Thursday, September 10, 2009

5 Families 5 Stories



Menarik juga mendengar atau membaca kisah Muslim minoriti di negara negara tertentu. Membuka minda. Bukan apa, sudah terbiasa dengan isu-isu dalaman pelajar, universiti dan kekelamkabutan politik dan sosial negara kita sekarang, rasa macam dapat ‘melancong’ percuma bila mendengar pengalaman sebenar bagaimana saudara saudara kita di sana survive. Seronok dapat dengar ceramah dari pensyarah foreigner. Kalau di Kulliyyah Farmasi, saya sangat berminat dengan ceramah Dr Ra’id dan yang terbaru Dr Marzuq. Pensyarah tempatan seperti Dr Mohamed Awang juga sangat baik penyampaiannya. Antara elemen yang paling saya cari dalam setiap ceramah mereka ialah MEMBUKA MINDA. Dengan networking yang luas sebagai pensyarah, mereka ada banyak cerita-cerita inspirasi yang boleh dijadikan teladan dan persoalan dalam diri, “Muzani...usaha kau masih sedikit!”

Saya tak pernah ke luar negara. Sabah, Sarawak dan Labuan pun tak pernah. Paling banyak pergi ke Pahang (UIA Kuantan kan), KL & Selangor (DQ, Matrik UIA PJ dan saudara mara sebelah ayah ramai kat sana) dan Kelantan (saudara mara sebelah mak). Kalaupun ada peluang insya Allah, dalam masa terdekat ni ialah umrah bersama keluarga (yang baru di peringkat perancangan) ataupun bersama rakan-rakan pelajar Tahun 3 dan 4, Kulliyyah Farmasi (juga di peringkat mendapatkan kelulusan). Moga dimurahkan rezeki dan diberi kesempatan. Sebelum ni pernah ikut temuduga untuk Kursus Bahasa Arab yang akan dijalankan di Arab Saudi, tapi tak berjaya. Frust sposen. Dulu masa SPM pun memang tak minta ke oversea. Waktu tu tak minta sebab macam tak ada harapan je nak dapat. Lagipun, bila dah dapat tawaran DQ, fikir punya fikir, akhirnya buat keputusan untuk tetap dalam negara dulu. Kalau ada rezeki, sambung di peringkat master dan PhD je la (waktu tu la, sekarang ni tak tahu la dapat ke tak, kena struggle CGPA dulu la bro). Jadi, jealous juga mendengar pengalaman kawan-kawan yang belajar di luar negara.

Berbalik kepada cerita minoriti Muslim tadi, saya teringat pidato yang disampaikan oleh Dr Zakir Naik ketika beliau datang ke Malaysia (menontonnya melalui YouTube http://www.youtube.com/watch?v=Sola4SYJ0ck). Tajuknya “Why The West is Coming to ISLAM?”. Dalam pidato tu, Dr Zakir jelaskan satu persatu ciri-ciri yang ada pada masyarakat barat yang membuatkan mereka cenderung kepada ISLAM. Antaranya ialah penekanan mereka terhadap evidence-based dan sikap rajin dan tekun dalam mengkaji. Salah satu sebab lagi yang saya rasa menjadi asbab hidayah kepada mereka ialah Islam tulen yang dihayati oleh Muslim minoriti di sana. Sebagai minoriti, cabarannya hebat. Di Malaysia, perkara yang sama juga berlaku kepada non-Muslim yang memeluk ISLAM. Saya pernah berada dalam kuliah Bro Lim Jui Soon, salah seorang aktivis dakwah di negara kita. Mendengar cerita bagaimana beliau memeluk ISLAM dan cabaran-cabaran yang dihadapi, termenung panjang dibuatnya. Bukan cabaran seminggu dua. Ini cabaran berbulan-bulan dan bertahun tahun selepasnya.

Semasa saya membuat latihan industri di sebuah kilang farmasi di Pelabuhan Klang, saya berkesempatan untuk mengenali beberapa rakan non-Muslim dari UKM. Gembira tapi malu. 2 perasaan bercampur bila mendapati reaksi dan cakna mereka tentang ISLAM kadang-kadang mengalahkan kita yang Muslim. “Itu sembahyang jumaat, ada ceramah kan?”, “Kamu mahu sembahyang kan, sudah pukul 1 lebih”, “Eh, kalau kita di tempat yang tiada jam, macam mana nak tahu waktu solat?”, “Tadi saya nampak surau di sana, kamu nak sembahyang boleh pergi sana, nanti kami tunggu di meja makan”. Itu antara dialog-dialog sepanjang membuat latihan selama 6 minggu.

Kesimpulannya, kena ambil iktibar dari kesungguhan Muslim minoriti untuk dijadikan teladan dalam menelusuri hidup sebagai Muslim majoriti bukan sahaja pada bilangan, tapi harap-harapnya juga pada kualiti.

No comments:

Post a Comment