Tuesday, November 9, 2010

Bukan Sekadar Kes

Quick and accurate multitasking pharmacist...Kena usaha lagi la..


Situasi 1

"Nurse, patient nama Ahmad dan Abdullah kat mana?"

"Dua orang tu dah meninggal..."

"Ha...dah meninggal...".

"Mmm...takpelah, kena tulis expired la ni kat profile dorang" kata lelaki itu lalu terus sahaja berlalu keluar dari wad sambil memegang profile pesakit dua orang tu.

Kemudian, dia terus menyambung tugasnya seperti biasa.

Situasi 2

"Kurang ajar betul petugas-petugas ni" bisik hatiku sambil melihat dua petugas hospital mengangkat keranda jenazah saudaraku dari bilik mayat dengan begitu kasar sekali. Kemudian, kereta jenazah dipandu laju gila. Pening!

"Kami nak kena balik semula ke hospital, pagi esok ada tugasan lain" jelas si pemandu.

Menyirap darah aku menahan geram.

Situasi 3

"Patient ni problemnya bla bla bla, so kita kena monitor betul-betul dia punya certain lab values and make sure bla bla bla." panjang lebar penerangan pegawai hospital tu.

Waktu rehatnya, "Banyak gila kes hari ni, fuh penat," ceritanya pada kawan-kawan.


1) Patient care is not just you do your task and that's it. Done! There's something else that make your task meaningful. HUMANITY! Profile is not just merely a profile. The name stated on it is a PERSON who has family and life, and of course deserve respect and care.

Untuk situasi 1, doakanlah dua orang jenazah tu, moga-moga Allah merahmati mereka. Kalau ada ahli keluarga yang masih di situ, ucapkanlah takziah. Jangan terlalu 'straightforward'.

2) Put yourself in other people's shoes.

Kalaulah mak ayah kita yang sakit, sudah tentu kita nak all the best. Ubat terbaik, penyediaan terbaik, kaunseling terbaik, penjagaan terbaik, semua nak baiklah kalau boleh.

Pesakit kita adalah individu yang ada keluarga, saudara mara dan kehidupannya. Sukakah kita orang melayan mak ayah kita acuh tak acuh atau sekadar cukup syarat?

3) If you cannot do everything, don't leave everything

Tak dinafikan, beban kerja memang banyak. Nobody perfect! Kita ada kemampuan kita sendiri. Tak boleh buat semua, jangan tinggal semua. Integrate medication counseling with spiritual counseling. Gunakan lesen besar sebagai healthcare practitioner!

Selamat bekerja!

Sunday, November 7, 2010

Janji Pendendam

12. Allah berfirman: "Apakah yang menghalangimu untuk bersujud (kepada Adam) ketika Aku menyuruhmu?" Menjawab iblis "Aku lebih baik daripadanya: Engkau ciptakan aku dari api sedangkan dia Engkau ciptakan dari tanah."

13. Allah berfirman: "Turunlah kamu dari surga itu; karena kamu tidak sepatutnya menyombongkan diri di dalamnya. Keluarlah! sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang hina."

14. Iblis menjawab: "Berilah aku penangguhan waktu sampai hari mereka dibangkitkan."

15. Allah berfirman: "Sesungguhnya kamu termasuk mereka yang diberi tangguh."

16. Iblis menjawab: "Karena Engkau telah menghukum aku tersesat, aku benar-benar akan (menghalang-halangi) mereka dari jalan Engkau yang lurus

17. Kemudian aku akan mendatangi mereka dari muka dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (taat).

18. Allah berfirman: "Keluarlah kamu dari surga itu sebagai orang terhina lagi terusir. Sesungguhnya barangsiapa di antara mereka mengikuti kamu, benar-benar Aku akan mengisi neraka Jahannam dengan kamu semuanya."

Surah Al-A’raf, surah ke-7, Juzu’ 8, Ayat 12-18, m/s 152


Sedikit Pedoman:


1. Jangan Hanya Plan A

Dalam usaha nak sesatkan manusia, iblis bukan setakat guna Plan A, tetapi ada Plan B,C dan seterusnya. All out! Pernah terlibat anjur program? Ada backup plan kan. Kalau buat forum waktu malam, tetiba blackout, kelam kabut jadinya kalau takde backup plan. Berforum dalam gelap la kita. Kena pulak dengan tajuk Sisi-Sisi Gelap Jahiliyyah Moden (contoh sahaja).

Jadi, dalam mana nak buat kebaikan, ikhtiar dan sediakan juga backup plan. Contoh: Beli al-Quran terjemahan dan letak di meja study (take 5 la skejap lepas sejam tuh), ruang tamu (selain baca suratkhabar dan duk termenung kepenatan bila balik kelas atau kerja), dalam kereta (sambil-sambil panas enjin pagi pagi), meja pejabat (bila rehat atau balik rehat sebelum sesi petang), surau pejabat (maklum aje la sesetengah surau pejabat ni kadang-kadang kosong) dan mana-mana tempat lain yang biasa kita duduk. Tak sempat baca sebelum keluar pergi kuliah/kerja, sediakan CD/pendrive/buka radio yang baca Quran.

2. Penangan Akhirat

Mendatangi dari muka/depan bermaksud melupakan manusia kepada hala tuju dan masa depan mereka iaitu akhirat. Inilah perkara nombor satu pada masa awal Islam: beriman kepada Allah dan hari akhirat. Asas yang macam nilah yang telah menjadikan para sahabat orang yang hebat dan dunia dibawah jajahan takluk mereka.

Bila sebut akhirat, disebut sekali syurga neraka, dosa pahala. Iblis nak kita lupa semua tu dan ingat kepada dunia yang ditinggalkan di belakang. Maka, manusia sudah tidak kisah soal dosa pahala.


Kalau ada kesempatan & carilah kesempatan, bacalah buku Bertemu Janji Allah terbitan Kemilau Publika Sdn. Bhd.!

Iqra'!

Tuesday, November 2, 2010

Don't Give Up!

Andai kita penat berdiri, berjalan atau berlari dan bekerja mengejar masa

Syukurlah

Kerana ada yang dilahirkan cacat tidak berkaki atau tangan, tak mampu melangkah walaupun sedikit, ditakdirkan sakit terlentang tak mampu berdiri, hanya kelipan mata dan anggukan kepala, lemah tidak bermaya

Andai kita jemu menghabiskan bacaan dan rujukan itu ini

Syukurlah

Kerana ada yang buta matanya, tak mampu melihat wajah kedua ibu dan ayah serta keindahan dunia

Andai kita letih tidak bermaya melaksanakan tugas dan amanah

Syukurlah

Kita masih punya kesempatan untuk pulang ke rumah, menghilangkan dahaga, melelapkan mata

Kerana ada yang terpaksa merempat di tanahair sendiri, tinggal di bangsal atau khemah buruk, berkongsi sedikit air buat menghilangkan dahaga dan terpaksa berjaga demi anak-anak tercinta

Andai kita rasa kita lambat, tak pandai macam orang lain

Syukurlah

Kerana masih ada yang tidak mampu pergi ke universiti dan mendapat kerja dan jawatan seperti kita

Andai kita rasa kecewa dimarahi dan dipandang rendah

Syukurlah

Kita dimarahi kerana ilmu, kita dimarahi setelah berusaha sebaik mungkin

Kalaulah dimarahi dan dipandang rendah sekalipun, itu hanyalah marah dan pandangan manusia, apalah sangat berbanding marah dan pandangan Allah pada kita

Andai kita rasa jasa kita tidak dihargai

Syukurlah

Kerana DIA tetap menghargai dan membalas segalanya


ALLAH...I WANNA THANK YOU FOR ALL THE THINGS THAT YOU HAVE DONE FOR ME THROUGH ALL MY YEARS I'VE BEEN LOST...YOU GUIDED ME FROM ALL THE WAYS THAT WERE WRONG...AND DID YOU GIVE ME HOPE