Sunday, September 13, 2009

Nasihat Dari Kawan

ISLAM datang dengan 1 pakej. Ibarat sebuah kereta, kita tidak hanya membeli pintu atau stereng sahaja, kita membeli seluruh komponen sebuah kereta yang lengkap. Untuk memandunya dengan baik, kita perlu dilatih di sekolah memandu, mendapat lesen dari JPJ, dan berlatih membiasakan diri kita memandunya hingga boleh kita bawa laju di jalan biasa mahupun lebuhraya.

Begitu juga dengan agama. Sejak dari kecil sampai dewasa, kita berusaha memperbaiki diri kita untuk amalkan ISLAM secara menyeluruh. Dalam soal mendidik, fitrah manusia memang bertahap. Namun, dalam perkara-perkara yang wajib, tidak ada separuh separuh. Mana yang selesa, kita ambil, mana yang tak selesa, kita tinggalkan. Pastu dicampur-campur ala ABC.

Puasa tapi solat tinggal

Puasa tapi mengumpat dan mengeji (walaupun hati rasa tak sedap...teruskan juga)

Puasa tapi bergurau senda lelaki perempuan bukan mahram macam adik beradik atau suami isteri

Puasa tapi bangga diri rasa ibadah lebih dari orang lain

Puasa tapi aurat tak jaga (lelaki dan perempuan, dua dua buat)

Puasa tapi tengok perkara-perkara tak elok

Yang disuruh dibuat, yang dilarang pun dibuat. No such compromy!

Semuanya kerana menjaga SELESA. Semuanya kerana memandangnya SELESA.

SELESA?

Ya, selesa dengan keadaan sekeliling yang majoritinya begitu. Selesa kerana menjaga hati. Selesa kerana alah bisa tegal biasa. Selesa kerana sayang. Selesa kerana berhikmah yang tak kena pada tempatnya. Tahu tapi tak faham. Tahu, faham tapi tak apalah, teruskan dengan tapered down pengetahuan dan kefahaman tu di mana-mana bahagian otak. Buat je tanpa rasa bersalah pada manusia apatah lagi PENCIPTA.

Ini antara persoalan-persoalan yang bermain dalam minda terutamanya mereka-mereka yang memegang jawatan. Kenapa difokuskan golongan pemimpin? Kerana memegang jawatan berat kedudukannya di sisi Allah. Generasi awal Islam menolak atau meratapi diri bila diberi amanah. Kenapa sampai begitu? Kerana segala perbuatan/keputusan/cadangan kita dan orang bawah akan dipersoalkan oleh Allah kepada kita. Dalam bab mencegah kemungkaran misalnya, kita diberi kuasa nombor 1 daripada 3 pilihan kuasa yang disebut oleh Nabi s.a.w. KUASA TANGAN = JAWATAN.

Mari muhasabah dan merenung dalam dalam perkara ini. Kita bukan yang terbaik. Kita tidak tahu di mana kedudukan kita di sisi Allah. Tetapi kita diberi akal, hati dan jasad untuk menilai. Apa yang boleh kita nilai selain daripada lahiriah? Tiada yang lain. Kita tak akan mampu menilai hati.

Nasihat saya pada diri sendiri dan semua, jangan dicampuradukkan Ramadhan atau bila-bila sekalipun dengan perkara-perkara yang tidak elok. Ukur tidak elok dengan ukuran agama, bukan anggapan kita semata-mata. Anggapan manusia mungkin tersilap kerana perbezaan latar belakang dan pengalaman serta ilmu. Perkara salah yang besar dipandang ringan. Ukuran agama takkan pernah silap. Ukuran agama selari dengan fitrah kebaikan dalam diri manusia. Tanyalah hati, detik hati memang akan benarkan apa yang benar. Adakah ini boleh dalam agama? Letak itu sebagai first parameter dalam buat apa sahaja keputusan dan tindakan. Kasihanilah mereka yang disekeliling melihat. Kerana tiada kekuatan, hanya dibenci semahunya dalam hati. Kalau yang tiada kekuatan itu pemimpin, bagaimana? Kita boleh kata itu pemimpin yang lemah. Itu tanggungjawab pemimpin. Tapi di pihak pembuat, renunglah siapa kita, dari mana kita datang dan ke mana nanti kita akan kembali. Argument kita dihadapan Allah esok esok bukan lagi lisan, tapi seluruh anggota badan yang lain dan rujukannya hanya 2: AL-QURAN DAN AS-SUNNAH a.k.a. ISLAM. Mudah cerita, apa sahaja tentang agama yang diajar oleh ibu dan ayah, guru, pensyarah, rakan-rakan atau yang kita sendiri baca.

Kita sedang berada di penghujung Ramadhan. Ambillah peluang ini untuk tengok balik diri kita. Sejak dari baligh hinggalah dewasa, berapa banyak dosa-dosa yang telah kita lakukan. Berapa banyak kita telah mengecilkan hati ibu dan ayah, mengkhianati kepercayaan ibu dan ayah ketika belajar di sekolah atau universiti. Berapa banyak kita solat ala kadar atau buat tak tahu terus pasal solat. Berapa banyak kita kotorkan hati kita dengan dosa-dosa melihat perkara mungkar. Berapa banyak kita telah buat tak tahu pasal perkara perkara yang dilarang tapi kita buat juga kerana CINTA dan NASFU. Jika ajal kita esok, adakah kita bersedia pulang kepada Allah dengan tangan dan hati kita yang kotor dengan dosa-dosa dan maksiat? Dosa-dosa yang dipandang ringan. Dosa-dosa yang dipersoalkan. Dosa-dosa yang saban hari kawan-kawan kita tegur dan resah hati kerananya.

Cukuplah selama ini kita kecewa dan hanyut dalam kegelapan. Tertekan, tidak tenang, tanpa arah tuju. Berubahlah. Bina hidup baru sebagai seorang Muslim yang taat kepada Allah. Kita tidak akan rugi. Kedamaian! Itu yang menunggu kita. Ramai yang ingin melihat kebaikan dalam diri kita. Ramai yang mendoakan. Insya ALLAH, kita tak akan rugi dengan perubahan. Biarlah diejek kawan-kawan satu geng, asalkan jangan diejek selama-lamanya oleh Allah. Mari kita cari redha Allah, biarpun kita terpaksa berhadapan dengan marahnya manusia yang tidak mengerti.

YA ALLAH...MULAI SAAT INI, AKU INGIN BERUBAH. KAU TUNJUKKANLAH JALAN YANG BENAR PADA DIRIKU. AMPUNKANLAH DOSA-DOSAKU YANG LALU. BERIKANLAH AKU KEKUATAN. BERSIHKANLAH HATIKU DARI KEGELAPAN SILAM. JAUHKANLAH AKU DARI SEMUA ITU. KURNIAKANLAH AKU KETENANGAN HIDUP YANG HAKIKI.

No comments:

Post a Comment