Ada sesuatu tentang Yusuf a.s. yang aku rasa seakan-akan baru pertama kali diingatkan tentangnya.
Baginda disebut sebagai ghulam (budak) yang bermakna usianya sekitar belasan tahun. Usia yang begitu kita boleh anggap masih mentah, memerlukan perhatian keluarga dan biasanya tidak mampu bertindak dengan matang.
Akan tetapi, dalam keadaan begitulah, baginda dipisahkan dari keluarga terutama ayah yang sangat mengasihinya dan hanya berjumpa kembali setelah baginda dewasa dan menjadi pemimpin besar Mesir. Suatu tempoh berpisah yang sangat panjang. Ayahnya pula buta mata kerana sedih mengenangkan Yusuf. Bukan setakat dipisahkan, baginda juga dikhianati oleh adik-beradiknya kerana hasad dengki.
Hasad dengkilah yang akhirnya mengakibatkan Nabi Adam dan isterinya dikeluarkan daripada syurga.
Hasad dengki jugalah yang menyebabkan pembunuhan pertama di muka bumi Allah s.w.t. ini.
Dan hasad dengkilah yang banyak menimbulkan persengketaan dalam masyarakat kita hari ini.
Syed Qutb mengulas keadaan Yusuf a.s. itu dengan satu kesimpulan: Yusuf a.s. benar-benar berserah diri kepada Allah s.w.t.
Kemudian datang pula cabaran yang berat iaitu godaan isteri pembesar Mesir yang diceritakan dengan panjang lebar dalam Al-Quran.
Cabaran yang dihadapi oleh Yusuf a.s. sebenarnya banyak yang melanda manusia sekarang terutama sekali dalam masalah nafsu.
Ada satu lagi pengajaran yang Allah nak tunjuk melalui kisah Yusuf a.s. Baginda tidak membalas dendam kepada adik-beradiknya walaupun berkuasa, berpeluang dan sangat mengenali mereka. Itulah lambang integriti dan profesionalisme seorang pemimpin - tidak menyalahgunakan kuasa dan tidak terpengaruh dengan emosi dalam bertindak.
Aku akhiri kisah Yusuf ini dengan beberapa kata-kata yang Allah s.w.t. rakamkan di dalam Al-Quran, yang boleh kita guna untuk ingatkan diri kita:
1) Ma’aadzallah (Aku berlindung kepada Allah)
“Dan perempuan yang dia (Yusuf) tinggal di rumahnya menggoda dirinya. Dan dia menutup pintu-pintu, lalu berkata, “Marilah mendekat kepadaku.” Yusuf berkata, “Aku berlindung kepada Allah, sungguh, tuanku telah memperlakukan aku dengan baik.” Sesungguhnya orang yang zalim itu tidak akan beruntung.
2) Fasobrun jamiil (Bersabar itulah yang terbaik)
Dan mereka datang membawa baju gamisnya (yang berlumuran) darah palsu. Dia (Ya’kub) berkata, “Sebenarnya hanya dirimu sendirilah yang memandang baik urusan yang buruk itu. Maka, hanya bersabar itulah yang terbaik (bagiku). Dan kepada Allah sahaja memohon pertolongan pertolongan-Nya terhadap apa yang kamu ceritakan”
3) Penjara lebih aku sukai
Yusuf berkata, “Wahai Tuhanku, penjara lebih aku sukai daripada memenuhi ajakan mereka. Jika aku tidak Engkau hindarkan dari tipu daya mereka, nescaya aku akan cenderung untuk (memenuhi keinginan mereka) dan tentu aku termasuk orang yang bodoh”.
5) Nafsu itu selalu mendorong kepada kejahatan
Dan aku tidak (menyatakan) diriku bebas (dari kesalahan), kerana sesungguhnya nafsu itu selalu mendorong kepada kejahatan, kecuali (nafsu) yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, Maha Penyayang.
6) Innamaa asykuu batsii wa huznii ilallah (Hanya kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku)
Dia (Ya’kub) menjawab, “Hanya kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku. Dan aku mengetahui dari Allah apa yang tidak kamu ketahui.
Wallahu a’lam.

Surah Yusuf,12: Ayat 23

Surah Yusuf, 12: Ayat 18
3) Penjara lebih aku sukai
Yusuf berkata, “Wahai Tuhanku, penjara lebih aku sukai daripada memenuhi ajakan mereka. Jika aku tidak Engkau hindarkan dari tipu daya mereka, nescaya aku akan cenderung untuk (memenuhi keinginan mereka) dan tentu aku termasuk orang yang bodoh”.
Surah Yusuf, 12: Ayat 33
5) Nafsu itu selalu mendorong kepada kejahatan
Dan aku tidak (menyatakan) diriku bebas (dari kesalahan), kerana sesungguhnya nafsu itu selalu mendorong kepada kejahatan, kecuali (nafsu) yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, Maha Penyayang.
Surah Yusuf, 12: Ayat 53
6) Innamaa asykuu batsii wa huznii ilallah (Hanya kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku)
Dia (Ya’kub) menjawab, “Hanya kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku. Dan aku mengetahui dari Allah apa yang tidak kamu ketahui.
Surah Yusuf, 12: Ayat 86
Wallahu a’lam.