Monday, November 9, 2009

Menyahut Seruan



Alhamdulillah, program umrah dan lawatan sambil belajar ke Arab Saudi saya bersama-sama dengan rakan-rakan tahun akhir dan tahun 3 pelajar-pelajar farmasi telah diluluskan oleh pihak pentadbiran UIAM. Insya Allah, program tersebut kami rancang pada 19-30 April 2010, sebaik sahaja tamat semester akhir. Jadi, sekarang dalam proses mencari penaja-penaja untuk mengurangkan sedikit kos yang perlu dibayar oleh kami. Kepada rakan-rakan, kalau ada siapa-siapa sahaja, individu, syarikat persendirian, badan korporat yang berpotensi untuk memberi sumbangan, boleh dimaklumkan kepada saya atau peserta-peserta lain. Semoga Allah memudahkan urusan ini.

Sedikit perkongsian untuk semua...

53. Katakanlah: "Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

54. Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu, dan berserah dirilah kepada-Nya sebelum datang azab kepadamu kemudian kamu tidak dapat ditolong (lagi).

55. Dan ikutilah sebaik-baik apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu sebelum datang azab kepadamu dengan tiba-tiba, sedang kamu tidak menyadarinya.

56. Supaya jangan ada orang yang mengatakan: "Amat besar penyesalanku atas kelalaianku dalam (menunaikan kewajiban) terhadap Allah, sedang aku sesungguhnya termasuk orang-orang yang memperolok-olokkan (agama Allah ).

57. Atau supaya jangan ada yang berkata: 'Kalau sekiranya Allah memberi petunjuk kepadaku tentulah aku termasuk orang-orang yang bertakwa'.

58. Atau supaya jangan ada yang berkata ketika ia melihat azab 'Kalau sekiranya aku dapat kemnbali (ke dunia), niscaya aku akan termasuk orang-orang berbuat baik'.

59. (Bukan demikian) sebenarya telah datang keterangan-keterangan-Ku kepadamu lalu kamu mendustakannya dan kamu menyombongkan diri dan adalah kamu termasuk orang-orang yang kafir."

60. Dan pada hari kiamat kamu akan melihat orang-orang yang berbuat dusta terhadap Allah, mukanya menjadi hitam. Bukankah dalam neraka Jahannam itu ada tempat bagi orang-orang yang menyombongkan diri?

61. Dan Allah menyelamatkan orang-orang yang bertakwa karena kemenangan mereka, mereka tiada disentuh oleh azab (neraka dan tidak pula) mereka berduka cita.

62. Allah menciptakan segala sesuatu dan Dia memelihara segala sesuatu.

Surah az-Zumar, ayat 53-62, muka surat 464-465, juzu’ 24

P/S: Doakan saya dan rakan-rakan UIAM yang masih dalam peperiksaan akhir semester I yang mencabar ni...SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH HAJI KEPADA SEMUA TETAMU-TETAMU ALLAH UNTUK MUSIM HAJI 2009!


Saturday, October 24, 2009

Tawakkal

“Ya Haiyyum, Ya Qayyum, dengan rahmatMu daku memohon pertolongan. Baikilah seluruh urusanku, dan janganlah Engkau serahkan diriku ini kepadaku walaupun sekelip mata”

(Riwayat al-Nasai, dinilai sahih oleh al-Albani)

Jika Allah yang menguruskan urusan kita, tentu aturan yang ditentukan itu akan begitu hebat merentasi andaian mana-mana insan. Namun jika hidup ini hanya bergantung kepada orang lain, kita sering menjadi mangsa. Jika bergantung kepada diri semata, banyak perkara yang kita akan gagal mengendalikannya. Namun, apabila kita serahkan agar Allah membantu, tanpa ditinggalkan kita walaupun sekelip mata, keajaiban hidup akan berlaku.

Usaha adalah tuntutan kehidupan, namun tawakal yang sebenar adalah jaminan kekuatan dan kesejahteraan. Allah boleh mengatur perjalanan ini apa yang disangka tewas oleh manusia, tetapi kejayaan yang berlaku dan apa yang disangka kecewa oleh manusia, tetapi kebahagiaan yang memenuhi jiwa.

Ajaibnya cinta, ajaibnya tawakkal. Semoga Allah tidak meninggal kita semua dalam merentasi kehidupan ini!

(Dipetik dari artikel terbaru Dr Mohd Asri Zainal Abidin. Beliau boleh dilawati di http://www.drmaza.com)

Saturday, October 3, 2009

IIUM National Pharmacy Quiz 2009


Persatuan Pelajar-Pelajar Farmasi UIAM (IIUM Pharmacy Students' Society or IPhA) kembali lagi dalam arus perdana bidang farmaseutikal negara dengan mengetengahkan satu idea luar kotak "1st IIUM National Pharmacy Quiz 2009". Program ini akan berlangsung selama 2 hari iaitu 3 dan 4 Oktober 2009 di Kulliyyah Farmasi UIAM Kuantan dengan penyertaan seramai 14 pasukan daripada 9 universiti seluruh Malaysia.

Seperti juga National Gathering of Pharmacy Students (NoGAPS) yang telah dianjurkan pada tahun 2008, penganjuran kuiz yang juga dikenali dengan nama RxQuiz 2009 ini amat penting untuk mengetengahkan kemampuan dan kecekapan institusi pengajian agama dalam perkembangan bidang farmasi negara. Jika dalam bidang perubatan kita ada Persatuan Perubatan Islam Malaysia (PPIM), tidak mustahil suatu hari nanti, Persatuan Farmaseutikal Islam Malaysia juga mampu direalisasikan.

Untuk program ini, saya bertugas sebagai ahli jawatankuasa (AJK) Biro Multimedia. Alhamdulillah, dengan pengalaman membuat buku NoGAPS 2008, banyak membantu untuk menyiapkan buku program RxQuix. Namun begitu, kali ini agak mencabar kerana saya terpaksa mengubah design di saat-saat akhir apabila kedai pencetak meminta sedikit perubahan pada buku itu untuk memastikan kekemasan pada proses mencetak. Ada masa nanti, saya akan kongsikan tip-tip membuat buku program.

Dapatkan perkembangan program ini di akhar Berita Harian dan New Straits Times dan Selamat bertugas kepada semua ahli jawatankuasa program!

"Gearing Young Pharmacists Towards Knowledge"