Wednesday, June 3, 2009

Catatan Industri Minggu ke-4

26 Mei 2009 (Isnin)

Ejad memulakan hari pertamanya di HOE. Sepatutnya aku kembali ke Production Department bersama-sama dengan Ejad, Danson dan Firdaus. Memandangkan banyak yang masih tidak diketahui tentang R&D, aku kekal di R&D untuk sehari lagi. Kali ini banyak tumpu kepada dokumentasi. Aku meneliti SOP New Product Development. Sesekali, aku membantu Alex dan Carrie untuk tugasan ke-3. Aku membuat keputusan untuk tidak menyertai tugasan ke-2 dan 3 memandangkan aku harus kembali ke Production. Kami juga telah berbincang untuk membahagikan tugasan kepada semua pelajar. Projek 1: FTU (Muzani dan Carrie), Projek 2: Budenide Nasal Spray (Firdaus dan Danson), Projek 3: Crystallization (Alex dan Carrie). Untuk Ejad, pasti ada projek-projek lain yang akan diberi oleh Mr Khoo nanti.

27 Mei 2009 (Selasa)

Memulakan minggu ke-3 di Production. Target untuk baki seminggu ini ialah masalah-masalah dalam Production. Aku mulakan di Bahagian Pembungkusan. Walaupun banyak yang telah diketahui, aku cuba mencari lagi masalah-masalah yang mungkin terlepas pandang. Sempat juga meneliti tugasan Danson dan Firdaus: Identify function of each ingredient in Ellgy Plus product. Banyak juga soalan yang ditanya oleh Mr Tan kepada mereka sepanjang seminggu. Seingat aku, minggu pertama aku banyak menghabiskan masa dengan aktiviti pembungkusan. Antara soalan dan tugasan yang diberi kepada meraka ialah pengiraan bahan mentah, penggunaan surfactant, kadar pengeluaran dan sistem bekalan air untuk farmaseutikal.

28 Mei 2009 (Rabu)

Aku tumpukan pada masalah dalam pengendalian bahan mentah. Semua SOP berkaitan bahan mentah diteliti satu persatu. Kemudian, aku berpeluang memasuki Clean Room untuk bahagian steroid bersama-sama dengan Ejad, Firdaus dan Danson. Penerangan diberi oleh Bro Saiful (Production Executive). Clean Room untuk steroid dan non-steroid berbeza dari segi Air-Handling Unit (AHU) dan warna pakaian pekerja. Peralatan dan cara kerja sama dengan non-steroid.

29 Mei 2009 (Khamis)

Mengenalpasti proses manufacturing dan masalah-masalahnya. Aku sempat meneliti SOP Engineering Department untuk melihat kalau-kalau ada maklumat yang berguna untuk report. Antara yang diambil ialah tentang suhu dan tekanan di bahagian Production.

30 Mei 2009 (Jumaat)

Mengenalpasti masalah dalam Dispensing dan Manufacturing Section. Kami dibawa masuk sekali lagi ke Non-Steroid Clean Room oleh Sis Aqilah (Production Executive). Kali ini dapat berbincang lama dengan Bro Razali (Supervisor Dispensing) dan diberi penjelasan juga oleh Bro Naim (Manufacturing Operator). Sebelah petangnya, aku pergi sekejap ke R&D untuk sesi soal jawab dengan Miss Lee (Assistant R&D Manager) bersama Alex. Kami berbincang tentang masalah dan cabaran dalam R&D.

Catatan Industri Minggu ke-3

18 Mei 2009 (Isnin)

Bahagian ke-2 projek FTU dimulakan. Kami telah mendapatkan 10 sampel produk cream dan ointment HOE yang mengandungi steroid. Berat sampel untuk satu FTU akan ditimbang. Faktor-faktor yang dikenalpasti mempengaruhi saiz FTU ialah saiz lubang tiub, tekanan semasa memicit tiub dan kehadiran buih dalam sampel. Mr Khoo telah memberi kami satu tugasan baru iaitu untuk mengkaji dos sebenar untuk setiap ‘actuation’ produk Budecort Nasal Spray. Nama baru bagi produk itu ialah Budenide. Kami terpaksa menangguhkan dulu tugasan baru ini kerana projek FTU masih belum siap.

Selepas Zohor, Miss Ann Ang (Human Resource Manager) mengadakan perjumpaan dengan semua pelajar. Beliaulah yang bertanggungjawab memilih kami bersama-sama dengan Miss Mala dan Mr Tan. Sesi ta’ruf ringkas dibuat dan kami diminta untuk menceritakan apa yang diharapkan daripada Latihan Industri di HOE. Kemudian, beliau memberi penerangan serba sedikit tentang Latihan Industri. Kami juga telah diminta untuk membuat satu pembentangan maklum balas sepanjang berada di sini pada 10 Jun 2009 jam 3 petang di bilik mesyuarat. Setiap pelajar akan diberi masa 5 minit. Selepas sesi penerangan, semua pulang ke department masing-masing.

19 Mei 2009 (Selasa)

Laporan projek FTU dibuat. Carrie menyiapkan objektif, pengenalan, prosedur dan hasil analisa data. Aku pula menyiapkan perbincangan, kesimpulan dan rujukan. Dalam masa yang sama, aku mengambil peluang untuk melihat dokumen-dokumen yang ada di R&D seperti SOP, worksheet dan test protocol. Kami juga sempat berbincang tentang tugasan ke-2 iaitu Budenide Nasal Spray.

20 Mei 2009 (Rabu)

Laporan projek FTU digabungkan. Aku menyambung perbincangan yang tak dapat disiapkan semalam. Akhirnya pada petang itu, kami dapat menghantar draf pertama laporan projek tersebut kepada Mr Khoo. Baki masa yang ada aku gunakan untuk meneliti dokumen-dokumen R&D. Sebelum ini tidak ada masa yang mencukupi untuk bersoal jawab tentang R&D kepada staff kerana menyiapkan projek FTU.

21 Mei 2009 (Khamis)

Sehari suntuk mencari rujukan untuk tugasan ke-2: Budenide Nasal Spray. Aku berbincang dengan Carrie tentang prosedur, peralatan dan parameter.

22 Mei 2009 (Jumaat)


Mr Khoo memanggil kami dan meminta penjelasan terhadap beberapa perkara dalam laporan projek FTU. Kami terpaksa mengulang pengumpulan data untuk faktor saiz lubang tiub kerana perbezaaan yang ketara antara 10 produk tersebut. Sekali lagi kami telah mendapatkan sampel-sampel dari Production Departemtn. Data untuk faktor buih dalam sampel juga perlu diperbaiki. Mr Khoo juga memeinta kami mengkaji faktor kelajuan semasa menyapu sampel dan faktor formulation. Gambar semua sampel juga perlu dilampirkan. Hari itu juga Mr Khoo memberi projek ke-3: To determine whether lactic acid can prevent crystallization of salicylic acid or not. If yes to what degree and explain the theory.

Catatan Industri Minggu ke-2

11 Mei 2009 (Isnin)

Pelajar-pelajar dari UKM melapokan diri untuk Latihan Industri. Aku berkenalan dengan mereka; Firdaus, Danson dan Alex (Pharmacy) dan Carrie (Oleo Chemistry). Kami dibawa oleh Miss Mala ke Warehouse Department. Memandangkan begitu sekejap aku memasukinya minggu lepas bersama Mr Tan, aku turut serta sekali lagi ke Warehouse. Kali ini, Encik Arimi (Warehouse Manager) sendiri yang memberi penerangan. Sesinya lebih panjang dan ada maklumat baru yang aku perolehi. Alex dan Carrie kemudiannya ditempatkan di Quality Control Department (QC) manakala Firdaus dan Danson ke Production Department. Aku menerangkan kepada mereka berdua sedikit sebanyak berkenaan Production dan staff di situ memandangkan sudah seminggu aku mendahului mereka. Seharian kami menghabiskan waktu dengan aktiviti pembungkusan.

12 Mei 2009 (Selasa)

Kami bertiga dibawa masuk ke Clean Room untuk produk Non-Steroid. Ini kali ke-2 aku memasukinya. Mr Tan menerangkan tentang proses Dispensing, Manufacturing dan Filling, peralatan yang digunakan dan sistem yang ada untuk kawasan tersebut. Waktu tu, ada bilik manufacturing yang tak online, jadi kami boleh melihat ke dalam tangki-tangki yang digunakan untuk membuat produk pukal (bulk product). Banyak soalan-soalan yang dikemukakan oleh Mr Tan yang disusuli dengan jawapan kelu oleh kami. Antaranya tentang air-handling unit (AHU), HVAC, validation process, testing instrument, pressure difference, deionized water and material used in manufacturing equipment. Lepas Zohor, Mr Tan meminta aku ke Research and Development Department (R&D). Di situ, aku diberi tugasan oleh Mr Khoo Joo Lee (R&D Director) untuk menjalankan satu projek yang diberi nama Fingertip Unit (FTU). Mr Khoo ni orang penting dalam HOE sebab syarikat HOE asalnya milik ayah dia sebelum distruktur semula dan dimasukkan dalam HOEPharma Holdings di bawah Goldis Berhad. Sepetang aku berbincang dengan Carrie tentang tugasan tersebut. Kami mengenalpasti prosedur, parameter dan peralatan yang diperlukan untuk projek FTU. Kami mesti membuat sendiri semua prosedur dan mengesahkan ketepatannya mengikut rujukan yang betul.

13 Mei 2009 (Rabu)

Aku meminjam measuring tape kepunyaan kawan adikku untuk projek FTU. Carrie pula membawa alat menimbang dari rumahnya. FTU ni sebenarnya satu panduan untuk memastikan dos yang betul dalam penggunaan cream dan ointment terutamanya yang melibatkan steroid (sila klik pautan ini untuk maklumat lanjut: http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/1806320 dan http://www.patient.co.uk/showdoc/27000762). Projek ini ada 2 bahagian, 1) Untuk mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi saiz FTU dan 2) Faktor-faktor yang mempengaruhi berat sampel untuk setiap FTU. Di R&D, rujukan penting seperti USP, BP, Martindale dan lain-lain boleh didapati selain daripada jurnal-jurnal internet. Mr Khoo ialah seorang yang analitikal dan suka anak buahnya berfikir dan mencari sendiri. Setiap persoalan yang diajukan pasti dijawab dengan persoalan yang akan membawa kita kepada jawapan yang dikehendaki. Carrie dapat mengakses database jurnal UKM. Aku cuba untuk memasuki database perpustakaan UIA tetapi tak berjaya (jarang bonar den guno ei, camano nak reti). Untuk bahagian satu, kami diminta mencari 100 subjek daripada kakitangan HOE. Maklumat yang diambil ialah berat, tinggi, saiz FTU, right/left handed, jantina dan umur. Riuh rendah setiap department yang kami pergi untuk mengumpul data. Maklumlah, soal berat kan sensitif sikit terutamanya perempuan. Alhamdulillah, sehingga ke petang, kami berjaya mendapatkan 100 subjek.

14 Mei 2009 (Khamis)

Data FTU yang kami dapati semalam dianalisa. Semua data ditaip dan graf yang berkaitan dibuat untuk melihat kaitan antara faktor-faktor yang kami senaraikan. Perbincangan dibuat dengan Mr Khoo. Kami terpaksa mengambil data lagi untuk faktor right/left handed kerana sebenarnya data untuk faktor tu tidak sampai 100 subjek. Idea untuk menjadikan right/left handed sebagai faktor hanya datang setelah kami siap mengumpulkan data untuk faktor-faktor lain daripada lebih kurang 50 subjek. Mr Khoo juga meminta beberapa penjelasan terhadap data yang kami kumpul.

15 Mei 2009 (Jumaat)

Alex membantu kami untuk membuat graf taburan (scatter graph) menggunakan Microsoft Excel untuk melihat kaitan antara faktor ketinggian, berat dan Body Surface Are (BSA) terhadap saiz FTU. Tiba-tiba, Mr Khoo memberi satu tugasan ringkas kepadaku untuk mencari adakah terdapat kombinasi bahan aktif dalam satu produk untuk bahan-bahan aktif Carbocystein, Guaifenesin, Ambroxol dan Bromhexine. Aku serahkan kerja analisa FTU kepada Alex dan Carrie untuk sementara waktu. Daripada carian internet, memang terdapat kombinasi bahan-bahan aktif tersebut dalam sesetengah produk. Aku pulang lewat pada petang itu kerana mencari maklumat tentang tugasan Mr Khoo tersebut. Kami tidak sempat untuk meneruskan bahagian ke-2 projek FTU walaupun sudah mendapatkan sampel.