Saturday, October 24, 2009

Tawakkal

“Ya Haiyyum, Ya Qayyum, dengan rahmatMu daku memohon pertolongan. Baikilah seluruh urusanku, dan janganlah Engkau serahkan diriku ini kepadaku walaupun sekelip mata”

(Riwayat al-Nasai, dinilai sahih oleh al-Albani)

Jika Allah yang menguruskan urusan kita, tentu aturan yang ditentukan itu akan begitu hebat merentasi andaian mana-mana insan. Namun jika hidup ini hanya bergantung kepada orang lain, kita sering menjadi mangsa. Jika bergantung kepada diri semata, banyak perkara yang kita akan gagal mengendalikannya. Namun, apabila kita serahkan agar Allah membantu, tanpa ditinggalkan kita walaupun sekelip mata, keajaiban hidup akan berlaku.

Usaha adalah tuntutan kehidupan, namun tawakal yang sebenar adalah jaminan kekuatan dan kesejahteraan. Allah boleh mengatur perjalanan ini apa yang disangka tewas oleh manusia, tetapi kejayaan yang berlaku dan apa yang disangka kecewa oleh manusia, tetapi kebahagiaan yang memenuhi jiwa.

Ajaibnya cinta, ajaibnya tawakkal. Semoga Allah tidak meninggal kita semua dalam merentasi kehidupan ini!

(Dipetik dari artikel terbaru Dr Mohd Asri Zainal Abidin. Beliau boleh dilawati di http://www.drmaza.com)

Saturday, October 3, 2009

IIUM National Pharmacy Quiz 2009


Persatuan Pelajar-Pelajar Farmasi UIAM (IIUM Pharmacy Students' Society or IPhA) kembali lagi dalam arus perdana bidang farmaseutikal negara dengan mengetengahkan satu idea luar kotak "1st IIUM National Pharmacy Quiz 2009". Program ini akan berlangsung selama 2 hari iaitu 3 dan 4 Oktober 2009 di Kulliyyah Farmasi UIAM Kuantan dengan penyertaan seramai 14 pasukan daripada 9 universiti seluruh Malaysia.

Seperti juga National Gathering of Pharmacy Students (NoGAPS) yang telah dianjurkan pada tahun 2008, penganjuran kuiz yang juga dikenali dengan nama RxQuiz 2009 ini amat penting untuk mengetengahkan kemampuan dan kecekapan institusi pengajian agama dalam perkembangan bidang farmasi negara. Jika dalam bidang perubatan kita ada Persatuan Perubatan Islam Malaysia (PPIM), tidak mustahil suatu hari nanti, Persatuan Farmaseutikal Islam Malaysia juga mampu direalisasikan.

Untuk program ini, saya bertugas sebagai ahli jawatankuasa (AJK) Biro Multimedia. Alhamdulillah, dengan pengalaman membuat buku NoGAPS 2008, banyak membantu untuk menyiapkan buku program RxQuix. Namun begitu, kali ini agak mencabar kerana saya terpaksa mengubah design di saat-saat akhir apabila kedai pencetak meminta sedikit perubahan pada buku itu untuk memastikan kekemasan pada proses mencetak. Ada masa nanti, saya akan kongsikan tip-tip membuat buku program.

Dapatkan perkembangan program ini di akhar Berita Harian dan New Straits Times dan Selamat bertugas kepada semua ahli jawatankuasa program!

"Gearing Young Pharmacists Towards Knowledge"