Friday, September 10, 2010

SELAMAT HARI RAYA!

Selamat Hari Raya Aidilfitri...

Taqabbalullahu minna wa minkum!

Saya tujukan kepada keluarga yang tercinta dan saudara mara di Terengganu, Kelantan dan Selangor. Tidak dilupakan, guru-guru dan rakan-rakan Tadika KEMAS Kg Jeram (1990-1991), SK Banggol Peradong (1992-1997), SMKA Tok Jiring (1998-2002), Darul Quran JAKIM (2003-2004), Pusat Matrikulasi UIAM (2004-2006) dan Kulliyyah Farmasi UIAM Kampus Kuantan (2006-2010). Juga buat tenaga penggerak Tuisyen Sarjana Kg Pak Katak, Pusat Tutorial Durian Burung (Cikgu Razak), Ma'had Tahsin Al-Quran Pasir Panjang dan Kelas Bahasa Arab Kg Manir.

Maafkan segala salah silap yang mungkin pernah membuat sesiapa sahaja berkecil hati dengan tingkah laku dan percakapan saya. Setiap anak Adam itu melakukan kesilapan dan sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan ialah orang yang kembali bertaubat kepada Allah s.w.t.

Sambutan Aidilfitri mengingatkan kita akan fitrah manusia yang asal, iaitu Muslim. Cuti lama saya pada kali ni juga telah menemukan saya dengan beberapa anak muda yang ingin dan telah kembali kepada fitrah yang sebenar. Daripada tidak mengendahkan agama kepada cukup menghargai setiap patah nasihat agama yang diberikan. Kadang-kadang, segan pula kita dibuatnya. Bila diperhatikan apakah yang menjadi nadi penggerak kepada kesungguhan mereka, saya menyedari sesuatu.

Sikap mereka terhadap Al-Quran...saya tabik!

Walaupun hanya boleh membaca beberapa surah lazim dan surah-surah tertentu seperti yasin dan masih merangkak-merangkak untuk belajar ayat Al-Quran yang lain, tapi kesungguhan mereka dalam menelaah ayat-ayat yang sedikit itu benar-benar telah membuka mata hati mereka. Sampai satu ketika, saya merasakan mereka lebih mujahadah (bersungguh-sungguh) daripada orang yang ahli dalam Al-Quran yang pernah saya jumpa.

Benarlah Al-Quran ini mukjizat dan sumber hidayah.

Salah seorang imam di kampung saya pernah menasihatkan saya tentang Al-Quran dengan katanya, "Kalau nampak seorang budak cepat mengenal Al-Quran, didiklah dan bimbinglah dia, kerana budak macam tu ada potensi yang sangat besar untuk berjaya".

Oleh sebab itulah, ulama'-ulama' besar yang namanya dikenang sepanjang zaman, bila kita baca kisah hidup mereka, semuanya bermula dengan menguasai Al-Quran.

Belajar membaca...

Membaca...

Mengetahui terjemahannya...

Belajar tafsirnya dan memahami....

Mengamalkan dalam hidup...

Mengajarkan kepada orang lain...

Itulah sikap yang harus ada dalam diri Muslim terhadap Al-Quran. Itulah tajuk yang ALLAH nak kita fikir, minat, rungsing, bincang, sembang, tulis, bentang, persembahkan, yang ALLAH telah tekankan dalam bulan Ramadhan yang baru sahaja berlalu.

Kalau kita hendak mengajak diri kita dan orang lain untuk kembali kepada fitrah, ajaklah kepada Al-Quran...

Pesanan buat rakan-rakan Kuala Kubu Bharu: Ustaz Taufik Husein pernah mengungkapkan nasihat Sheikh Abdul Rahman As-Sudaisi bila ditanya bagaimana dia menjaga Al-Quran, ringkas betul jawapannya..."Katsratul muroja'ah (banyakkan mengulang). Kenang-kenangkan nasihat guru!"

1 comment:

  1. assalam...bila anta sebut,anta pelajar smkatok jiring,terpanggil ana,membalas komen ini,anta junior,ana senior ,bekas pelajar smkatokjiring ,1980-1985.cuma apa yg anta sebut hj abd.razak,ustzh fatimah,ustaz abdul rahman ,<nama-nama yg pernah ,ana kenali...1997-2ooo,ana bertugas dipejbt yayasan islam,kuala nerus,jln lapangan terbang...biasa lah menjenguk bekas sekolah lama..cuma anta tak sebut us.mat nor besar(allahyarham -meninggal 2010)..anta sempat ?ke tidak???. dari,mohd hassan ali...email:hassrie@gmail.com.

    ReplyDelete