"Tidak! Bahkan kamu mencintai kehidupan dunia
dan mengabaikan (kehidupan) akhirat"
(Surah Al-Qiyamah, Surah ke-75, Ayat 20-21, Juzu' 29, m/s 578)
dan mengabaikan (kehidupan) akhirat"
(Surah Al-Qiyamah, Surah ke-75, Ayat 20-21, Juzu' 29, m/s 578)
Setiap kali membaca ayat ni, aku teringat kepada salah seorang guruku sewaktu di SMKA Tok Jiring dulu, iaitu Ustaz Ramli bin Muda. Ayat ni beliau baca sewaktu mengajar dalam kelas. Aku sudah lupa waktu tu ustaz sedang mengulas tentang isu apa.
Ustaz juga merupakan guru Al-Quran di sekolah. Aku selalu bimbang bila hendak membaca di hadapannya. Beliau pernah menegur tentang bacaanku yang sengau dan dengung yang tidak tepat. Aiseh, rasa macam dah betul, tapi ada lagi yang silap rupanya. Pernah suatu hari, aku bertugas membaca al-Quran pada waktu pagi. Di sekolah kami, setiap hari, para pelajar akan beratur di luar kelas untuk membaca Al-Quran, Asmaul Husna dan berzikir munajat, yang dibimbing oleh pengawas sekolah. Pagi itu, aku tersilap membaca satu ayat. Kesalahan besar plak tu. Memang ingat betul baca macam tu. Apa lagi, hari tu terus kena tegur.
Seperkara lagi yang masih aku ingat sampai hari ni ialah pesan beliau sewaktu mengajar subjek Pendidikan Islam. Katanya lebih kurang begini:
Ustaz mengajar ni, ustaz nak anak-anak murid ustaz dapat 2 benda. Yang pertama, untuk pelajaran dan peperiksaan dan yang kedua, untuk bawa dalam kehidupan. Sebab itulah, setiap kali sesi pembelajaran, beliau mulakan dengan tazkirah, walaupun beliau tidak menyatakan secara rasmi itu adalah tazkirah. Kemudian, barulah difokuskan untuk pelajaran. Untuk pelajaran sekalipun, mana-mana yang penting akan dikaitkan dengan kehidupan.
Sekarang, beliau sudah bersara dan merupakan Imam Masjid Kampung Padang Air, Kuala Terengganu. Kali terakhir aku menziarahinya ketika Hari Raya, dua atau tiga tahun lepas. Bertemu dengannya mengimbau kenangan belajar di sekolah.
Ilmu yang bermanfaat, buat bekalan di akhirat, dari orang yang sama dengan nasihatnya yang masih sama, tapi penuh MAKNA!
sewaktu di SMKA Tok Jiring tahun 2000.
No comments:
Post a Comment