Mukanya berkerut. Sesekali dia termenung.
“Laa..apa yang ko fikir ni. Mari la gi padang bola. Tak yah feeling-feeling. Redha je lah dapat negeri di bawah bayu tu. Best apa naik kapal terbang,” Mat Ki menyapa Hamdan yang bersandar di dinding masjid.
“Eh ko ni. Ni bukan pasal posting la. Aku tengah confuse. Keliru,” Hamdan membalas.
“Tak sudah-sudah keliru ko. Habis semua benda ko keliru. Ha, kali ni pasal apa plak?” Mat Ki membatalkan hasratnya dan duduk. Di luar masjid, bunyi suara budak-budak bermain di taman permainan masjid memecah kesunyian waktu Asar. Semua jemaah lain sudah pulang ke rumah masing-masing setelah menunaikan solat Asar berjemaah tadi.
“Kenapa aku rasa kosong hati walaupun dah jaga solat berjemaah, baca Quran, puasa sunat dan jaga tutur kata. Boleh kata banyak jugak la yang buat. Ni aku bukan nak riya’ kat ko. Tapi nak cerita keadaan,” Hamdan meluahkan apa yang terbuku di hatinya.
“Takpe la…slow-slow. Nak jaga hati bukan senang. Aku ni pun, segan plak ko tanya camni. Dua kali lima je aku ni,” Mat Ki menjawab tulus.
“Jap…aku teringat something. Benda ni payah. Effect besar kat kita,” tambah Mat Ki tiba-tiba.
“Apa dia?” Hamdan bertanya. Dia mula membetulkan duduknya. Adab seorang murid pada gurunya.
“Menjaga pandangan!“ ringkas jawapan Mat Ki. “Tak kira, lelaki ke, perempuan ke, sama je. Buatlah ibadah banyak mana pun. Hati sangat berkait dengan jaga pandangan. Lebih-lebih lagi zaman sekarang ni,” Mat Ki mula ber’kuliah’.
Hamdan sangat menghormati sahabat baiknya itu. Orang yang selalu menjadi sumber rujukannya. Mat Ki pula sangat rendah diri. Kuliah maghrib tak rasminya di sekolah waktu pelajar dulu, memenuhkan surau sekolah. Boleh dikatakan majoriti pelajar akan hadir mendengar. Tapi setiap kali ditanya soalan oleh kawan-kawannya, ayat tawadhu’ (rendah diri) dialah akan jadi mukadimahnya.
“Ni bukan sekadar soal hati. Ini soal iman. Iman bertambah dengan ilmu dan ketaatan, berkurang dengan maksiat dan kejahilan. Jaga pandangan satu ketaatan yang besar! Aku tak hormat langsung dengan orang yang bercakap petah tentang agama, tapi pandangannya tak dijaga,” tegas Mat Ki.
“Hm..bab iman ni pun aku keliru. Sori la banyak plak keliru aku. Aku tak faham, apa beza aqidah, tauhid dan iman? Pengertian dia macam ulang benda sama je. Pastu apa plak kaitan iman, islam dan ihsan? Pastu tiba-tiba syariat plak? Dari sekolah lagi aku tak faham benda ni. Jawab exam Syariah Islamiyyah dulu pun hafal bulat-bulat.” pertanyaan Hamdan semakin bercabang.
“Macam ni…kita gi satu persatu. AQIDAH ni perkara yang hati ko benarkan, jiwa ko tenteram dengannya dan ko rasa yakin yang sunguh-sungguh. Takde syak langsung. Benda ni perkara asas atau dalam Bahasa Arab kita panggil usul. Sebab tu ada istilah usuluddin iaitu asas agama. Agama ialah cara hidup. Jadi, aqidah ialah asas kepada cara hidup. Ko rasa cara hidup ni satu ke banyak?” soal Mat Ki.
“Cara hidup ni macam-macam. Bergantung pada orang,” jelas Hamdan.
“Dalam erti kata yang lain, secara umumnya, agama lain pun ada aqidahnya. Tapi aqidah mereka tidak betul, diseleweng dan tidak asli lagi. Hanya aqidah yang shahih, terjamin, kekal asli dan diturunkan dengan sempurna diterima oleh Allah…Itulah aqidah Islam yang dibawa oleh para rasul” Mat Ki menyimpulkan bicaranya.
“Okei, pastu macam mana dengan istilah tauhid?” Hamdan mengingatkan Mat Ki soalan penuhnya.
“Haa…Tujuan aqidah Islam yang terpenting ialah mengajak manusia kepada tauhid. TAUHID ialah mengesakan Allah dalam ibadah. Kan perkataan asas dia hampir dengan wahid (satu). Macam mana nak esakan Allah? Arahkan ibadah tersebut semata-mata kepada Allah sahaja dan tidak mensyirikkanNya dengan sesuatu,” jawab Mat Ki.
“Ooo…tauhid tu tujuan aqidah rupanya. Okei, aku faham tauhid ni mengesakan Allah. Cuma…aku nak dengar skit jawapan ko kalau orang tanya apa pentingnya tauhid?” Hamdan mengemukakan soalan tambahan.
Perbualan mereka bertambah rancak. Maklumlah, lepas ni Hamdan akan ke Sabah untuk bertugas. Tentu susah mereka berdua nak bertemu lepas ni.
“Ko ingat 3 benda. Yang pertama, tauhid ni syarat umum penerimaan ibadah. Macam tak diterima solat tanpa wudhu’. Begitu jugak ibadah tanpa tauhid. Yang ke-2, tauhid beri perangsang dan harapan untuk manusia masuk syurga serta menyelamatkan mereka dari kekal dalam neraka. Sebab itu orang berdosa tak sepatutnya putus asa dengan Allah. Masih ada peluang selagi hidup. Asalkan tak syirik dengan Allah. Yang ke-3, tauhid beri harapan kepada manusia untuk menerima syafaat hari kiamat esok-esok.
Aku ada benda menarik yang selalu aku sebut dalam bab ni. Ko perasan tak, suruhan dan larangan yang disebut dalam al-Quran biasanya dikaitkan dengan tauhid. Contohnya, dalam surah an-Nisa’ ada satu ayat tu sebut pasal buat baik pada mak ayah, kaum kerabat, anak yatim dan lain-lain. Awal ayat tu suruh abdikan diri pada Allah dan jangan syirikkan Allah. Hadith Nabi s.a.w. pun sama. Konsepnya, suruhan terhadap sesuatu dimulai dengan suruhan kepada tauhid dan larangan terhadap sesuatu dimulai dengan larangan terhadap syirik,” jelas Mat Ki dengan panjang lebar.
“Asyik aku je yang terang ni. Kita tukar. Aku plak yang tanya” Mat Ki mencadangkan.
“Aisey…takkan aku plak. Aku kalau jawab yang markah 15 dapat la 5 kot,” Hamdan pula merendah diri.
“Takde-takde. Ni hal agama. Markah-markah tolak tepi. Semua orang kan belajar. Mengetahui, satu perkara. Memahami, satu perkara lain. Ramai yang tahu tapi tak faham. Faham tu lah yang kita istilahkan sebagai faqih,” hujah Mat Ki.
“Kita tahu aqidah Islam ni shahih, terpelihara dan diturunkan dengan sempurna. Soalnya, dari mana kita nak pastikan yang kita dapat aqidah Islam yang macam tu?” tanya Mat Ki.
“Apa yang aku tahu, sumber aqidah mesti ikut wahyu dari Allah. Wahyu ni plak ada 2 bahagian: al- Quran dan as-Sunnah. Contohnya dalam surah al-Baqarah, Allah menyebut al-Quran sebagai al-Kitab dan as-Sunnah sebagai al-Hikmah. Jadi, bila sempurna penurunan wahyu pada akhir hayat Rasulullah s.a.w., maka sempurnalah sudah aqidah Islam,” Hamdan memberi penjelasan.
“Sebab tulah, ulama’ yang terawal ialah orang yang paling faham tentang sumber aqidah ni sebab mereka paling dekat dengan Rasulullah s.a.w. Kalau ikut tertib: sahabat, tabi’in, tabi’ tabi’in, imam-imam terbesar dalam feqah dan ulama’-ulama’ hadith dalam lingkungan tiga kurun selepas Rasulullah s.a.w. The best generation!”.
“Generasi tu menolak sepenuhnya sumber-sumber selain wahyu. Terima wahyu sepenuhnya tanpa syak atau pilihan yang lain. Imam az-Zuhri sebut, ‘utusan adalah dari Allah, ke atas ar-Rasul s.a.w. menyampaikannya dan ke atas kita menerimanya’. Kalau ada pendapat seseorang yang alim sekalipun, sumber wahyu mesti didahulukan. Mereka tak tukar fahaman aqidah yang mereka terima dari Rasulullah dengan lafaz-lafaz atau cara yang luar dari fahaman tu. Orang-orang ni tinggalkan segala penambahan perkara baru atau bid’ah dalam agama. Hasilnya aqidah Islam terpelihara,” Mat Ki menambah.
“Wah, kompleks jugak ni. Tapi rasanya dah faham. Sekarang ni, kita pi ke soalan kedua aku tadi. Islam, Iman dan Ihsan. Explain skit,” pinta Hamdan.
Perbincangan mereka berdua semakin panjang lebar. Tapi biasalah, dah minat kedua-duanya sama.
“Islam, Iman dan Ihsan ni peringkat dalam agama. Bila sorang tu ucap kalimah syahadah dan dia beramal dengan tuntuan atau makna syahadah, maka dia Islam dan kita panggil dia muslim. Bila bertambah keyakinan dia dengan rukun Iman yang enam dan dia beramal dengan amalan yang Islam suruh, maka dia naik ke peringkat iman dan kita panggil dia mukmin. Bila sempurna iman seorang mukmin hingga sampai ke kemuncak keimanan, maka dia mencapai peringkat ihsan dan kita panggil dia muhsin”.
“Jadi, iman ni ikut amalan. Tadi aku ada beritahu pasal jaga pandangan kan. Tu amalan lah. Bila iman bertambah, sorang tu akan bertambah dekat dengan peringkat mukmin dan seterusnya muhsin. Kalau iman berkurang, maka dia dekat ke peringkat muslim sahaja. Ha gitu. Sebab tu, dalam surah al-Hujurat, ada ayat cerita pasal Arab Badwi sebut kami telah beriman. Pastu Allah suruh Nabi beritahu pada mereka, kamu belum beriman tapi katakanlah kami telah Islam kerana iman belum masuk dalam hati kamu,” jelas Mat Ki.
“Ko terang dulu apa yang ko tahu pasal istilah Islam,” dia pula yang meminta Hamdan menjawab soalannya sendiri.
“Islam ni serah diri, patuh dan taat suruhan Allah, tanpa ingkar sikitpun. Termasuk dalam istilah Islam ialah jauhi syirik dan istiqamah dengan tauhid. Islam ni terbina atas rukun Islam yang lima. Syahadah ialah rukun ucapan atau perkataan. Yang empat lagi tu rukun perbuatan. Solat dan puasa tu perbuatan anggota badan. Zakat perbuatan berkaitan harta. Haji plak perbuatan berkaitan dua-dua: anggota badan dan harta,” Hamdan menjawab.
“Okei full mark! Ni mesti hafal bulat-bulat ni” gurau Mat Ki sambil tersenyum lebar.
“Iman plak benarkan dalam hati, sebut dengan lidah dan amal dengan anggota badan. Sama macam Islam, dia ada dua bahagian. Iman dari segi ucapan dan iman dari segi amalan.”
“Iman dari segi ucapan ada dua gak: ucapan hati dan ucapan lidah. Ucapan hati maknanya membenarkan dan yakin dengan hati. Ucapan lidah plak mengucap dua kalimah syahadah, membenarkannya dan memenuhi syarat-syarat syahadah.”
“Lepas tu, iman dari segi amalan pun ada dua: amalan hati dan amalan zahir. Amalan hati merujuk kepada amalan anggota-anggota batin macam niat, ikhlas, menyerah diri, takut, menaruh harapan, taqwa, tawakkal dan lain-lain. Amalan zahir boleh jadi amalan lidah macam baca Quran, zikir dan baca doa atau amalan anggota badan yang lain macam solat, haji, berjalan ke masjid dan lain-lain. Jadi, ringkas cerita, amalan ni syarat kepada kesempurnaan iman. Kita sebut tadi kan, iman bertambah dengan ilmu dan amal.”
“Berkait dengan amalan ni, ulamat ada sebut gak pasal pembuat dosa besar. Jadi, Ahli As-Sunnah wal Jama’ah atau ASWJ berpegang bahawa orang yang buat dosa besar tak terkeluar dari lingkungan iman. Maknanya iman dia berkurang. Kita berpegang dengan ASWJ. Bukan amanah saham wawasan johor ke apa ni. Haha,” sempat lagi Mat Ki berseloroh dalam serius.
“Satu lagi benda penting, kalau ikut hukum di dunia, iman ni perlu kepada dua perkara je: berikrar dengan ucapan lidah dan sebut dua kalimah syahadah. Maknanya camni, kita sebagai manusia hanya dipertanggungjawabkan dengan amalan zahir dan apa yang diucap oleh lidah sahaja. Kita tidak tahu apa yang ada dalam hati seseorang. Jadi, tidak boleh menghukum kafir seseorang melainkan dia terlibat dengan perkara yang membatalkan ikrar dan ucapan tersebut. Ni berdasar kepada hadith yang cerita pasal Usamah bin Zaid, seorang sahabat Nabi yang bunuh seorang lelaki yang mengucap syahadah dalam suatu peperangan. Dia berasa tak sedap hati lalu mengadu pada Nabi. Nabi pun tegur dia sebab apa gi bunuh sedangkan orang tu dah ucap syahadah. Usamah kata dia mengucap sebab takut pada senjata. Nabi beritahu, kenapa tidak belah hati dia sehingga dapat tahu dia mengucap dalam hati ke tidak. Tu Nabi tegur bahawa kita tak boleh menilai hati seseorang,”
“Tapi dalam bab amalan, kita kena pegang bahawa kalau orang buat benda baik, maka perbuatan dia ialah perbuatan yang menghampirkannya ke syurga. Begitu juga kalau buat jahat. Bukan apa, ada yang beralasan, walaupun amalannya tidak Islam, tapi hatinya siapa yang tahu. Dari satu segi, betul kenyataan tu. Tapi kalau dinilai perbuatan tu, kita tetap akan kata itu perbuatan yang bawa dia mendapat redha Allah dan syurga atau murka Allah dan neraka.”
Kali ni Mat Ki betul-betul bersyarah. Hamdan tekun mendengar segala hujah-hujah sahabatnya itu.
“Oh ya, sebelum terlupa, tadi aku cakap iman bertambah dengan ilmu dan amal. Ada satu lagi: zikir dan fikir. Ni Ustaz Pahrol selalu sebut dalam buku dan ceramah dia. Zikir ni maksudnya ingat Allah melalui nama-namaNya, sifat-sifatNya dan ayat-ayatNya iaitu al-Quran. Fikir plak memerhati ciptaan-ciptaan Allah. Tak kiralah manusia ke, alam sekitar ke. Macam-macam la,” tambah Mat Ki.
“Assalamu’alaikum!” tiba-tiba seseorang memberi salam.
“Wa’alaikumussalam!” jawab mereka berdua. Rupa-rupanya sahabat mereka berdua, Mamat menjengah ke dalam masjid.
“Laa…korang buat apa? Aku cari ko Hamdan. Ternampak motor ko kat depan masjid,” jelas Mamat.
“Ala sembang-sembang je. Mari la. Ada apa plak?” ajak Hamdan.
“Eh jomlah duk kat pondok rehat masjid. Petang-petang ni berangin skit duk kat luar,” cadang Mamat.
Mereka bertiga pun pergi ke pondok rehat masjid yang terletak bersebelahan dengan taman permainan kanak-kanak. Budak-budak tadi masih belum pulang. Seronok betul mereka bermain di situ.
“Korang sambung la apa yang korang bincang tadi. Aku nak tumpang dengar je. Tapi kalau hal peribadi dan yang seangkatan dengannya tak apalah hehe,” pinta Mamat.
“Aku duk tanya Mat Ki pasal bab aqidah,” jelas Hamdan.
“Fuyo..aqidah. Berat ni beb. Tapi aku ada musykil jugak dua tiga benda. Orang duk tanya aku, aku pun pening nak jawab. Dorang ingat aku amik syariah ke. Maklumlah UIA katakan.”
“Apa beza iman dan islam? Apa kaitan iman dengan syariat? Ki, ko explain skit,” soal Mamat.
“Sama plak dengan kemusykilan aku,” Hamdan mencelah.
“Ko mesti tahu jugak ni Mamat. Naqib UIA kan hehehe. Hamdan, ni tambahan kepada apa yang kita bincang tadi. Apa yang aku faham, kalau perkataan iman dan islam tu disebut bersendirian, maknanya ialah agama keseluruhannya. Islam bermakna agama. Iman pun bermakna agama. Tapi kalau dua tu disebut dalam satu masa, maka islam tu maknanya amalan zahir seperti amalan dalam rukun Islam, jihad sedekah dan lain-lain manakala iman tu plak amalan batin. Sinilah lahir ungkapan, semua mukmin itu muslim tapi bukan semua muslim itu mukmin. Dari segi hukum di dunia plak, seseorang tu dinilai berdasarkan amalan zahir dia macam hadith Usamah tadi,” Mat Ki meneruskan hujahnya.
“Pastu pasal iman dan syariat. Iman bertambah dengan amalan. Amalan yang betul kena ikut syariat. Syariat ni panduan dan arahan. Guideline la senang cakap. Tujuan syariat ialah nak tentukan sesuatu amalan tu shahih atau tidak, baik atau buruk di sisi Allah. Syariat setiap Rasul berbeza. Namun, aqidahnya sama. Contoh, dalam syariat Nabi Musa, orang yang nak bertaubat kena bunuh diri. Dalam syariat Nabi Muhammad, orang yang nak bertaubat cukuplah berhenti buat, minta ampun sungguh-sungguh pada Allah, menyesal dan berazam takkan ulang perbuatan tu. Aqidah yang dibawa oleh Nabi Musa dan Nabi Muhammad sama iaitu Islam”.
“Ulama’ buat perumpaan nak kaitkan aqidah dan syariat dengan satu analogi yang dipanggil Pokok Iman. Seluruh pokok tu adalah iman. Akarnya adalah aqidah yang ada dalam hati seseorang. Batang, ranting dan daun adalah amalan. Kalau rosak akar, maka pokok jadi kecut dan mungkin mati. Begitu juga iman. Tak wujud iman kalau aqidah rosak atau hilang.”
“Kalau dipotong batang, ranting dan daun, pokok akan jadi lemah juga sebab kewujudan benda-benda tu untuk jaga supaya pokok tu terus kekal hidup berpanjangan. Begitu juga amalan. Kalau ditinggalkan amalan, iman akan berkurang atau mungkin hapus terus. Amalan yang paling asas ialah mengucap dua kalimah syahadah. Pastu solat lima waktu. Kemudian perkara-perkara fadhu yang lain. Menyusul lepas tu perkara-perkara sunat muakkad dan akhir sekali perkara-perkara sunat yang lain,” Mat Ki memberi analogi.
“Betul tak aku kata camni. Tidak bernilai sesuatu amalan yang mengikut syariat yang betul tanpa aqidah yang betul. Begitu juga tiada faedah aqidah yang betul tanpa disertai dengan amalan-amalan mengikut syariat yang betul,” Mamat mengutarakan kesimpulannya.
“Shahih!” Hamdan dan Mat Ki menjawab sekaligus. Mereka bertiga ketawa bersama-sama dek tindak balas spontan itu.
“Aku teringat pesan Ustaz Ismail Omar, iman ni ada manisnya dan ada tanda-tandanya. Ada empat tanda. Yang pertama, kasih kepada Allah dan Rasulullah s.a.w. Kasih kepada Allah dengan ikut jejak langkah Rasulullah s.a.w. serta taat pada suruhannya. Yang ke-2, kasih kepada ulama’ yang terawal atau salaf iaitu para sahabat Rasulullah s.a.w. dan mencontohi mereka. Imam As-Syafi’e sebut dalam kitab Ar-Risalah dia, sahabat Rasulullah s.a.w. adalah orang yang mengatasi kita dalam segala ilmu, akal, agama, kelebihan dan segala sebab yang membawa kepada ilmu dan memberi hidayah; pendapat mereka adalah lebih baik bagi kita dari pendapat kita sendiri. Yang ke-3, kasih dan marah kerana Allah dan yang ke-4, benci untuk kembali kepada kekufuran sepertimana benci untuk dilempar ke dalam api neraka,” kali ni Hamdan pula berbicara.
“Ki, ko tak cerita lagi pasal ihsan,” Hamdan mengingatkan Mat Ki.
“A’a, ihsan. Macam yang aku sebut tadi, ihsan ni peringkat dalam agama yang paling tinggi. Maknanya ialah bersungguh, tekun dan ikhlas dalam perbuatan. Tu dari segi bahasa. Ikut istilahnya, macam dalam hadith Nabi s.a.w. yang malaikat Jibril datang bertanya kepada Nabi pasal islam, iman dan ihsan tu. Nabi s.a.w. kata, kamu beribadah kepada Allah seakan-akan kamu melihatnya dan jika sekiranya kamu tidak dapat melihatNya, maka sesungguhnya Dia melihat kamu.”
“Jadi, berdasar kepada hadith tu, ulama’ bahagikan ihsan kepada dua martabat. Yang pertama, maqam musyahadah atau penyaksian. Ni merujuk kepada frasa yang pertama: beribadah kepada Allah seakan-akan melihatNya. Maknanya, kita beribadah semata-mata untuk dekatkan diri kepada Allah dan mendapat keredhaanNya. Menganggap diri di sisi Allah seolah-olah melihat Allah. Yang ke-2, maqam ikhlas. Ni merujuk kepada frasa ke-2: jika tidak melihatNya, maka sesungguhnya Dia melihat kamu. Maknanya kita beribadah dengan penuh kesedaran bahawa Allah tengok semua perbuatan kita. Sinilah lahirnya ikhlas. Ikhlas ni jalan nak menuju ke maqam yang pertama tadi. Capai yang ke-2 dulu, baru senang nak capai yang pertama insya Allah,” Mat Ki menyusun penerangannya.
“A’uzubillahi minasyyaitonirrojim…” kedengaran surau bilal.
“Ki, dah nak maghrib ni. Aku kena balik dulu la. Terima kasih banyak. Lega skit rasa hati aku. Aqidah ni benda penting. 13 tahun dakwah Nabi di Mekah nak bentuk aqidah yang mantap,” kata Hamdan.
“Itulah penting kita tengok ayat-ayat Makkiyyah (ayat-ayat al-Quran yang turun sebelum hijrah). Semuanya menekankan soal aqidah dan tauhid,” celah Mamat.
“Sama-sama. Aku pun boleh belajar banyak petang ni. Okei Hamdan, Mamat, kita jumpa solat Maghrib nanti. Boleh sambung lagi sembang kita lepas isya’ ke. Dialog Makkiyyah la katakan hehehe,” Mat Ki berlalu pulang dengan perasaan puas dapat membantu sahabat-sahabatnya.
(Diubahsuai dari Buku Manhaj Aqidah Ahli As-Sunnah Wal Jama'ah oleh Ustaz Ismail Omar. Dari Bab 1: Definisi, Kepentingan dan Sumber-Sumber Aqidah dan Bab 2: Islam, Iman dan Ihsan)
Monday, June 28, 2010
Dialog Makkiyyah
Thursday, June 24, 2010
Generasi 5 Pagi
“Ha..tokki (datuk) dah bangun, leganya” bisik hati kecilku apabila mendengar bunyi tokki berjalan keluar dari biliknya. Penakut tak sudah-sudah. Terus saya dapat tidur dengan nyenyak.
Begitulah saya waktu kecil-kecil dulu semasa masih tinggal bersama dengan datuk dan nenek di rumahnya. Kini rumah itu sudah tiada lagi. Telah dirobohkan untuk dibina rumah baru. Datuk dan nenek pun sudah tiada lagi. Mereka meninggal sewaktu saya di sekolah menengah.
Generasi mereka adalah generasi yang tenang dan mendamaikan. Ladang getah dan kebun di sekeliling rumah. Tiada telefon bimbit, tiada ASTRO, tiada internet. Hujung minggu dipaksa mengaji. Bila waktu hampir maghrib dan selepasnya, jangan cubalah nak tengok TV. Pukul 10-11 mesti tidur. Kalau buat bising sewaktu ada orang kampung datang ke rumah, bersiap sedialah kena marah teruk.
Mendengar bunyi derap tapak kaki datuk berjalan ke bilik air pada awal pagi adalah satu kebiasaan. Suara orang tarhim (bacaan yang biasanya dibaca bilal sementara masuk waktu Subuh sebelum bacaan ayat al-Quran) jelas kedengaran kerana rumah datuk ialah rumah kayu. Biasanya dia akan solat berjemaah dengan nenek.
Datuk saya garang orangnya. Dia belajar agama di India. Ramai juga anak muridnya. Saya tak berkesempatan belajar darinya. Hanya sempat dimarahi kerana kenakalan yang amat sangat sewaktu kecil. Kadang-kadang, kami adik beradik akan dipanggilnya lalu ditegur mana yang salah. Contohnya dalam bab wudhu’.
Keberkatan yang selalu dikecapi mereka barangkali menjadi asbab kecemerlangan anak-anak dan ketenangan hidup walaupun ringkas dan sederhana. Itulah Generasi 5 Pagi. Yang menyahut seruanNya di sepertiga akhir malam.
Membaca kisah Prof Dr Sidek Baba dalam buku biografinya betul-betul menyentuh hati. Prof orang susah semasa kecil. Ayahnya antara yang banyak memberi kekuatan padanya. Saban hari beliau akan mendengar suara ayahnya yang bangun di tengah malam merintih, memohon kepada Allah agar diberkati kehidupan anak-anak. Itulah generasi dulu.
“Anok-anok gok senang blaker. Mok ada. Duit boleh wi. Tinggal nak blajar je. Mok dulu gok, gi umah pok-pok sdara mitok tolong nak duit nak bayar yuran sekoloh sebab keluarga susoh”, emak membuka kisah hidupnya. Sudah jadi kebiasaan emak akan bercerita panjang kepada saya bila ada peluang. Saya cuma terdiam. Teringat betapa malasnya diri sendiri. Menangguh kerja, belajar lebih kurang. JPA dah ada. Semua ada.
Mendengar cerita generasi dulu membuatkan air mata kita mengalir deras. Melihat generasi hari ini yang hanyut. Malam berjaga. Pagi tidur. Hujung minggu tidur. Tak peduli jiran tetangga dan saudara mara. Tekonologi membantu dan menjahanamkan. Semuanya nak di-24-jamkan. Kedai makan, kedai runcit, rancangan TV, pusat futsal. Hasilnya, semua orang berjaga malam. Leka dengan sembang-sembang kosong, bermain, bergelak ketawa, ber’facebook’, ber’YM’. Subuh?...
Generasi dulu hidupnya ibarat kata Prof Dr Kamil Ibrahim…Ringkas tapi signifikan!

Wednesday, June 23, 2010
Kalau Dah Minat...
Semasa menyertai Pertandingan Syarahan Bahasa Arab di sekolah menengah
Lepas habis belajar di UIA ni, saya terfikir untuk belajar semula Bahasa Arab. Orang di luar biasanya menganggap pelajar UIA mesti tahu Bahasa Arab. Memang di Pusat Matrikulasi UIA (sekarang Pusat Asasi UIA) ada diajar Bahasa Arab kepada mereka yang tidak melepasi ujian saringan bahasa yang dijalankan semasa kemasukan. Mereka diajar asas Bahasa Arab seperti yang dipelajari oleh pelajar-pelajar Tingkatan 1-3 di sekolah menengah agama. Bagi yang melepasi ujian saringan, tak bermakna mereka mahir. Biasanya pelajar yang ada asas Bahasa Arab di sekolah menengah akan lulus ujian tersebut. Lepas lulus, selamat tinggal Bahasa Arab!
Saya mula belajar Bahasa Arab apabila masuk ke SMKA Tok Jiring. Masih teringat hari pertama masuk sekolah dengan pakaian baju putih dan seluar hijau sekolah menengah, cuak habis! Dunia baru la katakan. Pastu ramai betul pelajar…Boleh ke ni?
Masa tu, dari Tingkatan 1 hingga 3, pelajar-pelajar belajar Bahasa Arab Komunikasi. Mula-mula belajar di Tingkatan 1, saya dan kawan-kawan banyak menghafaz perkataan Arab dan maknanya dalam Bahasa Melayu mengikut kategori seperti benda-benda dalam kelas, anggota badan, haiwan dan lain-lain. Kami diperkenalkan dengan Kamus Idris Al-Marbawi yang banyak digunakan di SMKA untuk Bahasa Arab. Ingatkan nak hentam guna teknik kamus Bahasa Inggeris, rupa-rupanya lain pula dengan kamus Arab.
Tak lupa juga Kamus Adik hehe. Rasa macam budak-budak pun ada bila guna kamus tu. Hakikatnya memang budak-budak pun tapi waktu tu kita tak rasa pula macam budak-budak. Kamus tu penuh dengan gambar dan tulisan warna warni. Apapun, itulah kamus yang mengenalkan saya kepada banyak perkataan untuk benda-benda yang ada di sekeliling kita.
Dari Tingkatan 1 hingga 3, saya duduk dalam Kelas al-Quran. Kami belajar tajwid, tarannum (lagu bacaan al-Quran), qiraat (cara bacaan al-Quran), tafsir dan hafazan. Al-Quran membantu untuk belajar Bahasa Arab. Bila masuk Kelas al-Quran, saya rasa malu kerana belum khatam Quran. Saya masih ingat peristiwa masa awal kemasukan apabila ditanya di surau siapa yang sudah khatam Quran. Saya teragak-agak dan mengangkat perlahan-lahan. Seorang senior terus menegur, “Kalau tak khatam, jangan angkat”. Malu betul waktu tu. Memandangkan saya duduk di asrama semasa bulan pertama di sekolah, kami diletakkan dalam kumpulan tadarus al-Quran yang dipimpin oleh senior-senior. Ketua kumpulan saya namanya Ridhuan. Dia dikenali dengan panggilan Abg Haji kerana telah menunaikan haji.
Berbalik pada cerita Bahasa Arab, selepas belajar perkataan-perkataan tertentu dan dialog pendek, kami didedahkan dengan aspek tatabahasa sikit demi sikit terutamanya fi’il (kata kerja) yang kami hafaz formula dasarnya untuk 3 jenis fi’il iaitu fi’il madhi (past tense), fi’il mudhari’ (present tense) dan fi’il amr (kata suruhan). Lek-lek pe (Bahasa Terengganu: lek-lek pe=seperti/macam/seakan-akan) hafaz sifir zaman sekolah rendah.
Minat yang mendalam terhadap Bahasa Arab mula datang apabila di Tingkatan 4 dan 5. Kami mula belajar Bahasa Arab Tinggi. Kami diajar ilmu Qawa’id (Tatabahasa), Balaqhah (Sastera) dan menulis karangan. Saya begitu teruja dalam bab menulis karangan. Rasa seronok dapat gunakan uslub (gaya bahasa) al-Quran dalam karangan. Perasaan yang paling menyeronokkan apabila menulis karangan dan meletakkan baris serta menyebutnya. ‘Feel’ dia boleh kata macam orang minat bola tengok pasukan kegemarannya main.
Saya pernah mewakili sekolah dalam Pertandingan Syarahan Bahasa Arab. Bila tengok wakil sekolah lain cakap, memang berdebar habis. Nak terikut-ikut dengan gaya mereka. Masa tu la mengenal istilah ‘be yourself’. Pada tahun 2002, saya berpeluang menyertai Pertandingan Kalimatus Sobah (Ucapan Pagi) sempena Ihtifal SMKA Kebangsaan di SMKA Kuala Lumpur. Memang tak letak harapan pun untuk dapat tempat memandangkan seluruh Malaysia yang datang. Pastu dapat tahu ucapan kena spontan. Allah! Bila tiba giliran, saya pun pergi mengambil kertas dan tertera tajuk ‘Madrosatii’ (Sekolahku). Terus ligat kepala memikirkan apa yang nak dicakap. Seperti biasa, mukadimahnya memang tersusun indah seperti peserta-peserta lain (segala jenis alhamulillah disebut). Tapi, selepas je perkataan amma ba’du (frasa terakhir yang biasa diucapkan sebagai awal ucapan dalam Bahasa Arab), tanpa mempedulikan tatabahasa atau apa, main redah je apa yang keluar dari mulut. Tergelak bila teringat peristiwa tu. Waktu tu pun, saya sendiri tergelak bila tengok peserta lain teragak-agak lepas frasa amma ba’du tu. Dalam ihtifal tu, kawan-kawan saya yang menyertai Kuiz Bahasa Arab telah menjadi johan peringkat kebangsaan. Sukanya hati sebab dapat kalahkan sekolah SBP hehe (maaf la kawan-kawan SBP ye).
Apapun, disebalik kisah saya dan Bahasa Arab ni, mereka yang paling penting dan banyak berjasa sudah tentu guru-guru saya. Moga Allah memberkati mereka (mungkin ada yang terlupa, minta maaf ustaz ustazah):
Arwah Ustaz Wan Nordin mengajar saya sewaktu menengah rendah dan menengah atas. Saya sangat meminati kelasnya kerana ustaz merupakan seorang yang sangat kelakar. Antara pesanannya yang masih saya ingat sewaktu dia menegur saya dan kawan-kawan dalam Badan Pengawas Sekolah atas suatu tindakan yang kami buat sebelum tu. Tegurnya lebih kurang, “Ginilah orang muda, buat kerja tak fikir panjang”. Ada benar juga kata-katanya. Kadang-kadang, sebagai orang muda, mungkin kami gopoh dan tak memikirkan kesan akibat tindakan kami. Saya sangat terkejut bila dimaklumkan tentang perginya ustaz buat selama-lamanya kerana lemas ketika menyelamatkan pelajar (waktu saya di UIA). Allahummaghfirlahu warhamhu.
Ustaz Che’ Ku Mah Hussein pula boleh diibaratkan sebagai sifu dalam Bahasa Arab di sekolah saya. Sekarang beliau sedang membuat PhD . Saya tidak belajar secara langsung dengan ustaz. Antara kenangan saya dengan beliau ialah ketika menyertai Pertandingan Syarahan Bahasa Arab Peringkat Negeri sempena…(saya pun dah lupa). Dialah yang menulis teks syarahan saya. Gaya bahasa yang ringkas, mudah dan senang difahami. Waktu tu saya mendapat johan…macam tak percaya je boleh johan. Antara kata-katanya yang selalu dipesan, “Anta doa ke ana etek (Bahasa Terengganu: etek=juga)”.
Ustaz Nawawi ialah pengetua SMKA Tok Jiring. Dia bertukar ke sekolah lain semasa saya di Tingkatan 3. Ustaz sukakan pelajar kelas al-Quran sehingga dia mengambil slot untuk mengajar Bahasa Arab kepada kami sewaktu di Tingkatan 2. Zaman Ustaz Nawawi sangat gemilang. Waktu tu yang berada dalam pengurusan sekolah kebanyakannya ustaz dan ustazah. Sistem naqib pula digunakan tidak seperti sistem pengawas dan kini sistem MPP (majlis perwakilan pelajar).
Ustazah Maznah Deraman dan Ustazah Maznah (Ismail kalau tak silap) mengajar saya sewaktu menengah rendah. Mereka banyak memberi pendedahan asas dalam Bahasa Arab. Contoh ayat pun guna nama ustazah. Tu yang ingat sangat.
Mengingati semua tu betul-betul membuatkan saya rindu untuk belajar balik Bahasa Arab. Habis dikeluarkan semua buku-buku rujukan sekolah yang saya masih simpan. Tinggal lagi 2 perkara: RAJIN BERUSAHA dan DOA. Ibarat kata iklan rancangan belajar Bahasa Arab di IKIM: “Hayya bil arabiyyah!”

Subscribe to:
Posts (Atom)