mereka barangkali menjadi asbab kecemerlangan anak-anak dan ketenangan hidup walaupun ringkas dan sederhana. Itulah Generasi 5 Pagi. Yang menyahut seruanNya di sepertiga akhir malam.

Membaca kisah Prof Dr Sidek Baba dalam buku biografinya betul-betul menyentuh hati. Prof orang susah semasa kecil. Ayahnya antara yang banyak memberi kekuatan padanya. Saban hari beliau akan mendengar suara ayahnya yang bangun di tengah malam merintih, memohon kepada Allah agar diberkati kehidupan anak-anak. Itulah generasi dulu.

“Anok-anok gok senang blaker. Mok ada. Duit boleh wi. Tinggal nak blajar je. Mok dulu gok, gi umah pok-pok sdara mitok tolong nak duit nak bayar yuran sekoloh sebab keluarga susoh”, emak membuka kisah hidupnya. Sudah jadi kebiasaan emak akan bercerita panjang kepada saya bila ada peluang. Saya cuma terdiam. Teringat betapa malasnya diri sendiri. Menangguh kerja, belajar lebih kurang. JPA dah ada. Semua ada.

Mendengar cerita generasi dulu membuatkan air mata kita mengalir deras. Melihat generasi hari ini yang hanyut. Malam berjaga. Pagi tidur. Hujung minggu tidur. Tak peduli jiran tetangga dan saudara mara. Tekonologi membantu dan menjahanamkan. Semuanya nak di-24-jamkan. Kedai makan, kedai runcit, rancangan TV, pusat futsal. Hasilnya, semua orang berjaga malam. Leka dengan sembang-sembang kosong, bermain, bergelak ketawa, ber’facebook’, ber’YM’. Subuh?...

Generasi dulu hidupnya ibarat kata Prof Dr Kamil Ibrahim…Ringkas tapi signifikan!

4 comments:

  1. Ringkas tapi signifikan.. kemah boh.. sedak crito nih. keno jgk atah palo kawe..

    ReplyDelete
  2. yup...sangat setuju,atok dan nenek kita dulu sangat menitik beratkan disiplin sejak daripada kanak-kanak spaya kita jadi org berguna...

    kita?teknologi makin maju,adab dan gaya hidup dah makin menyimpang..
    org zaman dulu terpaksa jalan kaki g sekolah,berjimat cermat...semata-mata nak belajar...tapi kita(saya la)...tak guna peluang yg ada....betul la...ada masa terluang,qada' tido...huhu....tq for the reminder....

    ReplyDelete
  3. To Shahmin: kawe terkeno jugok min. hayya bil jihad!

    To Husna: nak masuk 2nd year baru kan. Ada byk tahun lagi tuh. Ada peluang, selalulah jumpa lecturer2 kita. Banyak nasihat2 berguna yang takkan dapat punya dalam kelas. Walaupun UIA ada kelemahan tersendiri, tapi dalam bab job scope lecturer..kalau tak silap, pernah dimaklumkan No. 1 as MURABBI!

    ReplyDelete
  4. oo... nta rajen tlis blog ke la ni? hehe
    x tau sbb da lame x bkak "Fortified Fraternity", sume ade kat fb, huhu...
    bgus2, dpt rase sume yg nta tlis tu ikhlas dr hati, haha...
    doakan ana yg sgt2 terase dgn post ni, hehe

    ::Guess::

    ReplyDelete