Minggu ni ialah tahun baru hijrah 1430 dan masihi 2009. Namun, tiada yang baru dalam episod derita dan tangis rakyat Palestin. Jalan cerita yang sama dan skrip yang sama. Cuma ‘pelakonnya’ bersilih ganti dengan generasi-generasi baru; sama ada yang menindas atau tertindas.
Berikut saya ringkaskan beberapa rentetan peristiwa-peristiwa tersebut:
a) Hingga hari ke-7 (2 Januari 2009) serangan terbaru Israel ke atas Palestin, dilaporkan seramai 428 orang terkorban dan 2220 lagi cedera.
b) Di New York, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengadakan sidang tergempar selepas Negara Arab mengemukakan resolusi mendesak Israel segera menamatkan serangannya. Amerika Syarikat menolak draf resolusi tajaan Libya yang menggesa krisis di Gaza dihentikan. (Bakal Presiden AS, Barrack Obama agaknya hanya mampu membisu, mungkin masih mencari-cari kunci untuk masuk ke biliknya di White House pada 20 Januari 2009 sambil direnung tajam oleh Yahudi)
c) Israel menolak cadangan Perancis untuk mengadakan gencatan senjata segera selama 48 jam untuk menambah bantuan kemanusiaan kepada 1.5 juta penduduk Gaza.
d)Mesyuarat Tergempar Jawatankuasa Eksekutif OIC untuk membincangkan serangan Israel ke atas Gaza di Jeddah, Arab Saudi pada 3 Januari 2009. Abdelaziz Aboughosh, Duta Palestin ke Malaysia dalam temubual dengan Berita Harian berkata, “Kami tidak perlukan sebarang kecaman dalam mesyuarat ini, sebaliknya tindakan yang praktikal”. Seorang pembaca pula menggariskan 3 perkara penting yang mesti diberi keutamaan iaitu menghentikan keganasan Israel, membuka pintu sempadan dan membangunkan semula Gaza.
Mari kita merenung ayat 120 surah al-Baqarah,
“Dan orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan rela kepadamu (Muhammad) sehinggalah engkau mengikuti agama mereka. Katakanlah, “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan jika engkau mengikuti keinginan mereka setelah ilmu (kebenaran) sampai kepadamu, tidak akan ada bagimu pelindung dan penolong dari Allah”.
Ya Allah! Berilah pertolongan kepada saudara-saudara kami di Palestin!
Untuk maklumat terkini dan ulasan, sila layari http://www.palestinkini.info

Muzani, letak la chatbox.
ReplyDeleteSenang nak komen.
haha
Fakhru