Setiap kali musim cuti dan balik kampung mengingatkan aku kepada banyak perkara. Ramai orang di sekeliling yang memerlukan kita dan kita memerlukan mereka. Walaupun mungkin penat dan payah, aku hanya berharap dapat mengusahakan yang terbaik untuk diri dan orang di sekeliling. What you give, you get back. It’s either in the same form, in other form, now or then, from people and surely from HIM, in this world and in the hereafter, if we are sincere and it’s according to shari’ah.
Ramai yang menanti, ramai yang mengharapkan kita. Masih jelas di fikiranku suatu ketika dulu bila seorang ibu saudaraku yang agak susah kehidupannya mengalirkan air mata di depanku, menyambut salamku dan mencium tanganku. Aku tergamam. Tak tahu apa yang patut diucapkan. Sepatutnya aku yang berbuat begitu. “Nanti muzani dah kerja dan senang bolehlah Mak Ngah tumpang” pesannya yang membuatkan aku makin terkedu.
Dalam hidup ini, ramai yang inginkan kebaikan buat kita. Ibu dan ayah, datuk dan nenek, adik-beradik, saudara mara, guru-guru, kawan, sahabat, teman, ketua, pimpinan dan mungkin seseorang yang tak pernah kita kenali. Bila teringat semua tu, ia menjadi satu dorongan yang kuat untuk aku berusaha…berusaha menjadi orang yang terbaik untuk memberi yang terbaik kepada mereka. Sebab itulah bila akademik aku merosot, barulah aku sedar, bagaimana nanti harapan semua orang pada aku. Aku akui, sekarang memang aku benar-benar terngadah dengan hantukan yang cukup kuat, mengetuk segala memori kecemerlanganku di sekolah, pandangan dan sanjungan tinggi oleh guru-guru dan saudara mara, harapan mereka-mereka di sekelilingku dan tanggungjawab terhadap masyarakatku. Hantukan-hantukan kecil sebelum ni belum cukup menyedarkan aku rupanya.
Kalau bukan kita, siapa lagi yang boleh dijadikan tempat bergantung untuk memimpin masyarakat. Pengalaman aku dikampung cukup mengajarku memang pemuda kena jadi penggerak. Ibarat jantung yang memerlukan pacemaker, begitulah masyarakat memerlukan orang-orang yang sedar, tahu dan mahu kebaikan untuk semua.
Ye, kadang-kadang kita alpa dan hanyut dengan kehidupan. Syaitan memang akan mencari segenap penjuru untuk mengenakan kita. Andai kita okey dalam certain aspect, dalam aspect yang lain kita mungkin kalah. Memang manusia ada kelebihan dan kekurangan. Cuma berhati-hatilah, jangan sampai kekurangan kita menjadi dalil untuk kita mengalah kepada hujah-hujah syaitan yang akhirnya kita ‘free fall’ dalam kealpaan kita.
We are somebody to somebody
Seorang anak kepada ibu dan ayahku
Seorang cucu kepada datuk dan nenekku
Seorang abang kepada adik-adikku
Seorang saudara kepada keluarga terdekatku
Seorang pelajar kepada guru-guruku
Seorang guru kepada pelajar-pelajarku
Seorang jiran kepada jiranku
Seorang kawan, sahabat dan teman kepada rakan-rakanku
Seorang ketua kepada pimpinanku
Seorang pengikut kepada pemimpinku
Seorang saudara kepada saudara Islamku
Andai diri keseorangan
Ingatlah dan ingatkanlah
Kita tetap SEORANG HAMBA KEPADA PENCIPTANYA YANG MAHA AGUNG
Ingatlah dan ingatkanlah
Kita tetap SEORANG HAMBA KEPADA PENCIPTANYA YANG MAHA AGUNG
smart ah gambar kat atas dari kecik sampai skrang.heehheeh.kalau diubah layout ni mungkin lagi menarik. yg skrang ni layout default ek
ReplyDeletesalam batch leader..hehe...
ReplyDeletebelum terlambat lagi kan untuk mengubah sesuatu menjadi lebih baik...:)
ujian stp org berbeza kan..pengalaman n kejayaan..both are important...
so, dun regret on ape2 je yg da jadi... :)
n...wish u all the best this sem ya...
u still hv our support n respect...(..erkk ...betul ke ayat ni..haha..)