Tuesday, February 8, 2011

Di Sebalik Ubat Merah Itu

Ada yang datang awal

Ada yang datang lambat

Ada yang kemas dan segak

Ada juga yang tak terurus

Ada yang pendiam

Ada yang suka bercakap

Ada yang muda

Ada pula yang berusia

Ada yang merungut

Pernah ada juga yang mengugut

Ada yang suka pekat

Ada juga yang suka cair

Ada yang buat-buat minum tapi tak telan

Ada juga yang cuba alihkan perhatian

Itulah sebahagian ragam mereka yang mengambil Terapi Gantian Methadone, iaitu sejenis ubat minum yang digunakan sebagai rawatan ketagihan dadah untuk mengelakkan kesan gian, menghalang kesan dari penyalahgunaan dadah terlarang dan juga mengurangkan keinginan terhadap dadah.

Aku tidak pasti sejauh mana berkesannya cara sebegini. Sepanjang dilaksanakan di tempat aku, ada juga yang menyatakan keinginan untuk berhenti tapi masih tidak berjaya. Itupun hanya segelintir yang boleh dibilang jari. Yang lainnya masih tidak pasti.

Mereka yang terlibat perlu datang setiap hari untuk meminum ubat ini dengan seliaan ahli farmasi (Direct Observation Therapy). Bagaimana agaknya kalau setiap hari kena datang ke hospital atau klinik kesihatan? Hanya yang memenuhi syarat sahaja yang boleh membawa pulang bekalan ubat untuk beberapa hari. Semuanya bertujuan untuk mengelakkan penyalahgunaan ubat tersebut.

Bagi yang berminat untuk tahu lebih lanjut, ada 2 garis panduan yang dikeluarkan oleh Bahagian Perkhidmatan Farmasi berkenaan rawatan ini yang boleh dimuat turun dari PAUTAN INI.

Cuma, ada beberapa perkara yang membuat aku rasa terharu dan menaruh harapan semoga mereka dapat berubah dan membina hidup yang lebih baik apabila....

Ada yang memberi salam...ASSALAMU'ALAIKUM

Ada juga yang membaca Bismillah bila meminum ubat

Ada yang berterima kasih

Ada juga yang memberi hadiah

Ada yang datang dengan abang atau adik

Dan ada yang datang dengan anak-anak kecil yang pastinya belum mengerti pahit maung kehidupan dunia yang sementara

"Jangan main gitu, ni yang ayah tak nak bawak ni," lafaz itu lafaz yang mulia.

Lafaz yang lahir dari hati kecil seorang manusia yang inginkan kebaikan untuk hidup anak-anaknya...

Moga ALLAH memberi petunjuk dan hidayah kepada mereka dan KITA...

4 comments:

  1. Dalam banyak komplen dan cemuhan orang ramai tentang program ni..ada jugak manfaat sebenarnya, walaupun yang buat kita sedap hati 2,3 orang je. tapi tu pun dah cukup. =)

    ReplyDelete
  2. bagus post ni.. boleh bagi pengajaran buat orang yang tak mengerti kehidupan 'post-addiction'. bukan senang. kadang2 kita pon tak sampai hati jumpe mereka ni tiap2 hari.. hanya berharap esoknya bilangan mereka akan berkurang menunjukkan berkesannya program ni. tapi hanya harapan....

    ReplyDelete
  3. To Taufik: kat KK camne plak ye keadannya..Hopefully KKM improve this programme from time to time..like what they did to all the CPGs..

    To Hanis: tapi hanya harapan...yang perlu diiringi usaha dan doa. Ibarat kata Tun Mahathir, perjuangan belum selesai..dan ibarat kata Anwar..lawan tetap lawan hehe

    ReplyDelete
  4. menyentuh hati. moga Allah membantu mereka, aku dan kamu.. kawe buat link ke entri ni bagi entri kawe yang bertajuk 'bagaimana pengakhiran kita?'..

    ReplyDelete