Prof Dr Yusuf Abdullah Ali al-Qaradawi Penerima Tokoh Ma'al Hijrah ke-8
"Nikmat paling besar disempurnakan pada Maal Hijrah ini adalah diutuskan Nabi Muhammad SAW serta diturunkan kitab al-Quran, lantas menjadikan umat Muhammad sebagai umat pilihan yang adil dan menjadi saksi ke atas perbuatan manusia"
"Keistimewaan Nabi Muhammad adalah generasi paling kehadapan seperti disifatkan dalam al-Quran dengan empat ciri, iaitu pertama rabbani (dilahirkan untuk memberi hidayah, sinar, kebahagiaan dan manfaat kepada manusia; kedua, kesederhanaan, yang penuh dengan keseimbangan, tidak berlebih-lebih mementingkan kebendaan seperti kaum Yahudi dan tidak melampau mengutamakan kerohanian seperti kaum Nasrani; ketiga, umat yang cemerlang dari segi kebaikan berbanding umat terdahulu dan keempat umat yang bersatu"
"Nabi Muhammad SAW pada hayatnya meninggalkan banyak warisan kepada umat Islam. Walaupun tempoh jangka masa pendek sebagai rasul iaitu ketika berusia 23 tahun, namun berjaya mengubah perjalanan seluruh alam, takdir dan matlamatnya, memalingkan pandangan manusia dari penyembahan makhluk kepada penyembahan Tuhan"
"Hakikatnya, Nabi Muhammad meninggalkan segala yang agung dan sangat berharga, yang tidak pernah diwarisi sesiapa sebelumnya iaitu boleh dibahagikan kepada tiga perkara iaitu, al-Quran termasuk keterangannya daripada Sunnah dan Sirah, ajaran dan pegangan bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah dan umat Islam terhasil daripada perkembangan ajaran ini yang bermula daripada sahabatnya"
Pengajian Usuluddin, Universiti al-Azhar (1953); PhD dalam Fikah al-Zakat dan Ijazah Tinggi Fakulti Usulludin bidang Tafsir dan Hadis.
Jawatan:
Pengerusi Kesatuan Ulama Islam Sedunia; Pengerusi Majlis Fatwa Eropah; Naib Pengerusi Organisasi Zakat Antarabangsa; Ahli Pusat Pengajian Islam di 0xford; Pengarah Pusat Kajian Sunnah dan Sejarah Islam Universiti Qatar; Penyelia Hal Ehwal Kementerian Wakaf dan Jabatan Kebudayaan Islam Al-Azhar; Pengarah Kolej Islam, Qatar; Pengasas dan Dekan Fakulti Syariah dan Pengajian Islam, Universiti Qatar.
Anugerah:
Tokoh Maal Hijrah 1431 (Malaysia); Anugerah Antarabangsa Raja Faisal dalam bidang pengajian Islam (1413H); Anugerah Kecemerlangan Sarjana UIAM (1996); Anugerah Sultan Hassan al-Bulkiah Sultan Brunei dalam bidang Fikh (1997); Anugerah Sultan al-Uwais, Emiriah Arab Bersatu (1999); Anugerah Antarabangsa Dubai (2000); Anugerah Penghargaan Kebangsaan dalam bidang Pengajian Islam, Qatar (2008).
12. Dan apabila manusia ditimpa bahaya, dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu darinya, dia kembali (ke jalan yang sesat), seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya. Demikianlah dijadikan terasa indah bagi orang-orang yang melampaui batas apa yang mereka kerjakan.
Ayat 22-23 (m/s 211)
22. Dialah Tuhan yang menjadikan kamu dapat berjalan di daratan, (dan berlayar) di lautan. Sehingga ketika kamu berada di dalam kapal, dan meluncurlah (kapal) itu membawa mereka (orang-orang yang ada di dalamnya) dengan tiupan angin yang baik, dan mereka bergembira kerananya; tiba-tiba datanglah badai dan gelombang menimpanya dari segenap penjuru, dan mereka mengira telah terkepung (bahaya), maka mereka berdoa dengan tulus ikhlas kepada Allah semata. (Seraya berkata), “Sekiranya Engkau menyelamatkan kami dari (bahaya) ini, pasti kami termasuk orang-orang yang bersyukur.”
23. Tetapi ketika Allah menyelamatkan mereka, malah mereka berbuat kezaliman di bumi tanpa (alasan) yang benar. Wahai manusia! Sesungguhnya kezalimanmu, bahayanya akan menimpa dirimu sendiri; itu hanya kenikmatan hidup duniawi, selanjutnya kepada Kamilah kembalimu, kelak akan Kami khabarkan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.
Sudah lama saya nak menulis tentang fenomena berleluasanya fitnah pada akhir zaman dan kaitannya dengan INTERNET. Berbetulan dengan banyak isu yang berlaku sekarang ini terutamanya dalam aspek politik tanahair, maka fenomena ini amat penting untuk ditekankan kepada semua. Ketika sedang berpindah dari satu laman ke laman yang lain, saya terjumpa satu artikel menarik tentang fitnah dan hubungkaitnya dengan INTERNET yang ditulis oleh seorang yang menggunakan nama pena real_propaganda di tranungkite.net. Walaupun agak panjang, saya rasa artikel ini tepat pada masanya. Sama-sama kita hayati...
"Di dalam khutbah wuquf di Arafah yang saya dengar secara langsung dari Masjid Nimrah tengahari tadi, antara perkara yang ditekankan oleh khatib ialah bahaya menggunakan media baru untuk menyebarkan berita yang masih belum pasti kebenarannya ke pengetahuan umum. Khatib menyebut bahawa antara media yang kerap digunakan ialah internet.
Penyebaran sesuatu berita tanpa menyelidik terlebih dahulu kebenaran perkara tersebut adalah satu fenomena yang semakin menjadi-jadi pada masa ini. Akan tetapi, ianya bukan suatu perkara baru.
Semasa zaman Rasulullah dan para sahabat, fenomena ini biasanya dijuarai oleh munafiqin di Madinah pimpinan Abdullah bin Ubai bin Salul. Sekiranya membaca keseluruhan tafsir surah al-Taubah, kita akan dapat potret gambaran yang jelas kerja-kerja kumpulan munafiqin dalam merosakkan imej Rasulullah dengan menyebarkan berita yang belum disahkan kebenarannya.
Zaman sekarang, penyebaran maklumat seupama ini berlaku pantas dengan berkembangnya pelbagai aplikasi internet seperti website, weblog dan Facebook serta laman interaksi sosial yang lain.
Zaman dahulu, penyebaran itu berlaku secara lisan. Proses sebegini biasanya lambat, akan tetapi dipercepatkan dengan hawa nafsu manusia yang suka melapor dan mendengar berita sensasi, apatah lagi yang membabitkan aib orang lain.
Kalau tidak percaya, bagi mereka yang mempunyai blog, cuba masukkan entri dengan tajuk yang panas seperti wanita melayu berbogel, sejadah sujud, ulamak rasuah atau ahli parlimen berkhalwat, nescaya blog anda akan panas dengan hit yang tinggi.
Ada sesetengah manusia suka menyebarkan berita dengan segera kerana sengaja ingin memburukkan imej orang lain. Lantas, terjebaklah mereka dengan pelbagai jenis dosa seperti mengumpat, memfitnah, mengadu domba dan seumpamanya. Tidak kurang juga, untuk menambahkan lagi rencah dan perisa, maka ditokok tambah berita yang sedia ada, lalu berlakulah pembohongan.
Ada yang membuat kerja sebegini kerana mereka merasakan perbuatan itu amatlah makruf. Rasa terhormat dan mulia dengan tindakan mereka itu, lalu diprojekkan diri mereka dengan imej yang baik dan intelek, dengan menyatakan contohnya Saidina Umar yang ditegur dengan wanita dengan amaran pedangnya secara terbuka. Di dalam Islam, kita dilarang menyapu ‘habuk di bawah karpet’. Di dalam Islam, perlu ada check and balance. Di dalam Islam, perlu ada amar makruf dan nahi munkar. Maka, absahlah kerja-kerja mereka.Walau apa pun juga pegangan kita di dalam fenomena hebah-hebah ini, satu perkara yang dipersetujui oleh semua, akan tetapi bukan semua menginsafinya, iaitulah apa jua yang kita ucapkan dan kita tulis, akan dicatat oleh Allah SWT sebagai bahan bukti mahkamah akhirat kelak. Firman Allah dalam surah Qaf ayat 18:
“Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (merekodnya)”.
Al-Quran sebenarnya telah menyentuh akan fenomena ini. Berfirman Allah SWT di dalam surah al-Nisa’ ayat 83:
“Dan apabila datang kepada mereka sesuatu berita mengenai keamanan atau kecemasan, mereka terus menghebahkannya; padahal kalau mereka kembalikan sahaja hal itu kepada Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri” (orang-orang yang berkuasa) di antara mereka, tentulah hal itu dapat diketahui oleh orang-orang yang layak mengambil keputusan mengenainya di antara mereka dan jika tidaklah kerana limpah kurnia Allah dan belas kasihanNya kepada kamu, tentulah kamu (terbabas) menurut Syaitan kecuali sedikit sahaja (iaitu orang-orang yang teguh imannya dan luas ilmunya di antara kamu)”.
Di dalam semua kitab tafsir muktabar, diperjelaskan bahawa ayat ini menceritakan akan perihal manusia ketika mendengar berita yang menyenangkan atau kurang menyenangkan. Dalam konteks ketika penurunan wahyu ini, perkara yang menyenangkan (الامن) itu diterangkan sebagai berita kemenangan tentera Muhammad, sementara berita yang tidak menyenangkan (الخوف) itu merujuk kepada berita kekalahan umat Islam.
Ketika tibanya khabar angin seumpama itu, maka orang munafiq hakiki, dan juga mukmin yang terpalit dengan sifat al-nifaq akan bersegera untuk menghebahkannya kepada orang lain tanpa langsung ada sikap untuk memeriksa kebenarannya. Tujuannya, pelbagai. Diterangkan dalam kitab tafsir, sebahagiannya bertujuan untuk menunjukkan dirinya sebagai manusia hebat kerana sering mendapat berita dan maklumat terkini lagi sensasi.
Selain itu, ada juga yang menghebahkannya untuk tujuan memburukkan imej Rasulullah, contohnya semasa peristiwa khabar ifki. Ada yang bertujuan untuk melemahkan psikologi umat Islam yang lain. Ada yang bertujuan untuk mempermainkan emosi Rasulullah. Dan tidak kurang juga yang melakukannya sebagai perang saraf untuk melemahkan semangat umat Islam ketika itu.
Watak yang memainkan kisah itu semasa zaman Rasulullah dan juga para sahabat adalah ramai. Yang termasyhur ialah Abdullah bin Ubai bin Salul. Walaupun dalam satu riwayat disebut bahawa jenazah beliau disembahyangi dan dikafankan dengan jubah Rasulullah (kerana politik pintar nabi dan juga rasa hormat kepada permintaan anak beliau yang Muslim) sehingga membangkitkan bantahan Umar, akan tetapi Rasulullah berkata yang jubah baginda tidak dapat menghalang perbuatan Abdullah bin Ubai yang ketika hidupnya suka menjadi tukang hebah dan wartawan sensasi, daripada dibaham api neraka. Di dalam ayat di atas, kumpulan ini disifatkan sebagai mereka yang mengikut jejak langkah syaitan.
Itu kumpulan pertama, yang apabila dapat berita atau khabar angin, terus menghebahkannya kepada massa. Akan tetapi, di sana ada kumpulan kedua, yang mana ketika didatangi dengan maklumat sama ada yang sejuk atau yang panas, maka sikap mereka ialah merujuk kepada Allah, Rasul, dan juga orang-orang yang berautoriti di kalangan mereka. Ulil amri saya terjemahkan sebagai orang yang berautoriti, supaya kita tidak sempit memahaminya sebagai semata-mata pemimpin negara sahaja. Ia boleh jadi sebagai naqib, pengerusi persatuan, bapa, cikgu dan seumpamanya, bergantung kepada siapa kita dan bentuk berita dan maklumat yang sampai. Ini kerana orang-oang yang berautoritilah mampu untuk memberikan pengesahan dan penjelasan sebenar terhadap maklumat tersebut.
Akan tetapi, Allah memberitahu kita bahawa kumpulan kedua ini hanyalah sedikit sahaja. Mereka ini ialah golongan minoriti di dalam masyarakat. Justeru, golongan minoriti seumpama ini biasanya sukar untuk memperbetulkan yang salah dan meluruskan yang bengkok.
Menjadi mangsa fitnah atau berita mengenai diri dihebah tanpa kebenaran di media baru, adalah satu perkara yang perju dijangka oleh para pendakwah. Pun demikian, sehebat mana sekalipun pendakwah itu, perasaan kecil di dalam hatinya akan tersentuh juga apabila berhadapan dengan fitnah seumpama ini. Apatah lagi sekiranya fitnah itu datang daripada orang-orang yang hampir dengannya, seperti sahabat karib, pembantu peribadi dan juga rakan setugas.
Sama seperti semua orang, saya juga pernah mengharungi fitnah seumpama ini. Memang sedih juga sekiranya fitnah ini datang daripada orang-orang yang berada di sekeliling kita. Kadang-kadang gaya percakapan kita disalahertikan lantara perbezaan budaya bahkan dialek, lalu dihebahkanlah ‘kebiadaban’ kita. Lantas disimpanlah perasaan benci yang membuak-buak selama bertahun-tahun tak berkesudahan. Pantang nampak , habis dibelasahnya.
Pantang bersuara, walaupun menerusi institusi musyawarah, habis dibantahnya dengan fitnah yang ditokok-tambah. Nak nampak baik, maka dihiasilah dengan al-Quran dan al-Hadith. Lalu ditaburlah onar serta duri dalam perjalanan dan pergerakan kita. Memang jijik juga kadang-kadang, apatah lagi saya pernah mendengar rakaman langsung sesetengah sahabat karib yang melakukan pembohongan terang-terangan ke atas diri saya untuk kepentingan serta kepuasan dirinya.
Sekiranya kita berhadapan dengan fitnah seumpama ini, jalan terbaik yang perlu kita ambil ialah bersabar sahaja. Walaupun kadang-kadang sampai tahap dituduh sebagai munafiq, atau ada ciri-ciri orang munafiq, biarlah si tukang fitnah ini memuaskan hati dan melepaskan geramnya. Dalam bersabar, perlu rasa simpati dengan mereka kerana begitu mudah mendapat dosa.
Kita akan jadi mulia sekiranya kita terus memberikan kemaafan kepada mereka, dan walaupun tanpa sebab, kita memohon ampun kepada mereka. Dalam kehidupan berdakwah, kita perlu kenal siapa musuh kita. Perlu menghalusi apa kerja kita. Bukanlah rakan-rakan sekeliling kita itu perlu dijadikan musuh. Dan bukanlah membalas kesilapan kawan dengan kejahatan yang lain itu merupakan kerja kita. Musuh kita ramai di luar sana, dan kerja kita juga amat banyak belum terlaksana.
Tukang penyebar fitnah seumpama ini, sekiranya mereka betul-betul musuh dan munafiq hakiki, maka itu adalah kerja mereka. Berhadapan dengan mereka perlu meniru politik pintar nabi ketika berhadapan dengan munafiq di Madinah. Tetapi sekiranya ia datang daripada orang dalam dan orang sekeliling yang terdiri daripada orang-orang Mukmin, maka mereka perlu insaf dan sedar. Dalam perbahasa mengenain beriman kepada Rasul, bukankah kita sepatutnya beri’tiqad bahawa hanya Rasulullah sahaja insan yang ma’sum dan sempurna?
Ini bermakna yang manusia lain, walaupun bertaraf presiden, perdana menteri, ustaz atau tuan guru, tidak lepas daripada melakukan kesilapan. Apabila rakan muslimnya melakukan kesilapan, maka kita perlu bersedia untuk menerimanya dan memaafkannya. Itu tanda iman. Kalau betul-betul salah dan munkar, maka tegurlah dengan cara yang sepatutnya, berhadapan atau melalui orang-orang yang berautoriti seperti dalam firman Allah dan sabda Nabi. Sekiranya kita terus marah, lalu menghebahkannya kepada massa, itu merupakan tanda yang iman kita terhadap ketidakma’suman orang lain selain Rasulullah, sedikit bermasalah, lantaran kita menonjolkan sendiri sikap kita untuk tidak menerima kesilapan manusia biasa.
Bagi yang diuji dengan fenomena hebah dan fitnah ini, antara cara yang turut dicadangkan oleh nabi Muhammad SAW ialah duduk diam sahaja. Ini berdasarkan sepotong hadith sahih riwayat Bukhari dan Muslim seperti berikut:
انها ستكون فتنة القاعد فيها خير من القائم و القائم خير من الماشي و الماشي خير من الساعي
“Sesungguhnya akan terjadi fitnah, orang yang duduk (diam) adalah lebih baik daripada yang berdiri. Orang yang berdiri adalah lebih baik daripada orang yang berjalan. Dan orang yang berjalan adalah lebih baik daripada orang yang berlari”.
Ketika berlakunya gejala fitnah, khususnya selepas pembunuhan Saidina Uthman, ramai para sahabat yang mengambil sikap berdiam diri sahaja tanpa menyebelahi mana-mana pihak bagi mengelakkan diri daripada terjebak dalam gejala fitnah. Ini termasulah Zubair bin al-Awwam serta Abdullah bin Khabab. Ini merupakan tindakan yang betul.
Dalam masa yang sama, ada juga yang terpaksa mengharungi dan berhadapan dengan fitnah tersebut, seperti yang dilakukan oleh Saidina al-Hasan. Tindakan beliau bukannya salah, kerana beliau tidak membalas fitnah dengan fitnah, akan tetapi dengan hikmah, walaupun akhirnya diri beliau yang terpaksa menjadi korban.
Sekiranya kita menjadi mangsa fitnah, lalu kita membalas dendam dengan melakukan fitnah yang serupa, percayalah bahawa tindakan itu adalah satu kesilapan besar dan tidak langsung menyelesaikan masalah. Kita mungkin puas memfitnah orang lain dalam ucapan dan tulisan kita dalam blog sebagai contohnya, akan tetapi tulisan itu akan terus kekal diingati sama seperti kekal degilnya sikap kita yang enggan memaaf dan melupakan kesalahan orang lain.
Sedangkan dalam ilmu tazkiyatunnafsi, para ulamak salaf sering menyatakan bahawa terdapat dua perkara yang perlu kita lupakan untuk menyucikan hati kita, iaitu kebaikan yang kita buat untuk orang lain dan juga kesilapan orang lain terhadap kita. Kalau kerap diulang dan ditulis, maka sampai bila-bila kesilapan orang lain itu akan diingati, maka sentiasa ‘berjagalah’ fitnah itu.
KESIMPULAN
Gejala cepat menghebahkan berita ini adalah suatu fenomena yang akan berterusan sehinggalah qiamat kelak. Berdasarkan pemerhatian, gejala ini berlaku antara lain kerana:
1)Sikap manusia yang gelojoh dalam menghebahkan maklumat.
2)Sikap manusia yang ingin menunjukkan dirinya hebat mempunya maklumat terpantas, cepat tahu dan cepat menganalisa.
3)Sifat manusia yang tamak ingin mendapatkan pengaruh dan keuntungan.
4)Sifat manusia yang sentiasa berbalah, lalu dihebahkanlah berita pihak lain untuk melemahkannya, dan dalam masa yang sama ingin menunjukkan kekuatan dirinya.
5)Sifat manusia yang tidak rasa bertuhan, tidak merasakan dirinya sentiasa diperhatikan Allah, serta tidak takut bahawa apa sahaja yang tertulis dan diucapkan, akan dibalas kelak di hari akhirat.
Sedang kita mengiktiraf terdapat beberapa jenis kemungkaran yang sekiranya nyata dan jelas kesalahannya, yang ada keperluan menghebahkannya untuk mencegahnya berulang kembali, akan tetapi perlu diingati yang bahawa berita yang masih samar atau sekadar didengari daripada pihak ketiga, perlulah diperiksa kesahihannya dan dinilai sama ada perlu dihebahkan atau sebaliknya.
Sekiranya tangan masih menggatal ingin menulis fitnah, serta lidah masih menebal untuk bercakap, apa kata kita didik tangan dan lidah kita supaya takutkan Allah. Berkatalah perkara yang baik dan pasti sahaja kebenarannya. Yang selamat, ialah berdiam sahaja. Sabda nabi Muhammad SAW seperti yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim:
من كان يؤمن بالله واليوم الآخر فليقل خيرا او ليصمت
“Barang siapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka berkata baiklah kamu atau diam sahaja”.
Aduhai, alangkah mudahnya ke neraka dengan menggunakan media baru untuk hebah dan fitnah. Sekali terucap dan tertulis, ribuan membacanya, maka berantai-rantailah dosanya. Tunggu sahajalah berapa ramai yang akan menuntut saman malunya di mahkamah akhirat kelak."
Alhamdulillah, program umrah dan lawatan sambil belajar ke Arab Saudi saya bersama-sama dengan rakan-rakan tahun akhir dan tahun 3 pelajar-pelajar farmasi telah diluluskan oleh pihak pentadbiran UIAM. Insya Allah, program tersebut kami rancang pada 19-30 April 2010, sebaik sahaja tamat semester akhir. Jadi, sekarang dalam proses mencari penaja-penaja untuk mengurangkan sedikit kos yang perlu dibayar oleh kami. Kepada rakan-rakan, kalau ada siapa-siapa sahaja, individu, syarikat persendirian, badan korporat yang berpotensi untuk memberi sumbangan, boleh dimaklumkan kepada saya atau peserta-peserta lain. Semoga Allah memudahkan urusan ini.
Sedikit perkongsian untuk semua...
53. Katakanlah: "Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
54. Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu, dan berserah dirilah kepada-Nya sebelum datang azab kepadamu kemudian kamu tidak dapat ditolong (lagi).
55. Dan ikutilah sebaik-baik apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu sebelum datang azab kepadamu dengan tiba-tiba, sedang kamu tidak menyadarinya.
56. Supaya jangan ada orang yang mengatakan: "Amat besar penyesalanku atas kelalaianku dalam (menunaikan kewajiban) terhadap Allah, sedang aku sesungguhnya termasuk orang-orang yang memperolok-olokkan (agama Allah ).
57. Atau supaya jangan ada yang berkata: 'Kalau sekiranya Allah memberi petunjuk kepadaku tentulah aku termasuk orang-orang yang bertakwa'.
58. Atau supaya jangan ada yang berkata ketika ia melihat azab 'Kalau sekiranya aku dapat kemnbali (ke dunia), niscaya aku akan termasuk orang-orang berbuat baik'.
59. (Bukan demikian) sebenarya telah datang keterangan-keterangan-Ku kepadamu lalu kamu mendustakannya dan kamu menyombongkan diri dan adalah kamu termasuk orang-orang yang kafir."
60. Dan pada hari kiamat kamu akan melihat orang-orang yang berbuat dusta terhadap Allah, mukanya menjadi hitam. Bukankah dalam neraka Jahannam itu ada tempat bagi orang-orang yang menyombongkan diri?
61. Dan Allah menyelamatkan orang-orang yang bertakwa karena kemenangan mereka, mereka tiada disentuh oleh azab (neraka dan tidak pula) mereka berduka cita.
62. Allah menciptakan segala sesuatu dan Dia memelihara segala sesuatu.
Surah az-Zumar, ayat 53-62, muka surat 464-465, juzu’ 24
P/S: Doakan saya dan rakan-rakan UIAM yang masih dalam peperiksaan akhir semester I yang mencabar ni...SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH HAJI KEPADA SEMUA TETAMU-TETAMU ALLAH UNTUK MUSIM HAJI 2009!
“Ya Haiyyum, Ya Qayyum, dengan rahmatMu daku memohon pertolongan. Baikilah seluruh urusanku, dan janganlah Engkau serahkan diriku ini kepadaku walaupun sekelip mata”
(Riwayat al-Nasai, dinilai sahih oleh al-Albani)
Jika Allah yang menguruskan urusan kita, tentu aturan yang ditentukan itu akan begitu hebat merentasi andaian mana-mana insan. Namun jika hidup ini hanya bergantung kepada orang lain, kita sering menjadi mangsa. Jika bergantung kepada diri semata, banyak perkara yang kita akan gagal mengendalikannya. Namun, apabila kita serahkan agar Allah membantu, tanpa ditinggalkan kita walaupun sekelip mata, keajaiban hidup akan berlaku.
Usaha adalah tuntutan kehidupan, namun tawakal yang sebenar adalah jaminan kekuatan dan kesejahteraan. Allah boleh mengatur perjalanan ini apa yang disangka tewas oleh manusia, tetapi kejayaan yang berlaku dan apa yang disangka kecewa oleh manusia, tetapi kebahagiaan yang memenuhi jiwa.
Ajaibnya cinta, ajaibnya tawakkal. Semoga Allah tidak meninggal kita semua dalam merentasi kehidupan ini!
(Dipetik dari artikel terbaru Dr Mohd Asri Zainal Abidin. Beliau boleh dilawati di http://www.drmaza.com)
Persatuan Pelajar-Pelajar Farmasi UIAM (IIUM Pharmacy Students' Society or IPhA) kembali lagi dalam arus perdana bidang farmaseutikal negara dengan mengetengahkan satu idea luar kotak "1st IIUM National Pharmacy Quiz 2009". Program ini akan berlangsung selama 2 hari iaitu 3 dan 4 Oktober 2009 di Kulliyyah Farmasi UIAM Kuantan dengan penyertaan seramai 14 pasukan daripada 9 universiti seluruh Malaysia.
Seperti juga National Gathering of Pharmacy Students (NoGAPS) yang telah dianjurkan pada tahun 2008, penganjuran kuiz yang juga dikenali dengan nama RxQuiz 2009 ini amat penting untuk mengetengahkan kemampuan dan kecekapan institusi pengajian agama dalam perkembangan bidang farmasi negara. Jika dalam bidang perubatan kita ada Persatuan Perubatan Islam Malaysia (PPIM), tidak mustahil suatu hari nanti, Persatuan Farmaseutikal Islam Malaysia juga mampu direalisasikan.
Untuk program ini, saya bertugas sebagai ahli jawatankuasa (AJK) Biro Multimedia. Alhamdulillah, dengan pengalaman membuat buku NoGAPS 2008, banyak membantu untuk menyiapkan buku program RxQuix. Namun begitu, kali ini agak mencabar kerana saya terpaksa mengubah design di saat-saat akhir apabila kedai pencetak meminta sedikit perubahan pada buku itu untuk memastikan kekemasan pada proses mencetak. Ada masa nanti, saya akan kongsikan tip-tip membuat buku program.
Dapatkan perkembangan program ini di akhar Berita Harian dan New Straits Times dan Selamat bertugas kepada semua ahli jawatankuasa program!
Semoga Ramadhan yang akan berlalu menjadi bekal yang berguna untuk kita.
Semoga kita terus istiqamah dengan kebaikan.
Semoga sentiasa mendapat keredhaan Allah.
Belakang, dari kiri: Akmal, Husni, Hilmi, Muzani dan Afiq
Depan, dari kiri: Abah dan Mak
SELAMAT HARI RAYA khas buat mak, abah dan adik-adik. Ampun dan maaf dipinta atas segala kelemahan, kekasaran, kurang berusaha dan apa-apa yang menyingung perasaan. Buat adik-adik, kalian sudah besar panjang. Bersedialah untuk menjadi orang yang akan diberi lebih banyak tanggungjawab. Dulu, mak dan abah yang bersusah payah membesarkan kita, kini, tiba pula waktu kita untuk berbakti kepada mereka. Lengkapkanlah diri dengan ilmu agama dan akhlak yang baik. Moga kita menjadi anak-anak yang soleh yang mampu mendoakan mereka.
Tidak dilupakan semua saudara mara. Sepupu rasanya dah sampai 60. Minta maaf mungkin ada yang tak sempat bertanya khabar terutama sebelah mak di Kelantan. Insya Allah, buat adik-beradik mak; Ayah Mat, Che Su dan Mak Ngah Ma sekeluarga, kita jumpa di Kelantan, mungkin raya ke-4 atau 5. Kepada adik-beradik abah yang 12 orang; Mak Long, Pck Zaki, Pck Yan, Pck Marwan, Ayah Chik, Pck Hin, Pck Man, Mck Geni, Mck Mah, Mck Ma dan Mak Su sekeluarga. Juga buat adik-beradik tok; Pak Su Hashim, Mak Su dan Makcik sekeluarga.
Seterusnya, untuk semua guru dan pensyarah yang telah mendidik saya di Tadika KEMAS Kg. Jeram, Sek. Keb. Banggol Peradong, Pusat Tuisyen Sarjana Batu 6, Pusat Tutorial During Burung, SMKA Tok Jiring (terutamanya Us Ramli, Us Ibrahim, Us Nawawi, Allahyarham Us Wan, Cikgu Halim, Cikgu Mohd Noor, Cikgu Bakar, Ustazah Fatimah, Ustazah Maimunah, Ustazah Wan Sabariah, Cikgu Noraini, Teacher Salmi dan semua guru-guru yang lain), Darul Quran JAKIM (terutamanya guru tasmi’ saya Ustaz Taufik b. Husein dan coordinator Ustaz Che Abdul Majid & Us Majid), Pusat Matrikulasi UIAM (terutamanya Us Maszlee dan Bro Norazman atas kuliah-kuliah yang banyak menyedarkan) dan UIAM Kuantan. Terima kasih atas segala ilmu yang telah dicurahkan. Terima kasih kerana mendidik saya sehingga mampu berdiri seperti sekarang. Hanya ALLAH yang mampu membalas jasa cikgu,ustaz, teacher, sir, madam, brother dan Dr.!
Juga buat rakan-rakan seperjuangan dari tadika hinggalah ke menara gading. Ada yang sudah pergi mengadap Ilahi. Yang masih diberi nikmat hidup, teruskan perjuangan kalian. Terima kasih rakan-rakan Kelas 6 Arif SK Banggol Peradong, Kelas Al-Furqan Form 1-3, Kelas 4 dan 5 Al-Ikhlas serta AJK Badan Pengawas Sekolah dan Persatuan Kemahiran al-Quran SMKA Tok Jiring. Di Darul Quran: AJK IQRAC. Di Pusat Matrikulasi UIAM: AJK AYC dan NEC. Di UIA Kuantan: AJK IPhA dan Nuqaba' CouncilUcapan raya istimewa juga buat rakan-rakan Bachelor of Pharmacy, IIUM sesi 2006-2010 dengan ucapan “Minta maaf semua, banyak kekurangan sepanjang jadi batch leader korang. Terima kasih banyak tolong hingga melangkah ke final year. Tahun ni Ramadhan terakhir la kita ye sebagai pelajar universiti. Yang pasti, korang semua bagus-bagus. Moga semua berjaya dalam hidup!”
Untuk akhirnya, sedikit perkongsian artikel berkaitan raya. Sama-samalah kita baca:
HARI RAYA BUKAN HARI SEDIH (Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin)