Wednesday, June 3, 2009

Catatan Industri Minggu ke-2

11 Mei 2009 (Isnin)

Pelajar-pelajar dari UKM melapokan diri untuk Latihan Industri. Aku berkenalan dengan mereka; Firdaus, Danson dan Alex (Pharmacy) dan Carrie (Oleo Chemistry). Kami dibawa oleh Miss Mala ke Warehouse Department. Memandangkan begitu sekejap aku memasukinya minggu lepas bersama Mr Tan, aku turut serta sekali lagi ke Warehouse. Kali ini, Encik Arimi (Warehouse Manager) sendiri yang memberi penerangan. Sesinya lebih panjang dan ada maklumat baru yang aku perolehi. Alex dan Carrie kemudiannya ditempatkan di Quality Control Department (QC) manakala Firdaus dan Danson ke Production Department. Aku menerangkan kepada mereka berdua sedikit sebanyak berkenaan Production dan staff di situ memandangkan sudah seminggu aku mendahului mereka. Seharian kami menghabiskan waktu dengan aktiviti pembungkusan.

12 Mei 2009 (Selasa)

Kami bertiga dibawa masuk ke Clean Room untuk produk Non-Steroid. Ini kali ke-2 aku memasukinya. Mr Tan menerangkan tentang proses Dispensing, Manufacturing dan Filling, peralatan yang digunakan dan sistem yang ada untuk kawasan tersebut. Waktu tu, ada bilik manufacturing yang tak online, jadi kami boleh melihat ke dalam tangki-tangki yang digunakan untuk membuat produk pukal (bulk product). Banyak soalan-soalan yang dikemukakan oleh Mr Tan yang disusuli dengan jawapan kelu oleh kami. Antaranya tentang air-handling unit (AHU), HVAC, validation process, testing instrument, pressure difference, deionized water and material used in manufacturing equipment. Lepas Zohor, Mr Tan meminta aku ke Research and Development Department (R&D). Di situ, aku diberi tugasan oleh Mr Khoo Joo Lee (R&D Director) untuk menjalankan satu projek yang diberi nama Fingertip Unit (FTU). Mr Khoo ni orang penting dalam HOE sebab syarikat HOE asalnya milik ayah dia sebelum distruktur semula dan dimasukkan dalam HOEPharma Holdings di bawah Goldis Berhad. Sepetang aku berbincang dengan Carrie tentang tugasan tersebut. Kami mengenalpasti prosedur, parameter dan peralatan yang diperlukan untuk projek FTU. Kami mesti membuat sendiri semua prosedur dan mengesahkan ketepatannya mengikut rujukan yang betul.

13 Mei 2009 (Rabu)

Aku meminjam measuring tape kepunyaan kawan adikku untuk projek FTU. Carrie pula membawa alat menimbang dari rumahnya. FTU ni sebenarnya satu panduan untuk memastikan dos yang betul dalam penggunaan cream dan ointment terutamanya yang melibatkan steroid (sila klik pautan ini untuk maklumat lanjut: http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/1806320 dan http://www.patient.co.uk/showdoc/27000762). Projek ini ada 2 bahagian, 1) Untuk mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi saiz FTU dan 2) Faktor-faktor yang mempengaruhi berat sampel untuk setiap FTU. Di R&D, rujukan penting seperti USP, BP, Martindale dan lain-lain boleh didapati selain daripada jurnal-jurnal internet. Mr Khoo ialah seorang yang analitikal dan suka anak buahnya berfikir dan mencari sendiri. Setiap persoalan yang diajukan pasti dijawab dengan persoalan yang akan membawa kita kepada jawapan yang dikehendaki. Carrie dapat mengakses database jurnal UKM. Aku cuba untuk memasuki database perpustakaan UIA tetapi tak berjaya (jarang bonar den guno ei, camano nak reti). Untuk bahagian satu, kami diminta mencari 100 subjek daripada kakitangan HOE. Maklumat yang diambil ialah berat, tinggi, saiz FTU, right/left handed, jantina dan umur. Riuh rendah setiap department yang kami pergi untuk mengumpul data. Maklumlah, soal berat kan sensitif sikit terutamanya perempuan. Alhamdulillah, sehingga ke petang, kami berjaya mendapatkan 100 subjek.

14 Mei 2009 (Khamis)

Data FTU yang kami dapati semalam dianalisa. Semua data ditaip dan graf yang berkaitan dibuat untuk melihat kaitan antara faktor-faktor yang kami senaraikan. Perbincangan dibuat dengan Mr Khoo. Kami terpaksa mengambil data lagi untuk faktor right/left handed kerana sebenarnya data untuk faktor tu tidak sampai 100 subjek. Idea untuk menjadikan right/left handed sebagai faktor hanya datang setelah kami siap mengumpulkan data untuk faktor-faktor lain daripada lebih kurang 50 subjek. Mr Khoo juga meminta beberapa penjelasan terhadap data yang kami kumpul.

15 Mei 2009 (Jumaat)

Alex membantu kami untuk membuat graf taburan (scatter graph) menggunakan Microsoft Excel untuk melihat kaitan antara faktor ketinggian, berat dan Body Surface Are (BSA) terhadap saiz FTU. Tiba-tiba, Mr Khoo memberi satu tugasan ringkas kepadaku untuk mencari adakah terdapat kombinasi bahan aktif dalam satu produk untuk bahan-bahan aktif Carbocystein, Guaifenesin, Ambroxol dan Bromhexine. Aku serahkan kerja analisa FTU kepada Alex dan Carrie untuk sementara waktu. Daripada carian internet, memang terdapat kombinasi bahan-bahan aktif tersebut dalam sesetengah produk. Aku pulang lewat pada petang itu kerana mencari maklumat tentang tugasan Mr Khoo tersebut. Kami tidak sempat untuk meneruskan bahagian ke-2 projek FTU walaupun sudah mendapatkan sampel.

No comments:

Post a Comment